Carotomax, ESP Soy Protein, Garlic, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

3 peringkat pertahanan tubuh.

Assalamualaikum semua..

Tahukah anda ada 3 peringkat pertahanan dalam sistem imun kita. Apa yang membentuk imun badan kita ni bukan satu entiti tunggal, tapi satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh badan kita. Jadi, amat lah penting untuk kita jaga ketiga-tiga peringkat pertahanan tubuh kita ni agar badan kita kuat dan sihat.

Bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja?

Tahap Pertama

Peringkat pertama adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang kuman daripada memasuki badan kita.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Protein, Vitamin & Mineral, Omega 3

Omega 3 terbukti dapat membantu mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.

Vitamin & Mineral membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

 

Tahap Kedua

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, kuman akan jumpa pelbagai sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita. Isyarat imun ni di panggil Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi badan kita dari serangan kuman.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Vitamin C, Bawang Putih, Karotenoid, Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun.

Vitamin C adalah ‘otot’ sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap & memusnahkan kuman.

Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun secara semulajadi meningkatkan tahap interferon & menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

 

Tahap Ketiga

Pertahanan tahap ketiga ni bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan yang paling hebat badan kita boleh mengingati jenis kuman itu. Jika kuman ni menyerang badan kita lagi, sistem pertahanan badan kita akan bertindak sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakkan yang serius pada sel-sel badan kita. untuk pulih dengan sendiri, badan kita perlukan Resveratrol dan Polifenol untuk memulihkan sel dengan lebih cepat.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Resveratrol dan Polifenol

Resveratrol dan Polifenol meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki & melindungi sel-sel DNA.

Carotomax, ESP Soy Protein, Omega Guard, Vitalea, Vivix

Macam mana nak jaga kesihatan mata kita?

Assalamualaikum all..

Semalam saya ada share tentang supplemen untuk penjagaan mata anak-anak kita. Macam mana pula supplemen untuk orang dewasa? Seharian mengadap komputer mesti mata kita letih kan?

Saya faham..sebab saya WAHM (Work at home mom). Kerja saya banyak mengadap laptop. Tapi..tahu tak kita, yang Omega 3 membantu melegakan mata yang kering?

Ok la..jom saya share supplemen penting untuk mata kita.

 

ESP

  • Protein berperanan penting dalam sel hidup. Protein dibentuk dari Asid Aminodan merupakan bahan asas semua benda hidup. Ia juga boleh menyebabkan hilang ketahanan terhadap penyakit. Kajian menunjukkan adanya kaitan antara kekurangan protein dengan keadaan rabun jauh. Protein yang mencukupi dalam diet boleh mengelak berlakunya rabun jauh. Sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan susu.

 

Vitalea

  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk spirulina.
  • Vitalea merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia.
  • Mengandungi vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata, mencegah rabun malam, menguatkan kerangka tulang, gusi,gigi dan banyak lagi khasiat vitamin.
  • turut mengandungi Biotin yang membantu B kompleks berfungsi lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban & gugur, diabetes, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Omega Guard

  • membantu mengurangkan simptom mata kering

Carotomax

  • turut digelar vitamin mata sebab kandungan Vitamin A yang terkenal untuk masalah rabun.
  • membantu meningkatkan penglihatan dengan menghasilkan ‘visual ungu’ yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.
  • membantu mengurangkan masalah mata yang rabun & kering
  • membantu mengurangkan penyakit katarak & glaucoma
  • membantu mengatasi kelesuan mata akibat mengadap komputer & smartphone.
  • membantu mengurangkan masalah ‘eye bag’ di bawah mata.
  • melindungi lapisan luar kornea mata.

VIVIX

  • Kandungan resveratrol  dan polifenol yang tinggi di dalam Vivix terutamanya Anthocyanins mampu mengurangkan risiko kerosakan mata, memperbaiki daya penglihatan dan membantu merawat saraf saraf mata yang bermasalah.

Alhamdulillah..ada banyak testimoni yang menyokong pemilihan supplemen di atas membantu menjaga mata kita. Untuk order atau konsultasi, boleh terus whatsapp saya ye.

Carotomax, ESP Soy Protein, Kanser, Nutriferon, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex, Vivix

Supplemen untuk Kanser : Apa yang mak saya makan?

Assalamualaikum semua..

Sebelum ni, saya tak pernah cerita apa2 mengenai mak saya, adik2 saya ataupun suami saya..tapi, baru2 ni saya dapat tahu ada suami kawan saya yang kena kanser paru-paru..kesian pulak tapi x mampu nak tolong..jadi, saya cuba kongsikan apa yang mak saya makan semasa dan selepas kimo.

Dalam 3 tahun lepas, mak saya di diagnos mengidap kanser payudara..sejak dari tu, mak saya mula consume Shaklee..

Jadi, hari ni saya nak share kat sini apa yang mak saya pernah dan masih lagi makan/minum hingga ke hari ini :

 

vivix

vivix-bottle

1) Vivix – Every now and then, mak saya akan minum satu sudu kecil Vivix sebelum tidur. Antara khasiat utama Vivix ni ialah Vivix dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radiotherapy dan kimo.


esp shaklee poster

2) Energizing Soy Protein (ESP) – Setiap pagi, mak saya akan bancuh 1-2 sudu besar ESP ni untuk menambah tenaga. Frankly speaking, ESP banyak membantu especially semasa mak saya masih dalam rawatan kimo. Biasanye, selepas rawatan kimo tu, mak saya akan hilang selera makan dan muntah2. Alhamdulillah, walaupun masih tak ada selera tapi sekurang2nya mak saya rasa tak lapar sangat dan saya tau mak saya masih dapat khasiat dari minum ESP ni.

 

caro

3) Carotomax – Setiap hari mak saya akan makan 1 biji Carotomax ni utk anti-oksida. Anti oksida ni merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

 

vita-c-plus

4) Sustained Release  Vita C Plus – Antaravitamin yang mak saya wajib ambil 2 biji setiap hari. Vita C ni sangat penting untuk pencegahan kanser. Ciri-ciri antioksidannya melindungi sel-sel dan DNA dari kerosakan dan mutasi. Ia menyokong sistem imun badan, dan merupakan baris pertama pertahanan terhadap kanser, dan mencegah sebatian penyebab kanser tertentu daripada terbentuk dalam badan. Vitamin C mengurangkan risiko mendapat hampir semua jenis kanser. Vitamin C ini tidak secara langsung menyerang kanser yang telah berlaku, tetapi ia membantu mengekalkan dan meningkatkan sistem imun, yang membolehkan ia untuk melawan kanser.

VITA E

5) Vita E Complex – bezanya Vitamin E Shaklee dengan Vitamin E yang lain, Vita E Complex ni ada mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C..dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser

nutriferon

6) Nutriferon – mengukuhkan sistem imun kita dalam masa 3 hari. Satu2nya interferon yang semulajadi di dunia. Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida ang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

Tapi..bukan la saya cakap atau claim yang supplemen Shaklee ni bole menyembuhkan kanser atau menhalang kanser dari terjadi sebab semua itu atas Izin Allah..kita sebagai manusia cuma bole berusaha je kan?dan saya sebagai anak pun, kalau bole nak pilih yang terbaik untuk mak saya.

Selebihnya, hanya Allah je yang tahu..