B Complex, Lecithin, Omega Guard

3 supplemen yang membantu minda pelajar

Assalamualaikum semua

Bukan senang sebenarnya jadi budak-budak zaman sekarang..dengan silibus yang makin mencabar, dengan jadual sekolah yang penuh. Saya tau..sebab saya guru tuisyen. Kadang-kadang ada student yang sampai tertidur kat kelas.  Jadi, apa yang boleh kita sebagai ibu bapa bantu supaya masa belajar yang kita tetapkan tu jadi masa yang berkualiti. Kalau 24jam belajar macam ulat buku tapi satu pun tak lekat di kepala pun tak betul juga..yang penting semua kena seimbang.

Untuk kali ni, saya nak share apa yang saya belajar, apa yang saya amati selama 10 tahun lebih saya mengajar, ketika saya jadi part time lecturer di UiTM sehingga sekarang.

Bagaimana kita nak ‘siapkan’ anak-anak kita supaya mereka bersedia untuk menerima pelajaran?

  • Makan

Yang penting, kita kena pastikan pemakanan yang seimbang untuk anak-anak kita, bukan sekadar makan banyak. Seperti bahagian tubuh kita yang lain, otak kita juga perlukan tenaga untuk kita kekalkan konsentrasi dan fokus. Menurut kajian, ada beberapa makanan yang boleh menbantu otak kita kekal cerdas dan kekal fokus. Antaranya :

3d82ac2b6864b013473765e97c49a96a

  • Bersenam

benefits-of-exercises1

Bila kita bersenam, sebenarnya bukan saja baik untuk badan malahan otak kita juga dapat faedah. Kajian menunjukkan dengan bersenam, darah yang mengalir ke otak kita akan meningkat, sekaligus darah akan membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke otak.

Selain dari tu, dengan bersenam, boleh release stress..ye dak? Ada juga yang ckp, dengan bersenam, kita impove kita punya self confidence.

  • Rehat

Ini satu kemestian. Seperti juga bahagian tubuh kita yang lain, otak pun perlukan masa untuk berehat selepas selalu under pressure. Bila otak kita letih, kita akan kurang daya tumpuan dan fokus

  • Bermain

brain game

Tujuan bermain ni ialah supaya anak kita boleh belajar sifat-sifat lain seperti belajar sifat  kepimpinan, belajar untuk bersosial dan mungkin juga belajar untuk bina keyakinan diri.

Jadi, dalam erti kata lain, Belajar ni adalah tugas Mental dan Jasmani sekaligus.

Bagaimana pula Shaklee boleh membantu?

Shaklee membantu melengkapkan nutrien kita dan anak-anak kita. Cuma perlu diingat, makanan tambahan atau supplemen bukan pil ajaib. Supplemen cuma ‘booster’ atau penolak saja. Jadi, walaupun kita da makan makanan seimbang, dan bersenam semua..tetap kena belajar. ok guys..*wink*

Alrite..

 

  1. Omega Guard

omega-guard

Minyak ikan memang terkenal dengan kandungan omega 3, DHA dan EPA. Dan Shaklee ada minyak ikan terbaik dunia. Betul ni…tak tipu.

  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, terutamanya bahagian Korteks Serebral. Korteks Serebral ni bahagian yang bertanggungjawab untuk memory, languange, emosi, dan segala sifat kreatif kita. Kekurangan DHA boleh mengakibatkan kita mudah lupa, depression atau mungkin juga Alzheimer.

2. Lecithin

lecithin

Lecithin ni memang best..ramai customer saya dikalangan student2 IPT suka sangat dengan Lecithin. Ada yg asalnya ambil Lecithin untuk kolesterol tapi dapat khasiat tambahan juga. Syok tak, sambil makan untuk pecah lemak dan kawal kolesterol, dapat mempertingkatkan daya ingatan dan ringankan stress? Best kan..

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Acethylcholine ni dihasilkan dari choline. Jika bekalannya mencukupi, maka fungsi-fungsi otak dapat dilakukan. Jika tidak mencukupi, maka fungsi ini akan tergugat. Choline merupakan antara bahan utama Lecithin.

 

3. B Complex

b-complex

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadiyang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti.

  • menukarkan makanan kepada tenaga – bantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • baik untuk mata.

Ok..selesai sudah cerita tentang supplemen untuk minda. Ops..sebelum saya lupa, supplemen ni sesuai untuk peringkat sekolah menegah dan ke atas. Untuk sekolah rendah, InsyaAllah next post ye.

Untuk pertanyaan yang lebih detail, boleh mesej je saya ye..

 

Advertisements
Herb-Lax, Lecithin, Performance Drink, Sembelit

Supplemen Shaklee : Sembelit untuk dewasa

Assalamualaikum semua..

Sembelit…

Sakit gileeee…kan? I should know..I’d experienced it. sob sob…

Sampaikan pernah satu tahap setiap hari saya buat air oren pekat-pekat supaya rasa sakit perut. Sob..sob..sob..Kenapa la dari dulu saya tak jumpa Shaklee? kalau tak, tak ada la terseksa dulu…

Ramai yang anggap sembelit ni bukan masalah besar. Tapi, sebenarnya kan, kalau tak dipulihkan dengan cepat, takot-takot boleh terkena kanser tau. Takot kannnn…saya pun takot.

Jadi, saya harapppp sangggattt anda boleh cuba supplemen Shaklee ni. Sebab yang lagi best, supplemen Shaklee menggalakkan proses pergerakkan usus semulajadi. Bukan paksa-paksa. Ok, cukup intro..Moh saya share supplemen Shaklee yang mana elok untuk dewasa yang sembelit.

Herblax

herb-lax

Herblax ni mengandungi 9 herba ramuan semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Herblax ni menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Apa khasiat utama Herbalax?

  • merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  • membantu masalah sembelit
  • tindakkan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • mengempiskan perut

 

 

Performance Drink

performance

Sangat-sangat sesuai untuk diminum oleh para atlet, mereka yang berpuasa, mereka yang akan dan sudah menjalani pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, cirit birit, mereka yang tiada selera makan dan ramai lagi.

Manfaat utama :

  • cegah penyahhidratan – mengurangkan kehausan, melembabkan kulit dan mencegah penyahhidratan.
  • meningkatkan daya ketahanan badan – memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.

 

Lecithin

lecithin

Lecithin ni dalam bentuk kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin ni memang famous di kalangan mereka yang nak pecahkan lemak. Tapi, sebenarnya, lecithin ni ada khasiat lain selain bantu pecah lemak dan kolesterol.

Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Sebab tu la, ramai yang cakap lepas makan Lecithin, makin mudah ke toilet. Harga pun tak mahal sangat dan dijamin mampu dimiliki. Bukan mampu tengok..hihihihi

So..there you go guys. Supplemen Shaklee untuk sembelit. Kalau nak tahu dengan lebih detail tentang supplemen ni, bole je sms/wa/telegram saya. Yang pasti, harga supplemen ni tak mahal pun kalau nak dibanding dengan kesakitan setiap hari.

 

 

 

 

Herb-Lax, Lecithin, Set Diet

Berdiet dengan Herblax dan Lecithin

Assalamualaikum semua

Lepas raya tetibe berat ada naik daaaaa….hihihi. Jadi, dengan pantas saya mula balik berdiet dengan Shaklee. Mulakan dengan yang asas dulu, Herblax & Lecithin.

Herblax

herb-lax

Herblax ni turut dikenali sebagai Julap Lembut. Memang fungsi utama Herblax ni ialah membersihkan usus. Bila usus kita bersih, baru lah senang nutrien di serap. Tak kisah la nutrien dari makanan atau supplemen.

Selain itu, Herblax turut membantu :

1) Mengempiskan perut

2) masalah sembelit

Jadi, seelok-eloknya sekali sekala tu kita ambil Herblax untuk bersihkan usus kita. Tak semestinya nak kurus je kena detox usus. Kadang-kadang, kulit kita berjerawat pun disebabkan usus kita kotor. Tapi, tak semua macam tu. Ada juga sebab hormon.

Lecithin

lecithin

Lecithin ni pun best. Tambahan pula harga dia memang mampu milik. Lagi bertambah-tambah bestnya. hihihihihi. Lecithin ni bukan setakat membantu memecahkan lemak, tapi membantu mencantikkan kulit tau uols. Takkan tak nak, makan Lecithin untuk kurus, dapat kulit yang moist jugak.

Jom saya share testimoni dari ahkak ahkak yg pernah consume Herblax dan Lecithin.

testi lecithin 1 testi lecithin 2 testi lecithin 3 testi lecithin 4 testi lecithin 5

Sebenarnya, banyak lagiiii testi. Kalau nak info lanjut, jom wa/telegram je saya ye.

Love,

Fara | 017.347.1218

Lecithin

11 sebab kenapa Lecithin best

Assalamualaikum semua,

lecithin

Pernah dengar pasai mamat Lecithin ni tak? hihihihi..Lecithin ni sangat famous dikalangan orang yang berdiet sebab Lecithin ni bertindak sebagai agen pemecah lemak. Ada satu eksperimen yang melibatkan Lecithin dan minyak. Pernah tengok tak? Kalau belum pernah tengok, gi tengok kat youtube lekaih.

Apa yang bestnya Lecithin? Nin diaaa…11 khasiat Lecithin.

11. Mengurangkan sembelit – Lecithin ni pelembut najis yang berkesan, melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

10. Memperbaiki prostat lelaki – kajian membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti Lecithin yang banyak.

9. Menghalang tekanan darah tinggi – memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress – mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk sarafkranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah Lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

7. Menghalang terjadinya batu karang – 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, Lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kjadian batu karang.

6. Mengurangkan alergi – menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.

5. Mencantikkan kulit – membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolismesel dan melambatkan penuaan.

4. Melindungi hati – menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

3. Menyerap vitamin yang larut-lemak – membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut-lemak.

2. Pemecahan lemak dan kolesterol – Lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

  1. Of kos..Pelangsingan- menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan perlangsingan yang seimbang.

Best tak?best tak?

Banyak sangat khasiat Lecithin ni..harga pun x la mahal sangat..janji selamat dan berkesan.

Alfalfa Complex, Cinch Energy Tea Mix, Cinch Shake, ESP Soy Protein, Herb-Lax, Lecithin, Omega Guard, Set Diet

Set Diet Shaklee : Bina, Bakar, Buang

Assalamualaikum semua..

Saya berazam nak KURUS DENGAN SIHAT..hihihihi..tak nak turun mendadak tapi nampak macam sakit je..macam tak cukup vitamin je. Kenapa saya cakap macam tu?sebab saya pernah alami situasi macam tu..ada satu masa tu, saya nak sangat kurus..tapi bila dah kurus, jumpa sedare mare, seme tanya “Nape kurus ni? Sakit ke?”. Terus jadi macam wake up call pulak. Tak nak da berdiet tak tentu hala pastu nampak macam orang sakit.

Jadi, post kali ni, nak tujukan untuk diri sendiri..boleh tak? hehehehe..Bila tengah nak berdiet ni, mula la study sikit pasal supplemen Shaklee ni. Memang best tau set diet Shaklee ni uols..bukan sebab saya nak menjual tapi sebab saya study dan makan. Memang banyak sangat khasiat dalam satu tablet kecik tu.

Jom, saya share apa ilmu yang saya dapat..

set diet

  • BUANG / DETOX

Buang atau detox ni, memang selalu kita dengar kan? Tapi kenapa pentingnya detox? Detox ni sebenarnya prosess membersihkan usus. Usus kan adalah tempat dimana semua khasiat di serap. Kalau usus kita tak bersih, penuh dengan kerak najis, penuh dengan toksin, macam mana khasiat dari makanan atau supplemen tu nak di serap. Jadi, step ni sangat penting. Bukan je untuk nak diet je..tapi kita sepatutnya kena selalu detox.

Dalam Shaklee, ada banyak supplemen untuk detox. Tapi untuk usus, ALFALFA dan/atau HERBALAX.

alfafa-complex-s

Alfalfa Complex ni banyak khasiat tau. Maknenya, kalau kita ambil Alfalfa ni sebagai supplemen detox, dia bukan detox je, tapi ada khasiat lain juga. Tapi, untuk topik ni, saya hanya cerita tentang khasiat Alfalfa untuk yang nak kurangkan berat badan.

  1. Mencuci hati, darah dan usus – Alfalfa ni sejenis makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  2. Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa satu2nya tumbuhan mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Membantu mengurangkan masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

herb-lax

Herb-Lax ni pulak memang diformulasi untuk usus. Manfaat utama Herb-Lax :

  1. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  2. Membantu masalah sembelit.
  3. Mengempiskan perut.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Sebab itu..dalam set diet ni, kalau anda nak pilih Alfalfa atau Herblax sebagai agen detox atau nak makan dua-dua pun boleh..tak ada masalah. Cuma, dapatkan nasihat dari SID anda ye..

  • BAKAR

Apa plak yang dimaksudkan bakar ni kan? Bakar ni maknanya bakar lemak atau supplemen yang meningkatkan metabolisma kita. Bagi yang tak faham makna metabolisma ni, boleh la bayangkan api dalam perut. Bila kita makan, api ni yang membakar lemak. Kalau api besar, cepat la terbakar lemak2 tu..tapi kalau api slowww je,lambat la terbakar lemak2 semua..lagi haru kalau belum habis bakar, da tambah makanan lain.

Jadi, Lecithin dan Omega Guard ni boleh membantu kita memecahkan lemak2 yang degil tu.

lecithin

Lecithin ni banyak sangat khasiat..ramai yang ingat Lecithin ni setakat membantu memecahkan lemak je tapi sebenarnye banyak lagiiii..tahukah anda antara khasiat Lecithin ialah membantu mencantikkan kulit? tak tau kan tak tau kan..hehehehe. Kan untung..makan Lecithin untuk kurus, tapi at the same time kulit pun cantik..

Alrite..ni antara manfaat utama Lecithin :

  1. Pemecahan lemak dan kolesterol – Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah.
  2. Menghalang obesiti – Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  3. Menghalang tekanan darah tinggi – memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  4. Meringankan sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

omega-guard

Kalau kita google, antara makanan yang digalakkan untuk orang yang berdiet adalah makanan yang tinggi kandungan omega 3. omega 3 ni membantu meningkatkan kadar metabolisme kita. Sebab tu, Omega Guard Shaklee ni famous di kalangan mereka yang nak kurus. Uols nak tau tak? Omega Guard ni merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagiii.

Manfaat utama :

  1. merendahkan kolesterol, mencegah penyakit salur darah dan strok.
  • BINA

Lepas buang dan bakar, peringkat seterusnya ialah BINA. Bina apa? Bina otot. Ramai customer ingat step ni tak penting, tapi sebenarnye step ni pun penting uols..Kenape kita perlu bina otot? Sebab otot la akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

esp shaklee poster

Energizing Soy Protein ni merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. ESP ni sejenis minuman berprotein. Rasanya, semua pun tau yang protein sangat penting untuk tubuh kita. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Cuba teka bahagian mana lagi dalam badan kita yg perlukan protein? Otot..

cinch-shake-mix

Wohooo..Cinch Shake Mix ni memang best..sampaikan tagline cinch shake ni ‘Memberi khasiat seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut’. Sedap la tu nak bak hang..hehehehe. Comes in 3 flavours. Ada vanilla, cafe latte dan chocolate. Apa yang bezanya dengan ESP? Cinch Shake ni mengandungi Leucine. Leucine elok untuk memelihara otot semasa kita nak turunkan berat. Yang lagi best, tak ada perasa tiruan, pewarna atau pemanis uols.

ADD ON

cinch-tea

Alrite..sebelum penutup, nak cite jugak pasal Cinch Tea Mix. Kalo kita gugel, akan jumpa jugak green tea sebagai makanan yang meningkatkan metabolisme. And guess what? Shaklee pun ada…dan lagi special. Cinch Tea Mix ni bukan saja mengandungi green tea, tapi ada juga red tea, white tea dan rooibos red tea extract. Nak tak saya discuss pasal Cinch Tea Mix ni? Ok..next post ya..