Alfalfa Complex, B Complex, ESP Soy Protein, GLA Complex, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex, Vitalea, Zinc Complex

Set Kesuburan Shaklee : Cadangan Lengkap untuk Suami dan Isteri

Assalamualaikum semua

Sumber ilham post kali ini adalah dari sorang customer saya ni..saya panggil dia Mrs Jay..Saya kenal Mrs. Jay masa saya buka booth di Shah Alam. Dia datang ambil fliers..then, that’s it. Satu hari Mrs. Jay telefon saya untuk bertanyakan tentang set kesuburan. Selepas tanya serba sedikit tentang kesihatan beliau dan suami, baru saya cadangkan set yang sesuai. (Memang kalau beli dengan saya, saya akan cuba beri consultation yang terbaik..hihihi).

Alhamdulillah..Mrs. Jay dan suami tak ada masalah kesihatan. Cuma suaminya saja yang merokok. FYI, Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta lambat atau perlahan. Ini fakta ye uols.

Jadi, supplemen ini yang saya cadangkan. Ramai yang ingat bila isteri tak hamil maknanya ada masalah pada isteri. Sebenarnya, TIDAK SEMESTINYA. Kadang2 isteri dan suami sihat dan subur tapi mungkin badan kita belum ready untuk terima baby. Jadi, dengan jaga pemakanan dan gaya hidup pun antara usaha kita untuk mendapatkan baby. Jangan la pandang rendah pada supplemen ni..sebab ini pun usaha. Selebihnya, Allah yang lebih tahu kan? InsyaAllah..Allah akan kurniakan juga kita rezeki. Kan Allah ada pesan, Dia hanya akan bagi apa yang kita mampu tanggung kan? Jadi..jom kita kuatkan diri kita.

 

Untuk Isteri :

1. GLA Complex

gla-complex

  • Boleh dikatakan supplemen wajib untuk isteri.
  • Tujuan asal GLA Complex ni ialah mengimbangi hormon kita atau membetulkan kitaran haid kita. Kitaran haid yang tidak teratur boleh menjadi salah satu punca isteri susah nak hamil.
  • Tapi, kalau isteri tadak mempunyai masalah kitaran haid, GLA Complex membantu menghasilkan cecair yang subur dan berkualiti pada faraj disamping menyediakan environment yang sesuai untuk memudahkan pelekapan ovum dan sperma.

 

Untuk suami dan isteri :

1. Energizing Soy Protein

esp shaklee poster

  • Baik untuk hormon. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita.
  • Juga sangat elok untuk suami. Membantu meningkatkan motiliti sperma dan meninggikan kiraan sperma.

2. B Complex

b-complex

  • Anti stress dan memulihkan tenaga.
  • Mengandungi asid folic dan biotin yang penting untuk persediaan kehamilan.

3. Vitalea

vita-lea

  • Mengimbangi nutrien. Akibat dari amalan diet yang tidak seimbang, badan kita mungkin kekurangan vitamin dan mineral penting. Kekurangan vitamin dan mineral penting dalam badan boleh menjejaskan kualiti sperma dan ovum.

4. Vitamin E Complex

vita-e-complex (1)

  • Dikenali sebagai vitamin seks. Sangat elok untuk pasangan suami isteri.
  • Untuk isteri, kandungan selenium dalam vitamin E ini membantu mengeluarkan lendir ketika bersama yang membantu sperma untuk bergerak lebih tangkas.
  • Untuk suami, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma.
  • Vitamin E ini berkawan baik dengan vitamin c. Bersama-sama dengan vitamin c, dua-dia vitamin ini bertindak sebagai anti oksadan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh badan manusia. Radikal bebas ni kalau dibiarkan, boleh merosakkan sperma dan ovum.

5. Alfalfa

alfafa-complex-s

  • Untuk isteri, bersifat anti kulat yang boleh merawat keputihan (jika ada)
  • Turut bertindak umpama kacip fatimah yang membantu hubungan suami isteri.
  • Juga berfungsi sebagai agen detox yang membersihkan usus. Bila usus dah bersih, penyerapan nutrien dari vitamin boleh dilakukan dengan optimum.

 

Untuk suami :

1. Zinc

zinc-complex

  • Pengambilan zinc untuk jangka masapanjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Penting untuk penghasilan hormon testosteron.
  • Memberi tenaga kepada sperma untuk lebih aktif menuju ke ovum.
  • Selain itu, zinc boleh melawan bakteria di dalam vagina isteri.

 

2. Sustained Released Vitamin C

vita-c-plus

  • Elok untuk suami. Meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma berbentuk gumpalan. Fakta : 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c.

Biasanya, selepas bercerita panjang tentang supplemen ni, customer akan tanya balik pada saya set mana yang elok? Jawapan dia….terpulang pada anda..kenapa?sebab kalau anda susah nak hamil sebab pernah gugur, maka saya akan cadangkan supplemen mana yang sesuai.

Untuk tahu lebih tentang set kesuburan Shaklee ni, boleh wa saya sekarang..

 

 

Advertisements
B Complex, ESP Soy Protein, GLA Complex, Omega Guard, Ostematrix, Sustained Release Vita C Plus, Zinc Complex

Testimoni Ohsem: Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum semua

Semalam saya dapat berita gumbira dari seorang customer saya..Alhamdulillah..sekarang dia da mengandung 2 minggu selepas 2 bulan makan Set Kesuburan Shaklee.

testimoni set prenatal

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Rezeki Allah kan?

2 bulan lepas, masa customer saya ni telefon bertanyakan Set Kesuburan Shaklee, perkara pertama yang saya tanya adalah ” Dah tanya pendapat doktor?”. Tujuannya simple je..saya tak nak memandai-mandai..Kalau customer ada masalah cyst ke, saya akan suggest supplemen untuk cyst..tapi Alhamdulillah, customer ni sihat semuanya cuma mungkin belum rezeki.

Jadi saya cadangkan Set Kesuburan Shaklee yang famous ni.

set prenatal

 

Untuk huraian Set Kesuburan Shaklee ni, InsyaAllah saya akan kongsikan nanti.

Kadang-kadang kita lambat dapat zuriat, bukan bermaksud kita tak subur..tapi mungkin badan kita belum bersedia untuk terima ahli baru. Jadi, dengan menjaga pemakanan dan gaya hidup pun dikira usaha kita untuk mendapatkan zuriat. Kan Allah ada pesan, DIA hanya akan bagi apa yang kita mampu tanggung..jadi harapan saya untuk semua TTCian, jangan putus harapan..jaga pemakanan dan jangan lupa berdoa. Semoga status blog saya kali ini, dapat memberi sinar harapan..

Lagi testimoni dari customer saya..

testimoni set kesuburan

 

 

 

ESP Soy Protein, GLA Complex, Istimewa untuk Wanita, Ostematrix, Vivix

Supplemen untuk kesihatan wanita

Assalamualaikum semua

Tajuk kali ni, kira sambungan post Supplemen untuk Kesihatan Wanita : Pentingnya Hormon Estrogen.

Kali ni, saya nak discuss pulak supplemen mana yang elok untuk wanita. Kenapa? sebab badan kita ni amanah dari Allah..takkan kita nak jaga sambil lewa kan? Kalau kita pinjam buku dari kawan pun, mesti kita nak jaga elok2 kan..sebab bimbang bila pulang nanti kawan marah pulak. Kan? Jadi, penjagaan tubuh badan kita bukan la kena amek time sakit je atau time nak mano, kena bermula dari sekarang..masa tubuh kita tengah sihat..supaya senang nutrien diserap.

Ok..terus je kepada cadangan supplemen ye..

1) Vivix

vivix-bottle

 

  • Sangat terkenal sebagai agen yang mencegah kanser, cegah sakit jantung..kiranya, Vivix ni elok untuk kesihatan menyeluruh.
  • Selain tu, Vivix juga menggalakkan penuaan yang sihat. Bukan tak tua tau..tapi tua dengan sihat. Sebab, biasanya bila kita da mula nak menginjak usia pra-manopous ni, kita sebenarnya berisiko untuk mendapat penyakit kanser, penyakit sakit jantung dan paling femes, Osteoporosis.
  • Antara kandungan Vivix yang penting ialah Anggur Muscadine. Saiz sebiji anggur ni lebih kurang besar bola golf dan harganya pulak lebih kurang RM100++ sebiji. Bayangkan betapa bestnya Vivix ni. Anggur Muscadine ni la yang mengandungi khasiat anti kanser.

 

2) ESP

esp shaklee poster

 

  • Semestinya ESP yang femes ni. Sebab ESP ni sejenis minuman protein dan protein penting untuk penghasilan sel baru dalam badan.
  • Juga membantu mencegah penyakit jantung.
  • Selain itu, membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

 

3) GLA Complex

gla-complex

 

  • Untuk yang ada masalah hormon, seperti period tidak teratur atau susah nak hamil, GLA ni memang femes. Untuk yang ada cyst atau fibroid, pengambilan Omega 6 sangat penting untuk proses pengecutan. Tapi itu tajuk lain ye..kali ni untuk kesihatan menyeluruh kaum hawa.
  • yang ramai tak tahu atau lupa, GLA membantu mengurangkan mood swing yang biasanya wanita Pra Mano hadapi.
  • Turut membantu mengurangkan kekeringan vagina jika dimakan dengan konsisten.

 

4) Omega Guard

omega-guard

 

  • Kandungan Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard ni sangat2 elok untuk perkembangan otak, kesihatan jantung dan kesihatan sendi. Untuk yang mengalami masalah cyst atau fibroid, pengambilan Omega 6 dalam GLA Complex je tidak mencukupi ye..kena beserta dengan Omega 3 juga. sebab Omega 3 ni mengurangkan simptom keradangan.
  • Plus, Omega 3 ni berupaya merendahkan kadar kolesterol dalam darah. kira macam bulldozer tarah bukit di tengah jalan..hehehehe..(once upon a time saya dulu ni engineer..jadi banyak perumpamaan macam engineering sket. maaf kan saya..). Bulldozer tu Omega Guard, bukit tu kolesterol dan jalan tu salur darah kita.

 

5) B complex

b-complex

 

  • Panggilan manja B -Complex ni adalah The Perfect B sebab B complex Shaklee mengandungi vitamin B yang paling lengkap dan seimbang. Mengandungi 8 jenis vitamin B.
  • Meningkatkan fungsi otak..mengurangkan stress.
  • Kandungan asid folik dan B12 membantu dalam pembentukkan sel-sel merah dalam darah.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Jadi, untuk yang nak kurus, bukan je set sliming yang penting tau..B complex pun membantu.

 

6) Vitalea

vita-lea

 

  • Multivitamin pertama DI DUNIA tu. bukan di Malaysia tapi di DUNIA. usia da menginjak 100 tahun pun. bila product begitu lama di pasaran, mesti ada something good betul tak? *wink*
  • Jika di ambil setiap hari, Vita-Lea mampu membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Elok untuk kesihatan gigi dan tulang sebab mengandungi kalsium, fosfurus dangan vitamin C dan D.

7) Ostematrix

oste-matrix

 

  • Ostematrix ni basically pil kalsium. Tapi, yang membezakan Ostematrix dengan pil kalsium di luar adalah kandungan Magnesium dalam ostematrix ni. Magnesium ni membantu menjadikan kalsium lebih mudah di serap. Dan kalau ikotkan kajian, magnesium ni elok di makan ketika sebelum tidur sebab menggalakkan tidur malam yang lebih lena. Sebab tu, selepas seharian bekerja, malam tu telan 4 biji ostematrix. InshaAllah, bangun esok badan rasa lebih segar dan tidak lesu.
  • Of kos, kalsium sangat penting untuk tulang, gigi dan mencegah Osteoporosis.
  • Untuk yang ada slip disc, elok di amalkan Vivix, Ostematrix, AJHT dan Omega Guard.

Macam mana? teruja tak?saya pun teruja ni..on top of that, semua supplemen Shaklee berasaskan sumber semulajadi. Cuba teka..badan kita lebih mudah menyerap bahan dari sumber semulajadi atau sintetik?

Sebenarnye banyak lagi supplemen yang elok untuk kita kaum hawa..tapi ini yang basic..harap2 semua dapat manfaat.

Eczema, ESP Soy Protein, GLA Complex, Omega Guard, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

Supplemen untuk Eczema : Kali ini untuk orang dewasa

Assalamualaikum semua sahabat..

Sebelum ni, saya pernah share apa yang anak saya makan untuk Eczema..kalau ada yang ter’miss’ post tu, boleh je terus klik Supplemen untuk Eczema : apa yang anak saya makan..

Kali ni, saya nak share pula supplemen Shaklee yang mana sesuai untuk orang dewasa yang kena Eczema ni..sebelum tu, saya nak highlight kat sini..yang Eczema ni susah nak sembuh, tapi boleh dikawal..sebab anak saya pun ada Eczema, saya pun kena selalu ingat benda ni..hihihihi

Ok? ready?

Ada banyak produk Shaklee yang elok untuk dicuba. Antaranya :

1) ESP

esp shaklee poster

  • membantu menghasilkan sel kulit yang sihat dan membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik dan juga mengelakkan eczema dari terus merebak dan menjangkiti bahagian lain.



2) Omega Guard

omega-guard

Khasiat Omega Guard untuk pesakit Eczema :

  • Omega Guard mengandungi omega 3 di dalamnya yang elok untuk mengawal keradangan kulit. Pengambilan omega 6 juga sangat membantu dalam anti keradangan. GLA Complex mengandungi omega 6.

 

3) GLA Complex

gla-complex

  •  Macam yang cerita di atas tadi, gabungan omega 3 dan omega 6 sangat2 membantu dalam anti keradangan. jadi, seelok2nya, omega guard dan gla complex ini di ambil bersama..bukan bulan ni beli omega, bulan depan beli gla pula ye..hehehe
  • kecuali kanak2 yang tak perlu makan gla.

4) Vita C Plus

vita-c-plus

  • Eczema ni penyakit yang berkait rapat dengan imun badan..jadi pengambilan Vitamin C elok mengukuhkan imunisasi badan.

 

5) Vita E Complex

vita-e-complex (1)

  • khasiat vitamin E ni memang terkenal untuk kulit.
  • Antara fungsi vitamin e ni, merawat dan melicinkan kulit akibat luka eczema.
  • Turut berfungsi memudarkan parut.

 

Jadi, inilaH antara supplemen yang elok untuk orang dewasa yang kena Eczema. Tapi, bukan limit kepada yang atas ni..Ada juga Vivix, Vitalea, Nutriferon..semua ni tujuan untuk meningkatkan imunisasi badan..agar eczema tak kerap menyerang.

Ada juga cream Herbal Blend yang untuk disapu pada kulit. Herbal Blend ni, elok bagi melegakan gatal-gatal dan luka-luka pada kulit akibat eczema..plus cream ni ada menthol, jadi rasa beranginnn je..anak saya pun guna herbal blend ni..kalau guna secara konsisten, InsyaAllah boleh nmpak hasil..harga pun tak mahal macam cream clinic yang da sah-sah ada steroid..so, highly recommended uolss..

Dan..supplemen2 ni sume tahan lama..bukan la beli untuk sebulan..pastu next month beli lagi..contohnya ESP. Walaupun konsisten minum setiap hari, InsyaAllah bole tahan dalam 2 bulan..haaa jimatkan?

B Complex, GLA Complex, Ostematrix

Supplemen untuk mengurangkan masalah senggugut & PMS

Assalamualaikum semua !!!


Teruja saya nak share antara set yang sangat famous untuk kaum hawa..taaadaaa SET SENGGUGUT / PMS SHAKLEE..

Kalau tengok kat gambar di atas tu ada 3 jenis supplemen Shaklee yang sangat membantu dalam mengurangkan simptom-simptom Senggugut ni.

  • GLA COMPLEX
  • B COMPLEX
  • OSTEMATRIX

Sedikit huraian mengenai 3 supplemen ni :

GLA Complex

• Menurut kajian, Senggugut berlaku disebabkan oleh kekejangan otot didalam rahim. Ia berpunca apabila kekurangan GLA(Gamma Lenolenic Acid) didalam tubuh seseorang itu.

• Wanita yang menghadapi senggugut biasanya ia tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA (Gamma Lenolenis Acid). Oleh sebab itu, pengambilan GLA sangat penting untuk mengurangkan kesakitan dan meringankan simptom tersebut.

OsteMatrix

• Kalsium sangat penting untuk membantu beberapa proses dalam sistem tubuh badan kita. Bagi mengurangkan kesakitan semasa Senggugut, Kalsium (Ca+) dan Magnesium (Mg+) yang mencukupi amat diperlukan.

• Anda perlu tahu sebelum haid bermula paras Kalsium akan MENURUN, hal ini yang akan menyebabkan berlakunya kesakitan dan pelbagai simptom lain. Seperti menganggu emosi seseorang, sakit belakang dan sebagainya.

• Pengambilan Kalsium tambahan yang mencukupi dapat membantu mengawal turun naik perasaan dan simptom lain seperti sakit belakang.

• Oleh itu, OsteMatrix adalah salah satu penyelesaiannya kerana ia membantu membekalkan sumber Kalsium tambahan untuk badan kita, sekaligus membantu mengurangkan sakit belakang akibat kekurangan Kalsium dalam badan yang selalu dialami semasa senggugut.

B Complex


• Vitamin B-Complex mengandungi beberapa vitamin lengkap seperti B5, B6 dan B12 mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang telah menghasilkan kesan yang terbaik dalam mengatasi masalah Senggugut.

• Vitamin B5 diperlukan oleh kelenjar adrenal dan ia membantu dalam mengurangkan rasa tertekan semasa senggugut.

• Vitamin B6 pula membantu mengurangkan penyimpanan air,menstabilkan paras hormon estrogen ke tahap normal dan membantu menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita yang akan membantu melancarkan peraliran darah.

• Vitamin B6 membantu mengurangkan simptom seperti kembung perut, emosi dan perasaan, marah-marah dan juga pening.

Haaaa…kalau tak percaya cakap saya, kita baca testi mereka yang da cuba set ni nak?

Ini baru sikit je ni..kalau gugel, banyaaaakkkk lagi testimoni..