Chewable Vita-C Plus, Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Omega Guard

Supplemen Minda : Khas untuk kanak-kanak

Dengan lafaz Bismillah…

Assalamualaikum semua..

Saya seorang guru tuisyen.

Biasanya, akan ada sesi2 perbincangan dengan ibu bapa tentang anak-anak mereka. Dalam ramai-ramai keluarga yang saya jumpa, hanya ada seorang je parents yang bertanyakan tentang supplemen untuk kanak-kanak. Saya pun faham, kadang-kadang anak-anak kita balik sekolah dah penat, lepas tu kena siapkan homework, kena pergi tuisyen. Jadi, bila dah penat, susah untuk mereka fokus, tak kira la kat sekolah ke, kat tuisyen ke.

So, hari ni saya cerita kat sini supplemen Shaklee apa yang sesuai untuk meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak. Supplemen ni sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun hingga 12 tahun. Ada juga yang mula bagi anak-anak mereka start dari usia setahun lagi. Boleh juga..tak ada masalah. Tapi, make sure consult dulu ngan distributor untuk ketahui dose yang sesuai untuk usia itu.

Bukan la kata, makan Shaklee boleh terus jadi pandai. Tidak tau. Shaklee ni supplemen je. Kita bagi supplemen kat anak-anak kita supaya badan mereka cukup khasiat, cukup nutrien. Nutrien yang bukan hanya untuk badan, tapi untuk otak, untuk mata, untuk pendengaran. Biar lengkap..dan makan dengan konsisten..InsyaAllah akan nampak hasil. Bukan ke Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat?

Alrite.

 

Mealshakes

meal-shakes

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Manfaat Utama :

  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Kaya dengan protein. Membekalkan nutrisi pada sel tubuh dan membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan penyakit.

Vita-lea For Children

Vita-LeaChildren

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral yang lengkap.
  • Mengandungi vitamin A yang elok untuk kesihatan mata dan kulit. Mencegah rabun malam, bantu tumbesaran. Kuatkan kerangka tulang, gusi dan gigi. Meningkatkan sistem imun.
  • Vitamin C untuk otot, kulit yang sihat dan kuat. Meningkatkan daya tahanan penyakit. Mencegah selsema, gusi berdarah, hidung berdarah.
  • Vitamin D untuk tulang dan gigi serta membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12 membantu selera makan. Baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, membantu mengurangkan keletihan dan keresahan.
  • Kalsium – perkasakan tulang dan gigi.
  • Magnesium untuk kesihatan tulang, gigi, mencegah tekanan, merehakan otot dan sistem saraf.
  • Zinc memperkasa sistem imun, cepatkan sembuhan luka dan elok untuk ketajaman minda.

Ini baru sikit je khasiat Vitalea for kids ni. Ada banyak lagi nutrien dan mineral dalam multivitamin ni. Ada Biotin yang elok untuk kuku dan rambut. Ada Folate..eh banyak lagi la.

Chewable Vita-C Plus 

chewable-vita-c-plus

  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi tubuh.
  • Menggalakkan kesihatan mata, gigi, otot-otot dan salur darah

 

Omega Guard

omega-guard

Minyak ikan terbaik dunia.

Manfaat Utama :

  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran.
  • Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, tekanan, anxiety, autism, kanak-kanak hyperaktif dan lain-lain.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

So, here you go guys. Saya da share apa yang elok untuk anak-anak kita. Tapi, last call terletak di tangan anda. Saranan saya, jom la kita pilih yang terbaik untuk anak-anak kita. Macam mana kita pentingkan sekolah, pakaian anak-anak kita, harapnya kita pilih yang terbaik juga untuk kesihatan mereka.

Your most trusted distributor

Fara.

 

 

Advertisements
Chewable Vita-C Plus, Chewable Vitalea for Children, Eczema, Mealshakes, Omega Guard

Supplemen untuk Eczema : apa yang anak saya makan.

Assalamualaikum semua

Anak saya yang no 2 merangkap yang bongsu kena eczema masa dia umo 1 tahun..jadinya, dia selalu gatal2 dan kulit dia selalu merah2 dan x smooth..hari ni saya nak share supplemen apa yang anak saya makan untuk kurangkan simptom Eczema..

  1. MEAL SHAKES

meal-shakes

Anak saya start makan supplemen Shaklee masa umur dia dalam 1 tahun 6 bulan macam tu..mula-mula, saya beri dia Mealshakes..anak saya ni fully bf, jadi saya kena kreatif sikit bila nak beri dia minum Mealshakes. Selalunya, saya akan campurkan 1/2 sudu teh Mealshakes dalam air milo. Bila umur dia da meningkat naik 2 tahun, baru saya beri dia 1 sudu teh. Sekarang ni Alhamdulillah..da takyah sorok2 beri Mealshakes..kadang2 tu dia sendiri yang mintak Mealshakes sebab memang sedap.

Antara khasiat Mealshakes untuk Eczema:

  1. Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel kulit, kuku, rambut dan lain-lain.
  2. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium – agen anti-oksida yang bertindak melawan penyakit.

Sebenarnya, ada banyak lagi khasiat Meal Shakes ni..tapi kali ni saya focus utk Eczema je..hihihi

 

2. OMEGA GUARD

omega-guard

Selepas Meal Shakes, saya kumpul2 pula duit untuk beli Omega Guard..ye la saya ni WAHM..jadinya kena la berjimat banyak..hehehehe. Anyway, Omega Guard ni datang dalam bentuk soft gel tapi sebab anak saya kecil lagi, dia tak bole nak telan Omega Guard ni. Akhirnya, saya pecahkan Omega Guard ni dalam bubur nasi anak saya..Alhamdulillah tak ada masalah xnak makan pulak anak saya..sekarang ni dia bole kunyah2 je Omega Guard tu..

Omega Guard ni memang famous dengan minyak ikan yg sangat elok untuk minda. Tapi, khasiat Omega Guard untuk Eczema :

  1. Meningkatkan sistem imun tubuh.
  2. untuk kulit yang cantik.

3. CHEWABLE VITA C PLUS

chewable-vita-c-plus

 

Next, selepas consume Meal Shakes dan Omega Guard, 2-3 bulan kemudian saya tambah pula Chewable Vita-C Plus ni untuk anak saya. Harga pun x mahal..jadi bole la saya beli Vitamin C pula untuk anak saya. Apa yang membuatkan saya beli supplemen ni? Satu hari, saya pergi satu kedai sen-sei, tak ingat masa tu nak beli apa..tapi masa nak bayar tu, apek tu terpandang kulit anak saya, terus dia bagi nasihat free..hehehe..dia cakap bagi la anak lu makan vitamin c..anak wa seme wa bagi vitamin c..jadi, of kos..saya pilih vitamin c yang halal dan semulajadi la kan untuk baby saya..

Khasiat Chewable Vita C untuk eczema :

  1. Pembentukkan kolagen – kulit lebih anjal.
  2. Agen antioksida dan Immune Booster.
  3. Kulit akan jadi lebih lembap, lebih licin dan putih berseri

 

4. VITA-LEA FOR CHILDREN

vita lea for children

 

Dan..yang terkini, Vita-lea for Children..saya sebenarnya sangat happy bila Shaklee keluarkan balik supplemen ni..sebab tak yah da saya pening2 g farmasi cuba carik multivitamin lepas tu balik rumah..google dulu pasal supplemen tu sebelum beli. Bila Shaklee produce balik Vitalea for children ni, saya terus beli sebab Shaklee memang all natural product..cayo lo cakap den..

Khasiat Vita-Lea for children :

  1. Vitamin Power – mengandungi vitamin C, D and E. plus all 8 B vitamins.

Dan..banyak la lagi khasiat Vita-lea for children ni..plus, rasa dia manis2 tapi tak pakai artificial flavors dan sweeteners, jadi takyah risau pasal cavities.

So, here u go semua..ni baru supplemen yang anak saya makan..belum termasuk Herbal Blend untuk sapu pada kulit..Laundry Concentrate yang all natural untuk basuh baju, cadar anak saya, sabun mandi pulak saya guna produk Tropika..ada anak eczema memang kena sabar sikit..sebab kalau boleh kena guna product yang 100% semulajadi, kalau tak takot lagi melarat gatalnya..

Tapi..Eczema ni penyakit yang tak ada ubat..kalau jumpa doctor pun, doctor akan bagi ubat sapu je..jadi, bukan la makan supplemen Shaklee terus hilang..pada saya, dapat kurangkan simptom eczema pun da cukup..sebab kesian tengok dia asyik garu2 je..setakat ni, memang Alhamdulillah..saya sangat puas hati dengan Shaklee..

Anda?nak cuba tak?