Alfalfa Complex, Cinch Energy Tea Mix, Cinch Shake, ESP Soy Protein, Herb-Lax, Lecithin, Omega Guard, Set Diet

Set Diet Shaklee : Bina, Bakar, Buang

Assalamualaikum semua..

Saya berazam nak KURUS DENGAN SIHAT..hihihihi..tak nak turun mendadak tapi nampak macam sakit je..macam tak cukup vitamin je. Kenapa saya cakap macam tu?sebab saya pernah alami situasi macam tu..ada satu masa tu, saya nak sangat kurus..tapi bila dah kurus, jumpa sedare mare, seme tanya “Nape kurus ni? Sakit ke?”. Terus jadi macam wake up call pulak. Tak nak da berdiet tak tentu hala pastu nampak macam orang sakit.

Jadi, post kali ni, nak tujukan untuk diri sendiri..boleh tak? hehehehe..Bila tengah nak berdiet ni, mula la study sikit pasal supplemen Shaklee ni. Memang best tau set diet Shaklee ni uols..bukan sebab saya nak menjual tapi sebab saya study dan makan. Memang banyak sangat khasiat dalam satu tablet kecik tu.

Jom, saya share apa ilmu yang saya dapat..

set diet

  • BUANG / DETOX

Buang atau detox ni, memang selalu kita dengar kan? Tapi kenapa pentingnya detox? Detox ni sebenarnya prosess membersihkan usus. Usus kan adalah tempat dimana semua khasiat di serap. Kalau usus kita tak bersih, penuh dengan kerak najis, penuh dengan toksin, macam mana khasiat dari makanan atau supplemen tu nak di serap. Jadi, step ni sangat penting. Bukan je untuk nak diet je..tapi kita sepatutnya kena selalu detox.

Dalam Shaklee, ada banyak supplemen untuk detox. Tapi untuk usus, ALFALFA dan/atau HERBALAX.

alfafa-complex-s

Alfalfa Complex ni banyak khasiat tau. Maknenya, kalau kita ambil Alfalfa ni sebagai supplemen detox, dia bukan detox je, tapi ada khasiat lain juga. Tapi, untuk topik ni, saya hanya cerita tentang khasiat Alfalfa untuk yang nak kurangkan berat badan.

  1. Mencuci hati, darah dan usus – Alfalfa ni sejenis makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  2. Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa satu2nya tumbuhan mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Membantu mengurangkan masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

herb-lax

Herb-Lax ni pulak memang diformulasi untuk usus. Manfaat utama Herb-Lax :

  1. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  2. Membantu masalah sembelit.
  3. Mengempiskan perut.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Sebab itu..dalam set diet ni, kalau anda nak pilih Alfalfa atau Herblax sebagai agen detox atau nak makan dua-dua pun boleh..tak ada masalah. Cuma, dapatkan nasihat dari SID anda ye..

  • BAKAR

Apa plak yang dimaksudkan bakar ni kan? Bakar ni maknanya bakar lemak atau supplemen yang meningkatkan metabolisma kita. Bagi yang tak faham makna metabolisma ni, boleh la bayangkan api dalam perut. Bila kita makan, api ni yang membakar lemak. Kalau api besar, cepat la terbakar lemak2 tu..tapi kalau api slowww je,lambat la terbakar lemak2 semua..lagi haru kalau belum habis bakar, da tambah makanan lain.

Jadi, Lecithin dan Omega Guard ni boleh membantu kita memecahkan lemak2 yang degil tu.

lecithin

Lecithin ni banyak sangat khasiat..ramai yang ingat Lecithin ni setakat membantu memecahkan lemak je tapi sebenarnye banyak lagiiii..tahukah anda antara khasiat Lecithin ialah membantu mencantikkan kulit? tak tau kan tak tau kan..hehehehe. Kan untung..makan Lecithin untuk kurus, tapi at the same time kulit pun cantik..

Alrite..ni antara manfaat utama Lecithin :

  1. Pemecahan lemak dan kolesterol – Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah.
  2. Menghalang obesiti – Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  3. Menghalang tekanan darah tinggi – memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  4. Meringankan sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

omega-guard

Kalau kita google, antara makanan yang digalakkan untuk orang yang berdiet adalah makanan yang tinggi kandungan omega 3. omega 3 ni membantu meningkatkan kadar metabolisme kita. Sebab tu, Omega Guard Shaklee ni famous di kalangan mereka yang nak kurus. Uols nak tau tak? Omega Guard ni merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagiii.

Manfaat utama :

  1. merendahkan kolesterol, mencegah penyakit salur darah dan strok.
  • BINA

Lepas buang dan bakar, peringkat seterusnya ialah BINA. Bina apa? Bina otot. Ramai customer ingat step ni tak penting, tapi sebenarnye step ni pun penting uols..Kenape kita perlu bina otot? Sebab otot la akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

esp shaklee poster

Energizing Soy Protein ni merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. ESP ni sejenis minuman berprotein. Rasanya, semua pun tau yang protein sangat penting untuk tubuh kita. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Cuba teka bahagian mana lagi dalam badan kita yg perlukan protein? Otot..

cinch-shake-mix

Wohooo..Cinch Shake Mix ni memang best..sampaikan tagline cinch shake ni ‘Memberi khasiat seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut’. Sedap la tu nak bak hang..hehehehe. Comes in 3 flavours. Ada vanilla, cafe latte dan chocolate. Apa yang bezanya dengan ESP? Cinch Shake ni mengandungi Leucine. Leucine elok untuk memelihara otot semasa kita nak turunkan berat. Yang lagi best, tak ada perasa tiruan, pewarna atau pemanis uols.

ADD ON

cinch-tea

Alrite..sebelum penutup, nak cite jugak pasal Cinch Tea Mix. Kalo kita gugel, akan jumpa jugak green tea sebagai makanan yang meningkatkan metabolisme. And guess what? Shaklee pun ada…dan lagi special. Cinch Tea Mix ni bukan saja mengandungi green tea, tapi ada juga red tea, white tea dan rooibos red tea extract. Nak tak saya discuss pasal Cinch Tea Mix ni? Ok..next post ya..

 

 

 

 

 

 

Advertisements

1 thought on “Set Diet Shaklee : Bina, Bakar, Buang”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s