Nutriferon

Nutriferon : Imun Booster

Dengan lafaz Bismillah..

Assalamualaikum semua…

serangan

Tahukah anda yang kita ni sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob? Melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus diudara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk lama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, mahupun air), makanan, persekitaran kerja dan lain-lain.

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, eczema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.

Nutriferon Shaklee

dr yasuhiko kojima

Bro Kojima ni lah yang menemui interferon pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi dunia (NUTRIFERON). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun dan biji Plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.Formula yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu formula ekskusif dan di paten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya HANYA boleh didapati melalui Shaklee.

Sebenarnya, dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dan lain-lain. Tambahan pula, sekarang dah terbukti bahawa interferon amat berkesan dalam melindungi kita dari penyakit influenza dan bermacam jenis penyakit.

 

Advertisements
Nutriferon

Supplemen untuk Kencing Tikus

Assalamualaikum semua sahabat..

Baru-baru ni saya ada terbaca kisah seorang ibu ni di FB, cerita anaknya baru berusia 4 tahun kot, kena admitted sebab dijangkiti penyakit kencing tikus..

Sedihnya bila baca..sebab kalau anak saya demam pun, saya da rasa susah hati..ini pulak kalau kena admitted. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk ibu dan anak itu.

Ok..hari ni saya terpanggil plak nak cerita tentang penyakit kencing tikus ni..dengan harapan, kita semua bole ambil langkah berjaga-jaga.

 

Apa itu penyakit kencing tikus?

Penyakit kencing tikus atau nama saintifiknya Leptospirosis ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan oleh haiwan. Pada mulanya, penyakit ini dikenalpasti dari tikus namun boleh menjangkiti banyak jenis haiwan, samada liar atau peliharaan. Ada jugak setengah kes haiwan yang dijangkiti tapi hanya sebagai pembawa dan tidak memindahkan penyakit.

Bagaimana penyakit ini boleh berjangkit?

  • Terdedah di kawasan yang dicemari dengan kencing tikus seperti di kawasan banjir. Penyakit ini boleh berjangkit jika terdapat luka pada badan, melalui mata, hidung, mulut (terminum) air yang dicemari.
  • Melalui peralatan rumah yang telah dicemari oleh haiwan ternakan.

Apakah tanda yang anda telah dijangkiti?

  • Masa pengeraman antara 2 hingga 26 hari.
  • Bermula dengan demam, mengigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah, cirit birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami pembesaran limpa atau hati. Mata dan kulit menjadi kuning.

Pencegahan :

  • Elakkan berkunjung tempat yang air bertakung seperti kolam renang.
  • Simpan makanan dan minuman agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan sebelum makan.
  • Kalau perlu, bawa sudu garfu dari rumah jika makan di luar.
  • Basuh atau lap tin minuman sebelum minum.
  • Jaga kawasan rumah agar sentiasa bebas dari tikus.

Seeloknya, jumpa doktor dengan segera..kadang2 saya ni bila demam sikit taknak jumpa doktor. Tapi bila da study pasal penyakit ni, takut pun ada..hihihihi

nutriferon

Supplemen Shaklee yang sesuai untuk penyakit ini adalah NUTRIFERON. NUTRIFERON ni berfungsi sebagai penggalak sistem imun tubuh @ immune booster. Ia telah melalui satu set ujian-ujian saintifik yang sangat ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Macam mana NUTRIFERON ni bertindak?
Nutriferon membantu mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan.

testimoni kencing tikus

 

Testimoni dari kakak yang adiknya terkena jangkitan penyakit ini.

Saya tak kata yang Shaklee boleh menyembuhkan penyakit ini..tapi kita sebagai manusia kena usaha juga kan? Bia la kita berjuang sehabis daya dulu sebelum menyerah kalah. Dan usaha kita ni, bukan usaha tangkap muat. Shaklee ada berpuluh saintis dan da 100 tahun pun di pasaran.

But that’s just my two cents.

Your most trusted distributor,

Fara 0173471218

 

 

Carotomax, ESP Soy Protein, Kanser, Nutriferon, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex, Vivix

Supplemen untuk Kanser : Apa yang mak saya makan?

Assalamualaikum semua..

Sebelum ni, saya tak pernah cerita apa2 mengenai mak saya, adik2 saya ataupun suami saya..tapi, baru2 ni saya dapat tahu ada suami kawan saya yang kena kanser paru-paru..kesian pulak tapi x mampu nak tolong..jadi, saya cuba kongsikan apa yang mak saya makan semasa dan selepas kimo.

Dalam 3 tahun lepas, mak saya di diagnos mengidap kanser payudara..sejak dari tu, mak saya mula consume Shaklee..

Jadi, hari ni saya nak share kat sini apa yang mak saya pernah dan masih lagi makan/minum hingga ke hari ini :

 

vivix

vivix-bottle

1) Vivix – Every now and then, mak saya akan minum satu sudu kecil Vivix sebelum tidur. Antara khasiat utama Vivix ni ialah Vivix dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radiotherapy dan kimo.


esp shaklee poster

2) Energizing Soy Protein (ESP) – Setiap pagi, mak saya akan bancuh 1-2 sudu besar ESP ni untuk menambah tenaga. Frankly speaking, ESP banyak membantu especially semasa mak saya masih dalam rawatan kimo. Biasanye, selepas rawatan kimo tu, mak saya akan hilang selera makan dan muntah2. Alhamdulillah, walaupun masih tak ada selera tapi sekurang2nya mak saya rasa tak lapar sangat dan saya tau mak saya masih dapat khasiat dari minum ESP ni.

 

caro

3) Carotomax – Setiap hari mak saya akan makan 1 biji Carotomax ni utk anti-oksida. Anti oksida ni merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

 

vita-c-plus

4) Sustained Release  Vita C Plus – Antaravitamin yang mak saya wajib ambil 2 biji setiap hari. Vita C ni sangat penting untuk pencegahan kanser. Ciri-ciri antioksidannya melindungi sel-sel dan DNA dari kerosakan dan mutasi. Ia menyokong sistem imun badan, dan merupakan baris pertama pertahanan terhadap kanser, dan mencegah sebatian penyebab kanser tertentu daripada terbentuk dalam badan. Vitamin C mengurangkan risiko mendapat hampir semua jenis kanser. Vitamin C ini tidak secara langsung menyerang kanser yang telah berlaku, tetapi ia membantu mengekalkan dan meningkatkan sistem imun, yang membolehkan ia untuk melawan kanser.

VITA E

5) Vita E Complex – bezanya Vitamin E Shaklee dengan Vitamin E yang lain, Vita E Complex ni ada mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C..dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser

nutriferon

6) Nutriferon – mengukuhkan sistem imun kita dalam masa 3 hari. Satu2nya interferon yang semulajadi di dunia. Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida ang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

Tapi..bukan la saya cakap atau claim yang supplemen Shaklee ni bole menyembuhkan kanser atau menhalang kanser dari terjadi sebab semua itu atas Izin Allah..kita sebagai manusia cuma bole berusaha je kan?dan saya sebagai anak pun, kalau bole nak pilih yang terbaik untuk mak saya.

Selebihnya, hanya Allah je yang tahu..

Denggi, Nutriferon, Performance Drink

Supplemen untuk jangkitan demam denggi

Assalamualaikum semua..

Balik dari kenduri tahlil semalam, terkenang2 pulak berita makcik yang kena demam denggi..So, post kali ni, memang saya dedicate untuk makcik saya..dengan harapan agar Shaklee boleh membantu..semoga cepat sembuh ye makcik.. 

Sebelum kta tengok set cadangan Demam Denggi Shaklee, kita tengok dulu tanda-tanda jangkitan demam denggi. 

Kalau perasan, blog saya ni memang banyak gambar..sebab manusia sebenarnya lebih tertarik dengan gambar dari ayat..jadinya, bukan sebab saya malas ye.. 😉

Ok..serius balik..untuk yang inginkan rawatan alternative selain ubat hospital, bule juga cuba sup ketam kalau tak silap saya..cuba la..tak salah mencuba kan..cuma kat sini, saya nak cadangkan juga Set Cadangan untuk Demam Denggi dari Shaklee..

Tak banyak..ada 2 je..NUTRIFERON dan PERFORMANCE DRINK.

Set cadangan demam denggi

Untuk sesiapa yang nak cuba set ni atau mana-mana produk Shaklee, bole terus message saya atau watsapp kat no di bwh ni..NO calling-calling please..bukan apa, saya ni ada 2 anak kecik..susah nak dapat bercakap fon dengan aman..jadinya, message atau wa je saya..InshaAllah saya akan jawab dan layan pertanyaan anda.




Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau inginkan konsultasi percuma dan berterusan, sms/watsapp 017.347 1218