Eczema

Fresh Laundry Concentrate Powder untuk Eczema

Assalamualaikum semua

Salah satu punca/triggers Eczema adalah dari serbuk pencuci pakaian. Bila saya tahu anak saya ada Eczema, saya dah set dalam kepala yang gaya hidup kami terutamanya anak saya kena berubah. Makan kena pantang, kena perhatikan apa yang menyebabkan Eczema anak saya triggers. Seboleh-bolehnya, saya nak kurangkan ianya dari berlaku berlaku, kesian tengok anak saya asyik menggaru.

Tahukah Anda?

Kebanyakkan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit  – penyebab biasa terjadinya alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT. Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengan bahan ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Asingkan pakaian

Memandangkan saya dan suami menggunakan serbuk pencuci pakaian biasa, jadi saya asingkan baju kami dan anak-anak. Sebab bila anak saya yang mempunyai kulit sensitif, pakaiannya dicampurkan dengan pakaian kami, kulit anak saya jadi lambat untuk recover.

Fresh Laundry Concentrate Powder

Fresh Laundry Concentrate Powder tidak mengandungi bahan Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate atau lain-lain bahan berbahaya.

Perbezaan Shaklee

Selamat

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan

  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya 1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri.

Mesra Alam

  • Rumusan semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biodegradeable
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.

Eczema

Apa yang menyebabkan atau ‘triggers’ Eczema?

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..Sabtu lepas, Group Euphoria di bawah Master Norita & Master Naquib ada anjurkan kelas Health Care Sharing : Understanding Eczema & Psoriasis oleh Dr. Anya Tay. Memang best sangat..banyak benda yang kami belajar. Ilmu-ilmu ni InsyaAllah, boleh kami praktikkan masa consult customer nanti.

Ok..sebelum discuss lebih lanjut, kita kena faham dulu apa yang boleh menyebabkan atau triggers Eczema ni kat kita atau anak-anak kita.

  1. Genetic – ada family yang ada history ahli keluarga yang mengidap Eczema, Asthma atau Allergies.
  2. Food intolerances – produk tenusu, gandum, kacang tanah, telur, makanan laut.
  3. Dry skin – kulit kering juga boleh menyebabkan Eczema
  4. Irritants – hand & dish soap, detergents, shampoo, body wash, surface cleaners, disinfectants, chlorine in water, perfume, wool clothing, synthetic fibers.
  5. Hot /Cold temperature & sweating – perubahan suhu dengan mendadak boleh menyebabkan Eczema. sebagai contoh, dari cuaca panas terus masuk bilik sejuk. Atau dari bilik sejuk terus keluar ke ruang panas.
  6. Allergens – Pollens, dust mites, bulu kucing, anjing, patung bulu-bulu.
  7. Stress
  8. Refined Sugar & Saturated fats – gula putih dan makanan lemak tepu boleh meningkatkan kerosakan sel dan keradangan.
  9. Infection – jika terdapat jangkitan kuman, perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan krim antibiotik dulu.

Nak info lebih lagi tentang Eczema? Nantikan post seterusnya ye. Kalau nak tanya, makanan tambahan yang sesuai untuk kurangkan Eczema, boleh whatsapp saya.

 

Eczema, ESP Soy Protein, GLA Complex, Omega Guard, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

Supplemen untuk Eczema : Kali ini untuk orang dewasa

Assalamualaikum semua sahabat..

Sebelum ni, saya pernah share apa yang anak saya makan untuk Eczema..kalau ada yang ter’miss’ post tu, boleh je terus klik Supplemen untuk Eczema : apa yang anak saya makan..

Kali ni, saya nak share pula supplemen Shaklee yang mana sesuai untuk orang dewasa yang kena Eczema ni..sebelum tu, saya nak highlight kat sini..yang Eczema ni susah nak sembuh, tapi boleh dikawal..sebab anak saya pun ada Eczema, saya pun kena selalu ingat benda ni..hihihihi

Ok? ready?

Ada banyak produk Shaklee yang elok untuk dicuba. Antaranya :

1) ESP

esp shaklee poster

  • membantu menghasilkan sel kulit yang sihat dan membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik dan juga mengelakkan eczema dari terus merebak dan menjangkiti bahagian lain.



2) Omega Guard

omega-guard

Khasiat Omega Guard untuk pesakit Eczema :

  • Omega Guard mengandungi omega 3 di dalamnya yang elok untuk mengawal keradangan kulit. Pengambilan omega 6 juga sangat membantu dalam anti keradangan. GLA Complex mengandungi omega 6.

 

3) GLA Complex

gla-complex

  •  Macam yang cerita di atas tadi, gabungan omega 3 dan omega 6 sangat2 membantu dalam anti keradangan. jadi, seelok2nya, omega guard dan gla complex ini di ambil bersama..bukan bulan ni beli omega, bulan depan beli gla pula ye..hehehe
  • kecuali kanak2 yang tak perlu makan gla.

4) Vita C Plus

vita-c-plus

  • Eczema ni penyakit yang berkait rapat dengan imun badan..jadi pengambilan Vitamin C elok mengukuhkan imunisasi badan.

 

5) Vita E Complex

vita-e-complex (1)

  • khasiat vitamin E ni memang terkenal untuk kulit.
  • Antara fungsi vitamin e ni, merawat dan melicinkan kulit akibat luka eczema.
  • Turut berfungsi memudarkan parut.

 

Jadi, inilaH antara supplemen yang elok untuk orang dewasa yang kena Eczema. Tapi, bukan limit kepada yang atas ni..Ada juga Vivix, Vitalea, Nutriferon..semua ni tujuan untuk meningkatkan imunisasi badan..agar eczema tak kerap menyerang.

Ada juga cream Herbal Blend yang untuk disapu pada kulit. Herbal Blend ni, elok bagi melegakan gatal-gatal dan luka-luka pada kulit akibat eczema..plus cream ni ada menthol, jadi rasa beranginnn je..anak saya pun guna herbal blend ni..kalau guna secara konsisten, InsyaAllah boleh nmpak hasil..harga pun tak mahal macam cream clinic yang da sah-sah ada steroid..so, highly recommended uolss..

Dan..supplemen2 ni sume tahan lama..bukan la beli untuk sebulan..pastu next month beli lagi..contohnya ESP. Walaupun konsisten minum setiap hari, InsyaAllah bole tahan dalam 2 bulan..haaa jimatkan?

Chewable Vita-C Plus, Chewable Vitalea for Children, Eczema, Mealshakes, Omega Guard

Supplemen untuk Eczema : apa yang anak saya makan.

Assalamualaikum semua

Anak saya yang no 2 merangkap yang bongsu kena eczema masa dia umo 1 tahun..jadinya, dia selalu gatal2 dan kulit dia selalu merah2 dan x smooth..hari ni saya nak share supplemen apa yang anak saya makan untuk kurangkan simptom Eczema..

  1. MEAL SHAKES

meal-shakes

Anak saya start makan supplemen Shaklee masa umur dia dalam 1 tahun 6 bulan macam tu..mula-mula, saya beri dia Mealshakes..anak saya ni fully bf, jadi saya kena kreatif sikit bila nak beri dia minum Mealshakes. Selalunya, saya akan campurkan 1/2 sudu teh Mealshakes dalam air milo. Bila umur dia da meningkat naik 2 tahun, baru saya beri dia 1 sudu teh. Sekarang ni Alhamdulillah..da takyah sorok2 beri Mealshakes..kadang2 tu dia sendiri yang mintak Mealshakes sebab memang sedap.

Antara khasiat Mealshakes untuk Eczema:

  1. Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel kulit, kuku, rambut dan lain-lain.
  2. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium – agen anti-oksida yang bertindak melawan penyakit.

Sebenarnya, ada banyak lagi khasiat Meal Shakes ni..tapi kali ni saya focus utk Eczema je..hihihi

 

2. OMEGA GUARD

omega-guard

Selepas Meal Shakes, saya kumpul2 pula duit untuk beli Omega Guard..ye la saya ni WAHM..jadinya kena la berjimat banyak..hehehehe. Anyway, Omega Guard ni datang dalam bentuk soft gel tapi sebab anak saya kecil lagi, dia tak bole nak telan Omega Guard ni. Akhirnya, saya pecahkan Omega Guard ni dalam bubur nasi anak saya..Alhamdulillah tak ada masalah xnak makan pulak anak saya..sekarang ni dia bole kunyah2 je Omega Guard tu..

Omega Guard ni memang famous dengan minyak ikan yg sangat elok untuk minda. Tapi, khasiat Omega Guard untuk Eczema :

  1. Meningkatkan sistem imun tubuh.
  2. untuk kulit yang cantik.

3. CHEWABLE VITA C PLUS

chewable-vita-c-plus

 

Next, selepas consume Meal Shakes dan Omega Guard, 2-3 bulan kemudian saya tambah pula Chewable Vita-C Plus ni untuk anak saya. Harga pun x mahal..jadi bole la saya beli Vitamin C pula untuk anak saya. Apa yang membuatkan saya beli supplemen ni? Satu hari, saya pergi satu kedai sen-sei, tak ingat masa tu nak beli apa..tapi masa nak bayar tu, apek tu terpandang kulit anak saya, terus dia bagi nasihat free..hehehe..dia cakap bagi la anak lu makan vitamin c..anak wa seme wa bagi vitamin c..jadi, of kos..saya pilih vitamin c yang halal dan semulajadi la kan untuk baby saya..

Khasiat Chewable Vita C untuk eczema :

  1. Pembentukkan kolagen – kulit lebih anjal.
  2. Agen antioksida dan Immune Booster.
  3. Kulit akan jadi lebih lembap, lebih licin dan putih berseri

 

4. VITA-LEA FOR CHILDREN

vita lea for children

 

Dan..yang terkini, Vita-lea for Children..saya sebenarnya sangat happy bila Shaklee keluarkan balik supplemen ni..sebab tak yah da saya pening2 g farmasi cuba carik multivitamin lepas tu balik rumah..google dulu pasal supplemen tu sebelum beli. Bila Shaklee produce balik Vitalea for children ni, saya terus beli sebab Shaklee memang all natural product..cayo lo cakap den..

Khasiat Vita-Lea for children :

  1. Vitamin Power – mengandungi vitamin C, D and E. plus all 8 B vitamins.

Dan..banyak la lagi khasiat Vita-lea for children ni..plus, rasa dia manis2 tapi tak pakai artificial flavors dan sweeteners, jadi takyah risau pasal cavities.

So, here u go semua..ni baru supplemen yang anak saya makan..belum termasuk Herbal Blend untuk sapu pada kulit..Laundry Concentrate yang all natural untuk basuh baju, cadar anak saya, sabun mandi pulak saya guna produk Tropika..ada anak eczema memang kena sabar sikit..sebab kalau boleh kena guna product yang 100% semulajadi, kalau tak takot lagi melarat gatalnya..

Tapi..Eczema ni penyakit yang tak ada ubat..kalau jumpa doctor pun, doctor akan bagi ubat sapu je..jadi, bukan la makan supplemen Shaklee terus hilang..pada saya, dapat kurangkan simptom eczema pun da cukup..sebab kesian tengok dia asyik garu2 je..setakat ni, memang Alhamdulillah..saya sangat puas hati dengan Shaklee..

Anda?nak cuba tak?