My Story

My Story : Kisah di sebalik nama APPLE GREEN

Assalamualaikum semua

Ada yang tanya saya kenapa nama blog saya, nama group Shaklee saya Apple Green. Kenapa tak guna nama sendiri je? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Wah gitewww..

Masa saya mula-mula join Shaklee, niat tu bukan la untuk berbisnes tapi untuk makan sendiri je. Cuma bila orang tanya tentang supplemen untuk Eczema (anak bongsu saya ada Eczema), saya cuma cakap anak saya makan Shaklee je. Tak sangka pulak ramai pulak nak daftar jadi ahli Shaklee bawah saya lepas tu.

Jadi..bermula la episod cari nama untuk group. Tujuan group ni, supaya ‘anak2’ saya ada ‘rumah’ untuk tanya soalan atau discuss apa2.

Cari punya cari..akhirnya saya pilih nama APPLE ni. bukan nak tiru product apple tu ye..tapi sebab saya teringat satu kisah dongeng waktu kecik2 dulu. Mungkin ada yang pernah baca, mungkin ada yang belum tahu cerita dongeng ni tapi untuk yang dah tau cerita ni, kalau saya ada silap, minta maaf ye..sebab saya olah sikit ikut version saya.

Jadi, hari ni, saya nak share cerita dongeng tu yang menjadi ilham nama APPLE GREEN. Jangan lupa, cerita ni kisah dongeng zaman kecik2 dulu je..ok?

KISAH POKOK EPAL

Kisah ini terjadi pada suatu masa dulu, di far far away land (echeh), terdapat satu kebun epal yang luas. Dalam beratus-ratus pokok epal di kebun tu, ada satu pokok epal yang tumbuh agak perlahan berbanding dengan pokok-pokok di sekelilingnya.

Setiap hari pokok epal ni diketawakan oleh pokok-pokok yang lain dan setiap hari juga pokok epal kecil ni diamkan saja. Bila tiba waktu malam, pokok kecil ni, akan dongak ke langit dan akan pandang bintang-bintang di langit. Hati kecil pokok ni selalu berbisik ‘Cantiknya bintang..alangkah bestnya kalau aku dapat capai dan pegang satu bintang.’

Rupa-rupanya, rintihan hati pokok epal kecil ni didengari oleh seorang fairy. Satu hari, fairy ni datang berjumpa dengan pokok epal.

“Kalau kamu diberi satu permintaan, apa yang kamu inginkan wahai pokok epal?” (echeh..) tanya fairy tu.

“Aku hanya nak sebutir bintang yang boleh aku pegang wahai fairy” jawab pokok epal.

“Kalau macam tu, kamu mesti berusaha, jadi pokok epal yang besar dengan buah-buah epal yang penuh di setiap dahan. Jika kamu berjaya lakukan itu, saya berjanji akan bagi kamu bintang yang kamu idamkan”

Jadi, bermula dengan detik itu, pokok epal ni berusaha untuk membesar dengan cepat. Setiap hari, pokok epal ini akan serap lebih air, apa-apa je untuk dia jadi cepat besar dengan harapan dia boleh dapat bintang yang fairy tadi janjikan.

Musim berganti..waktu bertukar. Pokok epal sekarang, bukan lagi epal kecil yang dulu..pokok epal sekarang da jadi pokok yang besar dan tinggi, lebih tinggi dari pokok sekeliling. Di setiap dahan pula penuh dengan buah-buah epal yang manis.

Tapi..fairy tu pulak tak kunjung tiba. Puas pokok epal tu tunggu bintang yang dijanjikan tapi fairy tu tetap tak datang. Bila saat pokok epal ni hampir putus asa, tetiba fairy tu muncul.

“Mana bintang yang kamu janjikan wahai fairy? Aku telah jadi pokok yang besar dan tinggi seperti perjanjian kita.”

Fairy tu tersenyum “Aku tahu..dan aku sangat bangga dengan kamu. Untuk itu, bukan satu je bintang aku bagi tapi beribu bintang.”

Pokok tu sangat2 happy.

“Bintang-bintang tu ada dalam setiap buah epal yang kamu hasilkan. Setiap kali kamu berbuah, kamu akan dapat bintang-bintang tu.”

Kat mana bintang tu? Cuba teka…

applesliced

 

Tamat la kisah dongeng ni..dan di situlah start nama APPLE GREEN. Harapan saya agar semua ahli keluarga Apple Green boleh berusaha untuk capai impian hidup masing-masing sama macam pokok epal ni berusaha untuk dapat bintang sendiri.

Jangan lupa..rezeki kita tak sama dengan orang lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tapi, mesti ada. Dengan syarat kena berusaha dan terus berusaha. ok tak?

Dan..kenapa pulak APPLE GREEN bukannya Green Apple? Sebab Green Apple too mainstream..hihihihihihi gurau ye.

 

Advertisements

1 thought on “My Story : Kisah di sebalik nama APPLE GREEN”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s