Sustained Release Vita C Plus, Uncategorized, Vita E Complex, Vivix

Kenapa Antioksidan penting untuk kita

Assalamualaikum semua..

Kita biasa dengar orang cakap pasal antioksidan ni kan. Tapi, apa sebenarnya anti oksidan & kenapa ianya penting untuk tubuh badan kita?

Di saat uolls tengah baca post ni, sel-sel dalam badan kita sebenarnya tengah ‘berperang’ dengan berjuta radikal bebas, yang mungkin boleh menyebabkan kesan negatif pada badan kita. Dan seperti mana-mana ‘peperangan’, ada pihak baik dan pihak jahat. Tapi, apa pihak jahat & baik tu? Apa yang dua-dua pihak ni buat? Dan, yang paling penting, macam mana kita nak protect badan kita dalam ‘peperangan’ ni?

Apa itu RADIKAL BEBAS?

                                                                           gambar dari mr.google

Radikal bebas ni sebenarnya MOLEKUL YANG KEHILANGAN ELEKTRON PENTING. Kehilangan elektron ini menyebabkan molekul ini TIDAK STABIL & SANGAT MERBAHAYA. Radikal bebas ni perlukan elektron yang dah hilang ni untuk survive dan cuba teka kat mana radikal bebas ni dapatkan elektron utk jadi stabil? Ye.. radikal bebas ni akan ‘curi’ elektron yang ada pada sel dalam badan kita untuk radikal bebas ni jadi stabil. Bila sel badan kita kurang elektron, sel badan kita pula akan ‘curi’ elektron dari sel badan yang lain. Jadi, macam satu rantaian/chain kan. Itu baru satu, bayangkan kalau berjuta radikal bebas yang masuk dalam badan kita?

Apa yang menyebabkan RADIKAL BEBAS ni?

Banyak faktor yang contribute kepada radikal bebas ni. Seperti :

  • Asap rokok
  • Stress
  • Pencemaran
  • Sinaran uV
  • Poor Nutrition
  • Amalan pemakanan yang buruk

Apa jadi bila terlalu banyak Radikal Bebas ni dalam badan kita?

Bila terlalu banyak radikal bebas dalam badan kita, ia akan mengganggu fungsi sel badan kita & dan menjadikan sel badan kita TAK NORMAL. Antara kesan yang kita bole nampak:

  • sel-sel berumur pendek – tua sebelum waktu, bintik-bintik penuaan.
  • sistem pertahanan tubuh menurun – kita jadi lemah & mudah sakit
  • reaksi abnormal dari sel, menyebabkan timbul sel-sel baru – tumor, kanser

Yeayyy.. ANTIOKSIDAN

Apa fungsi ANTIOKSIDAN?

Antioksidan ni berfungsi meneutralkan radikal bebas dengan ‘mendermakan’ satu elektron pada radikal bebas ni supaya ianya stabil. Antioksidan ni dah memang sedia stabil samada dia dermakan atau tak elektron tu. Bagus tak?

Kajian menunjukkan dengan makan makanan yang tinggi antioksidan, boleh :

  • mengurangkan risiko penyakit kanser
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi
  • mengurangkan kesan penuaan
  • banyak lagi….

Luckily, terdapat banyak sumber makanan yang tinggi antioksidan seperti strawberry, blueberry, epal hijau, boleh google je sebab banyak.

Tapi..

Saya juga pilih supplemen Shaklee sebagai MAKANAN TAMBAHAN. Bukan pengganti makanan ye, cuma top up je mana yang tak cukup. Kenapa? Sebab..saya tahu sayur , buah-buahan yang saya beli bukan yang organik. Jadi saya tak tauberapa kandungan vitamin yang ada dalam sayur2 & buah2 tu. *wink*

  1. VIVIX

Kaya dengan resveraterol & tinggi antioksidan

2. Vitamin ACE (beta carotene, vitamin C & vitamin E)

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin ACE ni bersama-sama untuk menggandakan kesan antioksidan bagi melawan radikal bebas.

That’s all guys..untuk sebarang pertanyaan lajut, boleh wa saya ye..

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s