Carotomax, ESP Soy Protein, Garlic, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

3 peringkat pertahanan tubuh.

Assalamualaikum semua..

Tahukah anda ada 3 peringkat pertahanan dalam sistem imun kita. Apa yang membentuk imun badan kita ni bukan satu entiti tunggal, tapi satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh badan kita. Jadi, amat lah penting untuk kita jaga ketiga-tiga peringkat pertahanan tubuh kita ni agar badan kita kuat dan sihat.

Bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja?

Tahap Pertama

Peringkat pertama adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang kuman daripada memasuki badan kita.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Protein, Vitamin & Mineral, Omega 3

Omega 3 terbukti dapat membantu mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.

Vitamin & Mineral membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

 

Tahap Kedua

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, kuman akan jumpa pelbagai sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita. Isyarat imun ni di panggil Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi badan kita dari serangan kuman.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Vitamin C, Bawang Putih, Karotenoid, Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun.

Vitamin C adalah ‘otot’ sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap & memusnahkan kuman.

Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun secara semulajadi meningkatkan tahap interferon & menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

 

Tahap Ketiga

Pertahanan tahap ketiga ni bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan yang paling hebat badan kita boleh mengingati jenis kuman itu. Jika kuman ni menyerang badan kita lagi, sistem pertahanan badan kita akan bertindak sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakkan yang serius pada sel-sel badan kita. untuk pulih dengan sendiri, badan kita perlukan Resveratrol dan Polifenol untuk memulihkan sel dengan lebih cepat.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Resveratrol dan Polifenol

Resveratrol dan Polifenol meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki & melindungi sel-sel DNA.

Advertisements
Garlic

Garlic Complex : 8 manfaat utama.

Assalamualaikum semua

Rasa macam lama tak update blog..sebenarnye, dalam beberapa bulan ni agak busy sikit sebab budak2 da mula UPSR, PT3 dan SPM..jadi, fokus tertumpu pada mereka. Sekarang ni je agak free sebab student da abes beberapa paper SPM.

Baruuuu laaaa dapat update blog ni…hihihihihi

Walaupun saya jarang update blog, tapi permintaan supplemen Shaklee ni masih ada..Alhamdulillah..saya bersyukur sangat pada Allah. Antara yang femes semenjak 2 ni, GARLIC COMPLEX.

Bila saya study tentang Garlic ni, baru saya faham kenapa Garlic Complex makin mendapat tempat di hati orang Malaysia. Jom kita baca, apa khasiat Garlic Complex ni..

garlic-complex

Manfaat Utama :

  1. Antibiotik Semulajadi – sekaligus menjadikan Garlic Complex ni selamat untuk di makan dalam jangkamasa panjang. Meningkatkan sistem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  2. Menghalang Alergi – meningkatkan sistem imun dan mengurangkan kesan alergi seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.
  3. Mempertingkatkan sistem penghadaman – formula uniknya mampu meningkatkanmasalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menghalang ulser gastrik.
  4. Merendahkan tekanan darah tinggi – Kajian menunjukkan pengambilan Garlic berterusan mampu menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  5. Detoksifikasi – Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan Kadmium adalah logam toksik yang akan menarikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  6. Menurunkan kolesterol – Mampu menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  7. Mencegah kanser – Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser – Nitrosamine.
  8. Menstabilkan glukos – menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.

 

Banyakkan khasiat Garlic Complex?

Garlic Complex ni, sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat sebab Garlic ni membantu membunuh bakteria pada kulit yang menjadi punca jerawat. Agaknya..sebab tu la orang Korea suka makan bawang putih kan?

Dan..

Tahukah anda Garlic Complex mengandungi Spearmint? Spearmint mampu membantu meningkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.