Uncategorized

Healing Crisis

Asslamualaikum semua..
Antara soalan yang customer akan tanya adalah “Nape ye? Da makan supplemen tapi macam tak ada kesan pun..makin teruk lagi ada. Nape ye?”..Jadi kat sini, saya cuba cerita serba sedikit apa itu Healing Crisis atau Krisis Pemulihan. Yang paling penting kita kena ingat, supplemen ni bukan ubat..jadi biasanya, akan ambil masa sikit untuk kita nmpak hasilnya..

Q : Apa itu healing crisis (krisis pemulihan)?

A : Healing krisis ni adalah satu proses dimana badan mengalami proses pembersihan dan ‘rebuilding’ untuk satu jangkamasa. Antara proses healing ni, badan akan buang toksik yang terkandung dalam badan selama ini. Semasa proses ‘membuang’ toksik ni, badan kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa dan akan menghantar signal-signal ke seluruh tubuh badan kita. Proses ini yang dipanggil healing crisis. Menurut falsafah perubatan cina, setiap proses pemulihan mesti melalui proses healing crisis ini.

Q : Kenapa healing crisis berlaku selepas kita makan suplemen kesihatan?

A : Menurut pakar molekul nutrisi, Professor Yoshio Niwa, bila kita mula meningkatkan pengambilan nutrisi, nutrisi itu akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam badan kita. Dan sebenarnya, tindakbalas yang terjadi antara oksigen dan nutrisi yang kita ambil ini akan membuatkan organ-organ dalam badan kita bekerja keras untuk proses ‘pembersihan’, ‘pembuangan’, dan ‘penggantian sel-sel lama kepada sel-sel yang baru dan sihat’. Sebagai contoh, mungkin kita akan mengalami ruam-ruam merah di kulit, atau lebih kerap buang air besar. Semua ini adalah tanda badan sedang mengalami proses ‘pembuangan dan pembersihan’ atau dikenali sebagai detoxification. Bayangkan, badan kita macam paip air yang berkarat. Bila tiba-tiba kita masukkan serbuk pencuci, mula-mula yang akan keluar adalah segala macam karat dan kekotoran yang terkandung. Tapi, lama kelamaan baru la kita dapat air bersih.

Q : Bagus ke kalau kita mengalami healing crisis ni?

A : YA. Dengan adanya healing crisis ni, kita tahu yang supplemen yang kita ambil tu berkesan. Sesetengah orang mungkin rasa yang keadaan kesihatan mereka bertambah teruk sejak makan supplemen tapi sebenarnya ianya adalah proses yang semulajadi dan sememangnya merupakan satu tanda positif yang menunjukkan badan kita sedang mengalami proses pemulihan. Secara umumnya, healing crisis ni berlaku bila badan kita cukup sihat untuk bertindakbalas dengan sebarang perubahan yang badan kita alami. Walaubagaimanapun, bila kita tidak mengalami healing crisis,ia mungkin menunjukkan yang samada seseorang itu tidak ada toksik langsung dalam badannya atau badannya terlalu lemah untuk bertindakbalas dan tak berupaya melalui proses healing crisis ini.

Q : Adakah semua orang akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda yang sama semasa healing crisis ini?

A : Semua orang berbeza. Ada yang mengalami healing crisis ini sejurus selepas mengambil supplemen. Ada juga yang hanya mengalaminya selepas 1-2 bulan. Tahap serius healing crisis juga berbeza. Bergantung kepada badan seseorang itu. Lagi banyak toksik dalam badan, lagi kuat healing crisis.

Q : Berapa lama biasanya proses healing crisis ini berlaku?

A : Bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang itu. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk betul-betul hilang healing crisis ini, mungkin juga berbulan.

Q : Kebanyakkan orang akan rasa lebih sihat selepas makan supplemen tapi kenapa saya tidak merasa apa-apa perubahan langsung?

A : Selalunya, selepas 1 atau 2 bulan makan supplemen, kita akan mula rasa perubahan ( tenaga meningkat, lebih lawas dsb). Tapi, jika anda tidak merasakan apa-apa perubahan, mungkin :-

  1. Anda tidak makan secara konsisten. Makan ikut mood.sekejap makan, sekejap tidak.
  2. Anda tak ikut cara pemakanan yang betul
  3. Berhenti makan bila tiba-tiba rasa ada healing crisis.
  4. Diet pemakanan dan cara hidup yang kurang betul.
  5. Ada penyakit serius, memerlukan masa yang lebih untuk nampak kesan.
  6. Situasi kronik.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s