Uncategorized

Kenali Shaklee dan Dr. Forrest C Shaklee

Assalamualaikum semua..terutama untuk keluarga saya di Apple Green Group.

Selalu kita baca tentang produk dan supplemen Shaklee kan? Kali ni, apakata kita bercerita pula tentang sejarah Shaklee. **Yawnnnnn…*** hehehehe. Sebut je sejarah, semua da mengantuk. Tapi, elok la kita baca dan faham pasal Shaklee ni. Dan…saya akan cuba cerita ringkas-ringkas je. hihihihihihi.

dr-shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee ni adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956. ketika tu, beliau berusia 61 tahun. Dan pada ketika beliau berusia 80 an, Shaklee telah menjadi sebuah syarikat Fortune 500.

Minat Dr. Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit kanak-kanaknya, batuk kering. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar Iowa. Hidup berharmoni dengan alam semulajadi menjadi satu cara hidup beliau.

Beliau sentiasa percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan dan kesejahteraan. Sentiasa mencuba, Dr. Shaklee membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. Pada tahun 1915, Vitalea atau sebelum ni dikenali sebagai “Vitalized Mineral” telah diperkenalkan disaat dunia belum lagi faham tentang konsep vitamin sepenuhnya, sekaligus menjadikan “Vitalized Mineral” sebagai multivitamin pertama didunia.

vitalized minerals

Bersama-sama anak beliau Forrest Jr dan Raleigh, Dr. Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation dengan menekankan konsep pemakanan untuk mencegah dan konsep hidup yang positif. Keluarga Shaklee menubuhkan syarikat bukan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak tapi lebih kepada membantu orang untuk hidup dengan lebih sihat.

Perbezaan produk Shaklee telah menjadikan syarikat ini jauh dihadapan. Nak tau tak perbezaannya?

  1. Dr. Shaklee mahu pastikan setiap produk shaklee menjadi yang terbaik & memenuhi keperluan sebenar. Bukan setakat diletak di atas rak.
  2. Beliau akan consult setiap pesakitnya sendiri sebab beliau tahu perbualan secara peribadi adalah cara terbaik menerangkan faedah kesihatan melalui pencegahan. Kata Dr. Shaklee ” Kita akan mengajar beberapa perkara dan mereka akan mengajar orang lain untuk mengajar orang lain untuk mengajar orang lain”. Jadi, orang-orang Shaklee melakukan dengan cara bercakap, consult dengan ramai orang. Mereka bercerita, orang mendengar dan memberitahu orang lain. Walaupun tanpa ‘jurujual’ formal, mesej Shaklee tersebar luas. Pasukan bapa & anak ni, telah mencipta beratus ribu gerakan akar umbi dan syarikat kini bernilai US$500juta.
  3. Inovasi Dr. Shaklee tidak berakhir dengan makanan. Beliau mengamalkan ‘Hidup berharmoni dengan alam’ dalam penjagaan rumah, mencipta pembersih biodegrasi selama berdekad-dekad sebelum keselamatan alam sekitar menjadi satu kebimbangan. Beliau mempelopori penemuan baru dalam pemakanan yang menjadi arus perdana pada tahun-tahun kemudian.

basic h dulu

Love, Fara 017.347.1218

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s