Nutriwhite

Set Penjagaan Kulit Nutriwhite : 16 ramuan semulajadi BERGABUNG!!

Assalamualaikum semua

Haaaa…nampak tak tajuk power rangers tu..16 ramuan semulajadi BERGABUNG jah…..Shaklee jelajah serata dunia untuk cari nutrien yang paling tulen dan herba yang paling berkuasa untuk Nutriwhite ni. Jadi, rugi la kita kalau tak cuba kan?

16 Ramuan botani yang mujarab itu ialah :

  1. Bearberry

bearberry

Antara rahsia Bearberry ni ialah kandungan komponen hypopigmenting. komponen ini memberi kesan memutihkan kulit sekaligus menjadikan Bearberry ni herba yang sesuai untuk muka yang berjeragat dan kesan penuaan. Jika digunakan dengan berterusan dan konsisten, Bearberry ni mampu menghilangkan kesan pigmentasi di muka. 

(sumber rujukan : www.dailyskincare.net)

2. Soybean

soybean untuk kulit

Soyabean atau kacang soya ni rendah lemak dan kalori dan kaya dengan protein, fiber dan vitamin mineral yang lain. Bagi yang mempunyai kulit yang berminyak, kacang soya mampu melembutkan dan melembapkan kulit. Kacang soya juga mampu mengurangkan kesan penuaan pada kulit seperti kedutan, dark spots, garis halus dan lain-lain. Kandungan phytoestrogen dalam kacang soya ini membantu merangsang hormon estrogen,sekaligus membantu mengurangkan kesan garis halus pada wajah. Selain itu, kacang soya turut mengandungi Vitamin E yang pastinya elok untuk kulit.Patut lakulit orang Jepun cantik-cantikkan? hihihihi

(sumber rujukan : www.stylecraze.com )

3. Skullcap

Skullcap untukkulit

Tak sangka nama ganas kan? Tapi, dalam perubatan cina,Skullcap banyak digunakan untuk merawat allegies,jangkitan dan keradangan. 

(sumber rujukan : https://umm.edu)

4. Beech Tree

beech tree

Dahan Beech Tree boleh bertindak sebagai antiseptik yang boleh disapu terus lukauntuk mengelakkan jangkitan kuman. Elokjuga disapu pada kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, mengurangkan kesan penuaan dan melegakan keradangan. Menurut kajian, Beech Tree sesuai untuk mereka yang mempunyai eczema dan psoriasis.

(sumber rujukan : www.organicfacts.net)

5. Strawberry Begonia

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Strawberry Begonia mencerahkan pigmentasi.

6. Mulberry

mulberry

Banyak sangat khasiat Mulberry ni sebenarnya. Ia mengandungi resveratrol, sedikit kandungan vitamin A dan vitamin E yang sememangnya elok untuk kulit. Tapi yang paling penting, Mulberry ni kaya dengan Vitamin C. Vitamin C dan kulit memang best friend. 

(sumber rujukan : www.nutrition-and-you.com)

 

7. Peony

peony

Dalam perubatan Cina, Peony banyak digunakan untuk mencerahkan, melembapkan kulit dan mengurangkan keradangan.

8. Rosemary

rosemary

Samada kita masukkan Rosemary ni ke dalam masakan kita atau sapu ke muka, Rosemary ni banyak khasiat. Minyak Rosemary yg digunakan untuk sapu pada kulit, sesuai digunakan pada kulit yang ada eczema, jerawat atau psoriasis. Minyak Rosemary mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan mengurangkan keradangan.

(sumber rujukan : www.livestrong.com)

9. Aloe vera

aloe vera

Aloe vera atau lidah buaya ni memang tak payah nak kenalkan lagi. Cukup terkenal dengan kandungan anti keradangan untuk mengurangkan kesan jerawat. Turut melembapkan kulit muka.

10. Mountain Arnica

mountain arnica

Mountain Arnica ni biasanya digunakan secara luaran dan bukan untuk dimakan. Tumbuhan ini mampu  mengurangkan keradangan dengan flavones.

11. Cat’s Claw

cat's claw

Cat’s Claw menegangkan kulit dan menyegarkan dengan cotechin.

12. Kudzu Leaf and Roots

kudzu

Kudzu Leaf and roots menegangkan kulit dan mengurangkan keradangan dengan isoflavon

13. Linden

linden

Daun Linden yang berbentuk hati ini kaya dengan anti oksida dan ada banyak kegunaan. Minyak yang dihasilkan dari bunga Linden umpamanya boleh membantu mengurangkan rasa gatal pada kulit. Dahan pokok Linden pula jika dicampur dengan bahan lain boleh membantu mengurangkan selulit.

(sumber rujukan : www.home-remedies-for-you.com)

14. Marshmallow

marshmallow

Marshmallow mampu membantu melembapkan kulit dengan tanin sekaligus menjadikan kulit lebih lembut dan bermaya.

15. Seaweed

seaweed

Kandungan Seaweed yang kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan anti oksida ni membantu kulit tampak lebih bermaya, lembap dan kelihatan lebid muda. Turut mengandungi anti-radang, menjadikan seaweed ini sesuai untuk kulit yang alahan. Khasiat Seaweed ni bukan terhad pada kulit saja, bahkan elok untuk kulit memelihara rambut.

(sumber rujukan : www.organicfacts.net)

 

16. Green Algae

blue_green_algae_grande

Kandungan Green Algae yang kaya dengan antioksidan, menjadikan Green Algae ini menyahtoksin dan melembapkan kulit.

Haaaa nampak tak..betapa banyaknya gabungan herba2 hebat..Shaklee dari carik di setiap penjuru dunia untuk berikan yang terbaik..rugi sangat kalau tak cuba kan?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s