Herb-Lax, Lecithin, Performance Drink, Sembelit

Supplemen Shaklee : Sembelit untuk dewasa

Assalamualaikum semua..

Sembelit…

Sakit gileeee…kan? I should know..I’d experienced it. sob sob…

Sampaikan pernah satu tahap setiap hari saya buat air oren pekat-pekat supaya rasa sakit perut. Sob..sob..sob..Kenapa la dari dulu saya tak jumpa Shaklee? kalau tak, tak ada la terseksa dulu…

Ramai yang anggap sembelit ni bukan masalah besar. Tapi, sebenarnya kan, kalau tak dipulihkan dengan cepat, takot-takot boleh terkena kanser tau. Takot kannnn…saya pun takot.

Jadi, saya harapppp sangggattt anda boleh cuba supplemen Shaklee ni. Sebab yang lagi best, supplemen Shaklee menggalakkan proses pergerakkan usus semulajadi. Bukan paksa-paksa. Ok, cukup intro..Moh saya share supplemen Shaklee yang mana elok untuk dewasa yang sembelit.

Herblax

herb-lax

Herblax ni mengandungi 9 herba ramuan semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Herblax ni menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Apa khasiat utama Herbalax?

  • merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  • membantu masalah sembelit
  • tindakkan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • mengempiskan perut

 

 

Performance Drink

performance

Sangat-sangat sesuai untuk diminum oleh para atlet, mereka yang berpuasa, mereka yang akan dan sudah menjalani pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, cirit birit, mereka yang tiada selera makan dan ramai lagi.

Manfaat utama :

  • cegah penyahhidratan – mengurangkan kehausan, melembabkan kulit dan mencegah penyahhidratan.
  • meningkatkan daya ketahanan badan – memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.

 

Lecithin

lecithin

Lecithin ni dalam bentuk kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin ni memang famous di kalangan mereka yang nak pecahkan lemak. Tapi, sebenarnya, lecithin ni ada khasiat lain selain bantu pecah lemak dan kolesterol.

Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Sebab tu la, ramai yang cakap lepas makan Lecithin, makin mudah ke toilet. Harga pun tak mahal sangat dan dijamin mampu dimiliki. Bukan mampu tengok..hihihihi

So..there you go guys. Supplemen Shaklee untuk sembelit. Kalau nak tahu dengan lebih detail tentang supplemen ni, bole je sms/wa/telegram saya. Yang pasti, harga supplemen ni tak mahal pun kalau nak dibanding dengan kesakitan setiap hari.

 

 

 

 

Herb-Lax, Lecithin, Set Diet

Berdiet dengan Herblax dan Lecithin

Assalamualaikum semua

Lepas raya tetibe berat ada naik daaaaa….hihihi. Jadi, dengan pantas saya mula balik berdiet dengan Shaklee. Mulakan dengan yang asas dulu, Herblax & Lecithin.

Herblax

herb-lax

Herblax ni turut dikenali sebagai Julap Lembut. Memang fungsi utama Herblax ni ialah membersihkan usus. Bila usus kita bersih, baru lah senang nutrien di serap. Tak kisah la nutrien dari makanan atau supplemen.

Selain itu, Herblax turut membantu :

1) Mengempiskan perut

2) masalah sembelit

Jadi, seelok-eloknya sekali sekala tu kita ambil Herblax untuk bersihkan usus kita. Tak semestinya nak kurus je kena detox usus. Kadang-kadang, kulit kita berjerawat pun disebabkan usus kita kotor. Tapi, tak semua macam tu. Ada juga sebab hormon.

Lecithin

lecithin

Lecithin ni pun best. Tambahan pula harga dia memang mampu milik. Lagi bertambah-tambah bestnya. hihihihihi. Lecithin ni bukan setakat membantu memecahkan lemak, tapi membantu mencantikkan kulit tau uols. Takkan tak nak, makan Lecithin untuk kurus, dapat kulit yang moist jugak.

Jom saya share testimoni dari ahkak ahkak yg pernah consume Herblax dan Lecithin.

testi lecithin 1 testi lecithin 2 testi lecithin 3 testi lecithin 4 testi lecithin 5

Sebenarnya, banyak lagiiii testi. Kalau nak info lanjut, jom wa/telegram je saya ye.

Love,

Fara | 017.347.1218

Alfalfa Complex, Detox, DTX Complex, Herb-Lax, Peppermint-Ginger Plus, Phytocol ST, Vivix

Detox : Apa itu detox?

Assalamualaikum semua..

Semenjak 2 menjak ni banyak saya baca di fb, instag tentang detox. Alhamdulillah, kita semua semakin prihatin dan ambil berat tentang badan kita. Seeloknya kita jaga bebaik kurniaan Allah pada kita..sedangkan kalau kita pinjam buku kat library pun kita jaga elok2 kan. Takkan pemberian Allah ni kita nak ambil sambil lewa. Ye tak?

Tapi..sebelum saya cerita panjang tentang detox ni, elok la kita ketahui dulu apa makna detox.

Apa itu detox?

Detox atau detoksifikasi adalah proses semulajadi badan untuk neutralkan atau singkirkan bahan buangan atau toksin dari tubuh badan kita. Contoh, bila kita berpuasa, badan kita akan melakukan proses detox secara semulajadi.

Memang dah menjadi kebiasaan kita jaga kebersihan badan kita. Kita gosok gigi, mandi, shampoo dan macam2 lagi. Kita suka berwangi2an dan pakai cantik2 sebab we feel better. Jadi detox ni, pada saya macam proses pembersihan dalaman. Masalahnya sekarang, kita tak tau bila organ dalaman kita kurang berfungsi dengan baik untuk bantu kita singkirkan toksin dari badan kita.  Contohnya, organ hati. Hati manusia ni merupakan organ yang sangat penting dalam membantu kita menyingkirkan atau meneutalizekan toksin dalam badan kita. Hati lah yang menapis segala macam bakteria dan toksin dari masuk kedalam salur darah. Unlike other parts of our body, kita tau bila jari kita luka atau sakit. Tapi, macam mana dengan hati kita?

 

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam badan kita. Agak mustahil utk kita elak dari terkena toksin ni, sebab toksin ni berada dimana2 saja kita berada. Samada dari udara yang kita sedut, atau dari makanan yang kita makan. Bila banyak toksin dalam badan, susah untuk nutrien nak diserap. Sebab keje toksin ni bunuh nutrien je.Tak kisah la nutrien dari makanan atau dari supplemen. Bila kurang nutrien di serap, macam mana pula organ badan kita yang lain nak berfungsi dengan baik?

Saya ambil sel darah putih sebagai contoh. Sel darah putih ni fungsi dia melawan penyakit kan? Kira macam askar dalam badan kita. Sel darah putih ni perlukan vitamin c untuk dia sado. Atau erti kata lain vitamin c penting untuk sel darah putih ni kekal kuat. Kalau andaikata kurang vitamin c di serap, sian askar2 dalam badan kita kan?

Haaaaa…..

Alrite..macam mana pula kita nak tau badan kita berlebihan toksin ke idok? Ini tanda-tandanya :

  1. Sembelit
  2. Perut kembung
  3. Sering sakit kepala
  4. Nafas berbau
  5. Perut gelebeh
  6. Makan tanpa henti
  7. Kulit kusam
  8. Keletihan dan kurang tenaga

Shaklee sebenarnya ada banyak suplemen yang sangat bagus untuk detox. Ada 6 kesemuanya. Ok..ready semua?

agen detox

  1. Phytocol ST

phytocol-st

Dalam Phytocol ni ada satu nutrien yang dikenali sebagai fitosterol. Fitosterol ni membantu mencegah penyerapan kolesterol dalam salur darah. Mengikut cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia, kita kena ambil fitosterol sebanyak 2000mg setiap hari.

2. VIVIX

18cf6-kandungan2bvivix

Vivix ni memang terkenal dengan anti oksidan dan mengandungi 10 kali resveratrol. Kelebihan Vivix adalah dari segi bahan2nya. Setiap satu bahan dalam Vivix ni mengandungi sangat banyak khasiat. Saya ambil contoh Anggur Muscadine. Sebiji Anggur Muscadine ni size dia seperti sebiji bola golf. Haaaa besar tak? bila lagi besar, maknanya khasiat antioksidan dia lagi tinggi.

Macam mana Vivix ni berfungsi?

  1. Membaiki dan melindungi DNA.
  2. Kesan postif ke atas kawalan genetik.
  3. Meningkatkan tenaga pada sel.
  4. Melambatkan proses penghasilan AGE protein.

3. DTX Complex

dtx-complex

Dtx Complex ni pula untuk membantu hati untuk detoks dengan lebih effisyen disamping menggalakkan pertumbuhan sel-sel hati yang lebih sihat. Macam mana nak tau hati kita sihat ke tak? Haa..antara tanda2 hati kita tak sihat ialah :

  • sering keletihan
  • mata menjadi kuning
  • warna air kencing bertambah gelap
  • muntah dan loya
  • kurang berselera
  • kulit jadi sangat sensitif

Selain dari tu, Dtx Complex membantu mengekalkan kesihatan cecair hempedu. Bila cecair hempedu kita sihat, senang lemak nak dihancurkan.

4. Alfalfa Complex

alfafa-complex-s

Dikenali sebagai ‘Father of all food’. Manfaat Alfalfa Complex ni ialah :

  • membantu membersihkan darah secara semulajadi.
  • membantu pencernaan.
  • membantu melawaskan.
  • elok juga untuk anti hastamin. Maknanya, kurangkan allegic, asthma dan juga sinus.
  • kurangkan jerawat dan kulit sensitif.

5. Herb-Lax

herb-lax

Seterusnya, Herb-Lax. Herb-Lax ni membantu merangsang usus percepatkan proses pembersihan secara lembut.

6. Peppermint-Ginger Plus

peppermint-ginger-plus

Peppermint-Ginger Plus ni sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut dan penghadaman. Peppermint-Ginger ni boleh dibancuh dengan air uols. jadi minuman detoks.

Haaaaaaa….banyak tak? Tak perlu makan semua sebenarnya. Ikot keperluan diri sendiri. Biasanya, saya akan cadangkan ikot keadaan customer. Sebab, mungkin ada orang kena makan Herb-Lax, ada orang pula, lagi elok kalau makan Alfalfa. jadi, tak sama. Setiap orang lain keperluan.

 

 

 

Alfalfa Complex, Cinch Energy Tea Mix, Cinch Shake, ESP Soy Protein, Herb-Lax, Lecithin, Omega Guard, Set Diet

Set Diet Shaklee : Bina, Bakar, Buang

Assalamualaikum semua..

Saya berazam nak KURUS DENGAN SIHAT..hihihihi..tak nak turun mendadak tapi nampak macam sakit je..macam tak cukup vitamin je. Kenapa saya cakap macam tu?sebab saya pernah alami situasi macam tu..ada satu masa tu, saya nak sangat kurus..tapi bila dah kurus, jumpa sedare mare, seme tanya “Nape kurus ni? Sakit ke?”. Terus jadi macam wake up call pulak. Tak nak da berdiet tak tentu hala pastu nampak macam orang sakit.

Jadi, post kali ni, nak tujukan untuk diri sendiri..boleh tak? hehehehe..Bila tengah nak berdiet ni, mula la study sikit pasal supplemen Shaklee ni. Memang best tau set diet Shaklee ni uols..bukan sebab saya nak menjual tapi sebab saya study dan makan. Memang banyak sangat khasiat dalam satu tablet kecik tu.

Jom, saya share apa ilmu yang saya dapat..

set diet

  • BUANG / DETOX

Buang atau detox ni, memang selalu kita dengar kan? Tapi kenapa pentingnya detox? Detox ni sebenarnya prosess membersihkan usus. Usus kan adalah tempat dimana semua khasiat di serap. Kalau usus kita tak bersih, penuh dengan kerak najis, penuh dengan toksin, macam mana khasiat dari makanan atau supplemen tu nak di serap. Jadi, step ni sangat penting. Bukan je untuk nak diet je..tapi kita sepatutnya kena selalu detox.

Dalam Shaklee, ada banyak supplemen untuk detox. Tapi untuk usus, ALFALFA dan/atau HERBALAX.

alfafa-complex-s

Alfalfa Complex ni banyak khasiat tau. Maknenya, kalau kita ambil Alfalfa ni sebagai supplemen detox, dia bukan detox je, tapi ada khasiat lain juga. Tapi, untuk topik ni, saya hanya cerita tentang khasiat Alfalfa untuk yang nak kurangkan berat badan.

  1. Mencuci hati, darah dan usus – Alfalfa ni sejenis makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  2. Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa satu2nya tumbuhan mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Membantu mengurangkan masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

herb-lax

Herb-Lax ni pulak memang diformulasi untuk usus. Manfaat utama Herb-Lax :

  1. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  2. Membantu masalah sembelit.
  3. Mengempiskan perut.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Sebab itu..dalam set diet ni, kalau anda nak pilih Alfalfa atau Herblax sebagai agen detox atau nak makan dua-dua pun boleh..tak ada masalah. Cuma, dapatkan nasihat dari SID anda ye..

  • BAKAR

Apa plak yang dimaksudkan bakar ni kan? Bakar ni maknanya bakar lemak atau supplemen yang meningkatkan metabolisma kita. Bagi yang tak faham makna metabolisma ni, boleh la bayangkan api dalam perut. Bila kita makan, api ni yang membakar lemak. Kalau api besar, cepat la terbakar lemak2 tu..tapi kalau api slowww je,lambat la terbakar lemak2 semua..lagi haru kalau belum habis bakar, da tambah makanan lain.

Jadi, Lecithin dan Omega Guard ni boleh membantu kita memecahkan lemak2 yang degil tu.

lecithin

Lecithin ni banyak sangat khasiat..ramai yang ingat Lecithin ni setakat membantu memecahkan lemak je tapi sebenarnye banyak lagiiii..tahukah anda antara khasiat Lecithin ialah membantu mencantikkan kulit? tak tau kan tak tau kan..hehehehe. Kan untung..makan Lecithin untuk kurus, tapi at the same time kulit pun cantik..

Alrite..ni antara manfaat utama Lecithin :

  1. Pemecahan lemak dan kolesterol – Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah.
  2. Menghalang obesiti – Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  3. Menghalang tekanan darah tinggi – memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  4. Meringankan sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

omega-guard

Kalau kita google, antara makanan yang digalakkan untuk orang yang berdiet adalah makanan yang tinggi kandungan omega 3. omega 3 ni membantu meningkatkan kadar metabolisme kita. Sebab tu, Omega Guard Shaklee ni famous di kalangan mereka yang nak kurus. Uols nak tau tak? Omega Guard ni merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagiii.

Manfaat utama :

  1. merendahkan kolesterol, mencegah penyakit salur darah dan strok.
  • BINA

Lepas buang dan bakar, peringkat seterusnya ialah BINA. Bina apa? Bina otot. Ramai customer ingat step ni tak penting, tapi sebenarnye step ni pun penting uols..Kenape kita perlu bina otot? Sebab otot la akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

esp shaklee poster

Energizing Soy Protein ni merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. ESP ni sejenis minuman berprotein. Rasanya, semua pun tau yang protein sangat penting untuk tubuh kita. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Cuba teka bahagian mana lagi dalam badan kita yg perlukan protein? Otot..

cinch-shake-mix

Wohooo..Cinch Shake Mix ni memang best..sampaikan tagline cinch shake ni ‘Memberi khasiat seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut’. Sedap la tu nak bak hang..hehehehe. Comes in 3 flavours. Ada vanilla, cafe latte dan chocolate. Apa yang bezanya dengan ESP? Cinch Shake ni mengandungi Leucine. Leucine elok untuk memelihara otot semasa kita nak turunkan berat. Yang lagi best, tak ada perasa tiruan, pewarna atau pemanis uols.

ADD ON

cinch-tea

Alrite..sebelum penutup, nak cite jugak pasal Cinch Tea Mix. Kalo kita gugel, akan jumpa jugak green tea sebagai makanan yang meningkatkan metabolisme. And guess what? Shaklee pun ada…dan lagi special. Cinch Tea Mix ni bukan saja mengandungi green tea, tapi ada juga red tea, white tea dan rooibos red tea extract. Nak tak saya discuss pasal Cinch Tea Mix ni? Ok..next post ya..