Carotomax, ESP Soy Protein, Garlic, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

3 peringkat pertahanan tubuh.

Assalamualaikum semua..

Tahukah anda ada 3 peringkat pertahanan dalam sistem imun kita. Apa yang membentuk imun badan kita ni bukan satu entiti tunggal, tapi satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh badan kita. Jadi, amat lah penting untuk kita jaga ketiga-tiga peringkat pertahanan tubuh kita ni agar badan kita kuat dan sihat.

Bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja?

Tahap Pertama

Peringkat pertama adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang kuman daripada memasuki badan kita.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Protein, Vitamin & Mineral, Omega 3

Omega 3 terbukti dapat membantu mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.

Vitamin & Mineral membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

 

Tahap Kedua

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, kuman akan jumpa pelbagai sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita. Isyarat imun ni di panggil Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi badan kita dari serangan kuman.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Vitamin C, Bawang Putih, Karotenoid, Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun.

Vitamin C adalah ‘otot’ sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap & memusnahkan kuman.

Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun secara semulajadi meningkatkan tahap interferon & menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

 

Tahap Ketiga

Pertahanan tahap ketiga ni bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan yang paling hebat badan kita boleh mengingati jenis kuman itu. Jika kuman ni menyerang badan kita lagi, sistem pertahanan badan kita akan bertindak sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakkan yang serius pada sel-sel badan kita. untuk pulih dengan sendiri, badan kita perlukan Resveratrol dan Polifenol untuk memulihkan sel dengan lebih cepat.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Resveratrol dan Polifenol

Resveratrol dan Polifenol meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki & melindungi sel-sel DNA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s