Alfalfa Complex, Detox, DTX Complex, Herb-Lax, Peppermint-Ginger Plus, Phytocol ST, Vivix

Detox : Apa itu detox?

Assalamualaikum semua..

Semenjak 2 menjak ni banyak saya baca di fb, instag tentang detox. Alhamdulillah, kita semua semakin prihatin dan ambil berat tentang badan kita. Seeloknya kita jaga bebaik kurniaan Allah pada kita..sedangkan kalau kita pinjam buku kat library pun kita jaga elok2 kan. Takkan pemberian Allah ni kita nak ambil sambil lewa. Ye tak?

Tapi..sebelum saya cerita panjang tentang detox ni, elok la kita ketahui dulu apa makna detox.

Apa itu detox?

Detox atau detoksifikasi adalah proses semulajadi badan untuk neutralkan atau singkirkan bahan buangan atau toksin dari tubuh badan kita. Contoh, bila kita berpuasa, badan kita akan melakukan proses detox secara semulajadi.

Memang dah menjadi kebiasaan kita jaga kebersihan badan kita. Kita gosok gigi, mandi, shampoo dan macam2 lagi. Kita suka berwangi2an dan pakai cantik2 sebab we feel better. Jadi detox ni, pada saya macam proses pembersihan dalaman. Masalahnya sekarang, kita tak tau bila organ dalaman kita kurang berfungsi dengan baik untuk bantu kita singkirkan toksin dari badan kita.  Contohnya, organ hati. Hati manusia ni merupakan organ yang sangat penting dalam membantu kita menyingkirkan atau meneutalizekan toksin dalam badan kita. Hati lah yang menapis segala macam bakteria dan toksin dari masuk kedalam salur darah. Unlike other parts of our body, kita tau bila jari kita luka atau sakit. Tapi, macam mana dengan hati kita?

 

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam badan kita. Agak mustahil utk kita elak dari terkena toksin ni, sebab toksin ni berada dimana2 saja kita berada. Samada dari udara yang kita sedut, atau dari makanan yang kita makan. Bila banyak toksin dalam badan, susah untuk nutrien nak diserap. Sebab keje toksin ni bunuh nutrien je.Tak kisah la nutrien dari makanan atau dari supplemen. Bila kurang nutrien di serap, macam mana pula organ badan kita yang lain nak berfungsi dengan baik?

Saya ambil sel darah putih sebagai contoh. Sel darah putih ni fungsi dia melawan penyakit kan? Kira macam askar dalam badan kita. Sel darah putih ni perlukan vitamin c untuk dia sado. Atau erti kata lain vitamin c penting untuk sel darah putih ni kekal kuat. Kalau andaikata kurang vitamin c di serap, sian askar2 dalam badan kita kan?

Haaaaa…..

Alrite..macam mana pula kita nak tau badan kita berlebihan toksin ke idok? Ini tanda-tandanya :

  1. Sembelit
  2. Perut kembung
  3. Sering sakit kepala
  4. Nafas berbau
  5. Perut gelebeh
  6. Makan tanpa henti
  7. Kulit kusam
  8. Keletihan dan kurang tenaga

Shaklee sebenarnya ada banyak suplemen yang sangat bagus untuk detox. Ada 6 kesemuanya. Ok..ready semua?

agen detox

  1. Phytocol ST

phytocol-st

Dalam Phytocol ni ada satu nutrien yang dikenali sebagai fitosterol. Fitosterol ni membantu mencegah penyerapan kolesterol dalam salur darah. Mengikut cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia, kita kena ambil fitosterol sebanyak 2000mg setiap hari.

2. VIVIX

18cf6-kandungan2bvivix

Vivix ni memang terkenal dengan anti oksidan dan mengandungi 10 kali resveratrol. Kelebihan Vivix adalah dari segi bahan2nya. Setiap satu bahan dalam Vivix ni mengandungi sangat banyak khasiat. Saya ambil contoh Anggur Muscadine. Sebiji Anggur Muscadine ni size dia seperti sebiji bola golf. Haaaa besar tak? bila lagi besar, maknanya khasiat antioksidan dia lagi tinggi.

Macam mana Vivix ni berfungsi?

  1. Membaiki dan melindungi DNA.
  2. Kesan postif ke atas kawalan genetik.
  3. Meningkatkan tenaga pada sel.
  4. Melambatkan proses penghasilan AGE protein.

3. DTX Complex

dtx-complex

Dtx Complex ni pula untuk membantu hati untuk detoks dengan lebih effisyen disamping menggalakkan pertumbuhan sel-sel hati yang lebih sihat. Macam mana nak tau hati kita sihat ke tak? Haa..antara tanda2 hati kita tak sihat ialah :

  • sering keletihan
  • mata menjadi kuning
  • warna air kencing bertambah gelap
  • muntah dan loya
  • kurang berselera
  • kulit jadi sangat sensitif

Selain dari tu, Dtx Complex membantu mengekalkan kesihatan cecair hempedu. Bila cecair hempedu kita sihat, senang lemak nak dihancurkan.

4. Alfalfa Complex

alfafa-complex-s

Dikenali sebagai ‘Father of all food’. Manfaat Alfalfa Complex ni ialah :

  • membantu membersihkan darah secara semulajadi.
  • membantu pencernaan.
  • membantu melawaskan.
  • elok juga untuk anti hastamin. Maknanya, kurangkan allegic, asthma dan juga sinus.
  • kurangkan jerawat dan kulit sensitif.

5. Herb-Lax

herb-lax

Seterusnya, Herb-Lax. Herb-Lax ni membantu merangsang usus percepatkan proses pembersihan secara lembut.

6. Peppermint-Ginger Plus

peppermint-ginger-plus

Peppermint-Ginger Plus ni sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut dan penghadaman. Peppermint-Ginger ni boleh dibancuh dengan air uols. jadi minuman detoks.

Haaaaaaa….banyak tak? Tak perlu makan semua sebenarnya. Ikot keperluan diri sendiri. Biasanya, saya akan cadangkan ikot keadaan customer. Sebab, mungkin ada orang kena makan Herb-Lax, ada orang pula, lagi elok kalau makan Alfalfa. jadi, tak sama. Setiap orang lain keperluan.

 

 

 

Detox, DTX Complex

Ada apa dalam DTX Complex?

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan..jom kita selidik apa kandungan dalam DTX Complex ni yang makes it so special?

dtx-complex

DTX Complex ni mengandungi satu campuran proprietari ekstrak dari gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

1) Biji benih pokok susu tisel – sangat kaya dengan anti-oksida, membantu dalam melindungi hati dari toksik termasuk dadah, racun dan bahan kimia. Turut membantu mencegah masalah batu karang.

2) Schizandra – berfungsi merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati utk tujuan detoks.

3) Ekstrak dendalion – menyokong fungsi hati. Sangat membantu jika berlaku kebengkakkan hati dan jaundis. Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu. Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi.

4) Cendawan reishi – Membina imun badan. Membantu mencegah penyakit kanser disamping membantu meningkatkan rawatan kanser. Membantu masalah bronkitis dan sinus. Membantu mencegah penyakit jantung.

5) Kunyit – mengandungi curcumin iaitu sejenis anti oksida. Mengandungi kesan anti radang dan membantu mengurangkan kesakitan. Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.

6) Artichoke – Menggalak pembinaan semula sel-sel hati. Merangsang pengaliran hempedu.

See..begitu banyak khasiat dalam satu pil..

Selalu kita detoks usus..tapi sebenarnye ada lagi 2 jenis detoks yang kita perlu lakukan .. detoks hati dan detoks darah..more on this InshaAllah, esok ok guys?

agen detox

 

Detox, DTX Complex

DTX Complex : Jangan lupa untuk detox hati

Assalamualaikum semua..

Hati…organ yang sangat2 penting sebenarnye tapi kita selalu abaikan..eh ye ke?hehehehe…

Antara fungsi hati :

1) Menghasilkan protein

2) Memusnahkan bahan toksin yang tak diperlukan oleh tubuh.

3) Merupakan tempat simpan tenaga, vitamin dan mineral.

4) Memudahkan sistem penghadaman.

5) Menghasilkan hormon baik.

Dannn banyakkkk lagi…

fungsi hati

Jadi, bila begitu banyak fungsi hati ni, rasanya patut la kita bantu sikit hati kita supaya kekal sihat..kalau tak, kesian kat hati kita..bekerja keras untuk protect badan kita tapi kita buat tak pedulik je kan?

Macamana pulak kita nak tau kalau hati kita tgh ‘sakit’? Ada yang kata mata jadi kuning2 giteww..apa2 pun elok la kita mencegah dari mengubati kan?

APA ADA PADA DTX COMPLEX SHAKLEE?

dtx-complex

– mengandungi satu campuran proprietari ekstrak dari gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Kalau tgk satu2 bahan ni, memang fungsi sangat bagus untuk hati. Contohnye articok, antara khasiat articok ni termasuk menggalakkan sel2 hati yang baru tumbuh sihat, dan jugak merangsang pengaliran hempedu..

InshaAllah..satu hari saya akan cerita detail mengenai bahan2 yang ada dalam DTX COMPLEX ni..