Breastfeeding, Uncategorized

9 tips untuk banyakkan susu ibu

Assalamualaikum semua..

Kebelakangan ni, ramai yang mesej saya bertanyakan supplement untuk boost milk supply, ada juga yang bertanyakan tips. Bukan la nak kata saya pakar. Tapi, cuma berkongsi info yang saya tau.

Alrite..hari ni, saya nak share 12 tips untuk boost milk supply

  1. Adakan sesi perahan yang konsisten setiap hari

Kalau boleh, pam susu di tempat dan waktu yang sama setiap hari. Secara tidak langsung, badan kita akan mula hasilkan banyak susu.

2. Urut dada sebelum pam.

Urutan yang simple boleh membantu merangsang milk gland dan melembutkan tisu.

3. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah minum air dengan secukupnya. Ibu yang menyusukan anak perlu pastikan pengambilan makanan hariannya semua zat lengkap yang diperlukan oleh anak yang menyusu dan ibu yang menyusukan. Disini, pengambilan supplemen sangat membantu. Pengambilan makanan yang seimbang yang penuh dengan zat yang diperlukan bukan saja membantu ibu kekal sihat tapi juga memastikan susu ibu lebih berkualiti.

4. Fikir positif dan jangan stress

Enjoy the moment..relax. Cuba elakkan dari fikir perkara yang negatif.

5. Pam di waktu pagi

Badan kita akan simpan susu sepanjang malam. Jadi, waktu pagi adalah masa terbaik untuk kita pam susu. Make it a priority.

6. Pam walaupun selepas menyusu

Walaupun dada kita tidak menunjukkan rasa berat atau penuh dengan susu, teruskan perahan agar susu terus terhasil.

7. Pam sambil menyusukan anak kita

Umpama kita ada anak kembar. Kita dengan secara tak langsung ‘beritahu’ badan kita untuk hasilkan lebih susu. Plus, boleh menjimatkan masa.

8. Kekerapan penyusuan & pam

Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu. Penghasilan susu berdasarkan demand and supply. Bila kita menyusu & pam dengan lebih kerap secara tak langsung beritahu badan kita untuk hasilkan lebih susu.

9. Doa dengan istiqamah

Rezeki menyusu ni datang dari Allah. Jadi, perbanyakkan doa supaya Allah terus beri rezeki pada anak kita.

Jadi, ini secara ringkas apa yang boleh kita praktikkan untuk kita increase milk supply. All the best ye..