Sustained Release Vita C Plus, Uncategorized, Vita E Complex, Vivix

Kenapa Antioksidan penting untuk kita

Assalamualaikum semua..

Kita biasa dengar orang cakap pasal antioksidan ni kan. Tapi, apa sebenarnya anti oksidan & kenapa ianya penting untuk tubuh badan kita?

Di saat uolls tengah baca post ni, sel-sel dalam badan kita sebenarnya tengah ‘berperang’ dengan berjuta radikal bebas, yang mungkin boleh menyebabkan kesan negatif pada badan kita. Dan seperti mana-mana ‘peperangan’, ada pihak baik dan pihak jahat. Tapi, apa pihak jahat & baik tu? Apa yang dua-dua pihak ni buat? Dan, yang paling penting, macam mana kita nak protect badan kita dalam ‘peperangan’ ni?

Apa itu RADIKAL BEBAS?

                                                                           gambar dari mr.google

Radikal bebas ni sebenarnya MOLEKUL YANG KEHILANGAN ELEKTRON PENTING. Kehilangan elektron ini menyebabkan molekul ini TIDAK STABIL & SANGAT MERBAHAYA. Radikal bebas ni perlukan elektron yang dah hilang ni untuk survive dan cuba teka kat mana radikal bebas ni dapatkan elektron utk jadi stabil? Ye.. radikal bebas ni akan ‘curi’ elektron yang ada pada sel dalam badan kita untuk radikal bebas ni jadi stabil. Bila sel badan kita kurang elektron, sel badan kita pula akan ‘curi’ elektron dari sel badan yang lain. Jadi, macam satu rantaian/chain kan. Itu baru satu, bayangkan kalau berjuta radikal bebas yang masuk dalam badan kita?

Apa yang menyebabkan RADIKAL BEBAS ni?

Banyak faktor yang contribute kepada radikal bebas ni. Seperti :

  • Asap rokok
  • Stress
  • Pencemaran
  • Sinaran uV
  • Poor Nutrition
  • Amalan pemakanan yang buruk

Apa jadi bila terlalu banyak Radikal Bebas ni dalam badan kita?

Bila terlalu banyak radikal bebas dalam badan kita, ia akan mengganggu fungsi sel badan kita & dan menjadikan sel badan kita TAK NORMAL. Antara kesan yang kita bole nampak:

  • sel-sel berumur pendek – tua sebelum waktu, bintik-bintik penuaan.
  • sistem pertahanan tubuh menurun – kita jadi lemah & mudah sakit
  • reaksi abnormal dari sel, menyebabkan timbul sel-sel baru – tumor, kanser

Yeayyy.. ANTIOKSIDAN

Apa fungsi ANTIOKSIDAN?

Antioksidan ni berfungsi meneutralkan radikal bebas dengan ‘mendermakan’ satu elektron pada radikal bebas ni supaya ianya stabil. Antioksidan ni dah memang sedia stabil samada dia dermakan atau tak elektron tu. Bagus tak?

Kajian menunjukkan dengan makan makanan yang tinggi antioksidan, boleh :

  • mengurangkan risiko penyakit kanser
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi
  • mengurangkan kesan penuaan
  • banyak lagi….

Luckily, terdapat banyak sumber makanan yang tinggi antioksidan seperti strawberry, blueberry, epal hijau, boleh google je sebab banyak.

Tapi..

Saya juga pilih supplemen Shaklee sebagai MAKANAN TAMBAHAN. Bukan pengganti makanan ye, cuma top up je mana yang tak cukup. Kenapa? Sebab..saya tahu sayur , buah-buahan yang saya beli bukan yang organik. Jadi saya tak tauberapa kandungan vitamin yang ada dalam sayur2 & buah2 tu. *wink*

  1. VIVIX

Kaya dengan resveraterol & tinggi antioksidan

2. Vitamin ACE (beta carotene, vitamin C & vitamin E)

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin ACE ni bersama-sama untuk menggandakan kesan antioksidan bagi melawan radikal bebas.

That’s all guys..untuk sebarang pertanyaan lajut, boleh wa saya ye..

 

 

 

Advertisements
Alfalfa Complex, B Complex, ESP Soy Protein, GLA Complex, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex, Vitalea, Zinc Complex

Set Kesuburan Shaklee : Cadangan Lengkap untuk Suami dan Isteri

Assalamualaikum semua

Sumber ilham post kali ini adalah dari sorang customer saya ni..saya panggil dia Mrs Jay..Saya kenal Mrs. Jay masa saya buka booth di Shah Alam. Dia datang ambil fliers..then, that’s it. Satu hari Mrs. Jay telefon saya untuk bertanyakan tentang set kesuburan. Selepas tanya serba sedikit tentang kesihatan beliau dan suami, baru saya cadangkan set yang sesuai. (Memang kalau beli dengan saya, saya akan cuba beri consultation yang terbaik..hihihi).

Alhamdulillah..Mrs. Jay dan suami tak ada masalah kesihatan. Cuma suaminya saja yang merokok. FYI, Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta lambat atau perlahan. Ini fakta ye uols.

Jadi, supplemen ini yang saya cadangkan. Ramai yang ingat bila isteri tak hamil maknanya ada masalah pada isteri. Sebenarnya, TIDAK SEMESTINYA. Kadang2 isteri dan suami sihat dan subur tapi mungkin badan kita belum ready untuk terima baby. Jadi, dengan jaga pemakanan dan gaya hidup pun antara usaha kita untuk mendapatkan baby. Jangan la pandang rendah pada supplemen ni..sebab ini pun usaha. Selebihnya, Allah yang lebih tahu kan? InsyaAllah..Allah akan kurniakan juga kita rezeki. Kan Allah ada pesan, Dia hanya akan bagi apa yang kita mampu tanggung kan? Jadi..jom kita kuatkan diri kita.

 

Untuk Isteri :

1. GLA Complex

gla-complex

  • Boleh dikatakan supplemen wajib untuk isteri.
  • Tujuan asal GLA Complex ni ialah mengimbangi hormon kita atau membetulkan kitaran haid kita. Kitaran haid yang tidak teratur boleh menjadi salah satu punca isteri susah nak hamil.
  • Tapi, kalau isteri tadak mempunyai masalah kitaran haid, GLA Complex membantu menghasilkan cecair yang subur dan berkualiti pada faraj disamping menyediakan environment yang sesuai untuk memudahkan pelekapan ovum dan sperma.

 

Untuk suami dan isteri :

1. Energizing Soy Protein

esp shaklee poster

  • Baik untuk hormon. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita.
  • Juga sangat elok untuk suami. Membantu meningkatkan motiliti sperma dan meninggikan kiraan sperma.

2. B Complex

b-complex

  • Anti stress dan memulihkan tenaga.
  • Mengandungi asid folic dan biotin yang penting untuk persediaan kehamilan.

3. Vitalea

vita-lea

  • Mengimbangi nutrien. Akibat dari amalan diet yang tidak seimbang, badan kita mungkin kekurangan vitamin dan mineral penting. Kekurangan vitamin dan mineral penting dalam badan boleh menjejaskan kualiti sperma dan ovum.

4. Vitamin E Complex

vita-e-complex (1)

  • Dikenali sebagai vitamin seks. Sangat elok untuk pasangan suami isteri.
  • Untuk isteri, kandungan selenium dalam vitamin E ini membantu mengeluarkan lendir ketika bersama yang membantu sperma untuk bergerak lebih tangkas.
  • Untuk suami, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma.
  • Vitamin E ini berkawan baik dengan vitamin c. Bersama-sama dengan vitamin c, dua-dia vitamin ini bertindak sebagai anti oksadan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh badan manusia. Radikal bebas ni kalau dibiarkan, boleh merosakkan sperma dan ovum.

5. Alfalfa

alfafa-complex-s

  • Untuk isteri, bersifat anti kulat yang boleh merawat keputihan (jika ada)
  • Turut bertindak umpama kacip fatimah yang membantu hubungan suami isteri.
  • Juga berfungsi sebagai agen detox yang membersihkan usus. Bila usus dah bersih, penyerapan nutrien dari vitamin boleh dilakukan dengan optimum.

 

Untuk suami :

1. Zinc

zinc-complex

  • Pengambilan zinc untuk jangka masapanjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Penting untuk penghasilan hormon testosteron.
  • Memberi tenaga kepada sperma untuk lebih aktif menuju ke ovum.
  • Selain itu, zinc boleh melawan bakteria di dalam vagina isteri.

 

2. Sustained Released Vitamin C

vita-c-plus

  • Elok untuk suami. Meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma berbentuk gumpalan. Fakta : 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c.

Biasanya, selepas bercerita panjang tentang supplemen ni, customer akan tanya balik pada saya set mana yang elok? Jawapan dia….terpulang pada anda..kenapa?sebab kalau anda susah nak hamil sebab pernah gugur, maka saya akan cadangkan supplemen mana yang sesuai.

Untuk tahu lebih tentang set kesuburan Shaklee ni, boleh wa saya sekarang..

 

 

Vita E Complex

Apa yang best sangat Vitamin E Shaklee?

Assalamualaikum semua..

Mana lagi kita nak dapat produk yang menjamin keberkesanan, keselamatan dan dari bahan semulajadi?hehehehe..sebab tu saya nak share apa yang best sangat tentang Vitamin E Shaklee ni..

vita-e-complex (1)

Perbezaan Vita E Shaklee :

Merupakan vitamin E yang paling lengkap berada di pasaran. Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocophenol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta).

Apa manfaat utama Vita E :

1. Melindungi jantung – pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah, mningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri.

2. Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

3. Anti-Oksidan yang kuat – Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya membantu memperbaiki masalah katarak dan masalah penglihatan.

4. memperbaiki arthritis – meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

5. Menghalang keguguran – merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus.Ujian klinikal menunjukkan vitamin E digunakan untuk menghalang kematian janin, keguguran.

6. Memperbaiki parut – memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

7. Mempertingkatkan kemampuan reproduktif – kajian tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma.

8. Kelestarian tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen lebih.

Pernah ada yang bertanyakan pasal satu artikel mengenai Vitamin E ni boleh menyebabkan kanser..of course, kita sebagai distributor kena well aware dengan benda macam ni.. 

Sebenarnya, artikel tu tak salah..memang betul Vitamin E boleh menyebabkan kanser tapi bukan confirm akan kena kanser sebab makan Vitamin E. Maksudnya, kalau kita main makan je Vitamin E yang tak ikut guideline, memang akan memudaratkan badan kita. Tak kisah brand apa pun Vitamin E tu, as long as Vitamin E tu ikut garis panduan kat bawah ni, InshaAllah takkan memudaratkan kita.

Menurut tulisan Dr. Bruce Miller, Vitamin E yang baik haruslah:-

1) dari sumber semulajadi. (macamana nak tau Vitamin E tu semulajadi ke bukan?tgk kat label ada huruf ‘d’ pada pangkal sumber. contoh, d-alpha tocophenol. kalau pangkalnya start huruf ‘l’ atau ‘dl’, maka Vitamin E itu dari sumber tiruan dan kimia).

2) mengandungi selanium selain dari Vitamin E.

3) ada mixed tocopherol.

Kenapa Vita E Complex Shaklee best?

1) memang Shaklee ni natural based product. kita semua pun tau kan.

2) lihat pada label botol Vita E Complex shaklee ada tertulis yang vita e complex shaklee turut mengandungi selanium.

3) Vitamin E Complex Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.

Plus, semua pun tahu yang sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan.

Kan best tu Vita E Complex Shaklee. Rasa macam fall in lurve tak?hehehe

ESP Soy Protein, Vita E Complex

Kisah saya : Parut pembedahan Cesarean makin pudar.

Assamualaikum sahabat-sahabat semua..


Four years ago, I gave birth to my beautiful daughter. Hehehe sekali sekale skipping kan? Ntah betul ke tak..hahaha takpe la ek?


Saja nak share testimoni sendiri mengenai ESP dan Vita E Complex Shaklee..Anak saya yang sulung ditakdirkan keluar ikot tingkap..melalui Cesarean..walaupun orang keliling saya banyak menakot2kan saya pasal bersalin melalui Cesarean ni, tapi saya terima dan redha dengan rezeki yang Allah bagi pada saya..pada saya, yang penting anak saya sihat dan selamat..tak kisah la nak keluar ikot mana pun..

esp shaklee poster


Disebabkan ramai yang cakap keburukkan bersalin Cesarean ni, at one time saya jadi tak yakin dengan keadaan fizikal saya..tapi setakat tak yakin pada diri je, bukan saya tak cari solution pun..saya cuma sibukkan diri, dengan harapan tak yah pikir sangat..hehehehe


Alhamdulillah..rezeki saya untuk anak saya yang ke dua, saya dapat bersalin normal..yup..saya da rasa 2-2 kesakitan..hahahaha..seronok.

Bermula tahun lepas baru saya start consume ESP dan Vita E Complex

 

Pada awalnya, niat saya makan Vita E Complex dan ESP ni sebenarnya untuk jeragat kat muka saya ni..tapi rupa2nya, saya dapat BONUS!!! Semalam, baru saya perasan yang parut pembedahan saya makin putih..sesiapa yang pernah kena operate mesti tau ghupenye parut pembedahan ni..Dulu parut saya nmpak gelap je..sekarang da hampir menyamai warna kulit asal..bukan la hilang terus parut tu tapi xde la nmpak sangat macam sebelum ni..

vita-e-complex (1)

Saya sangat happy..dan kepada yang ada mengalami masalah macam saya, jom la kita cuba Shaklee ni..InshaAllah, kalau Allah izinkan, bole dapat result macam saya..silap2 lebih baik lagi..


Untuk yang baruuu je bersalin, bole jugak cuba set berpantang Shaklee ni..

Ada optional jugak..untuk Milk Booster, bule try Alfalfa Complex Shaklee..jadi jom la pilih what’s best for you and for your baby..

Vita E Complex, Vivix

Apa khasiat anggur?

Assalamualaikum semua..

khasiat anggur
Sedaaaapppnyaaa tengok gambar anggur ni kan? dapat plak yang manis dan seedless..hikhikhik..pemalas betul nak g buang seeds..dulu2 masa saya kecik-kecik, nak makan anggur mesti buang kulit..time tu, duduk ngan arwah nenek..apa nak, arwah nenek ikottt jee..tapi bila nenek da takde ni, bole plak makan anggur ngan kulit2 skali..sedap jugak..bukan malas ye..No no no..perasaan ni rasa mcm kenangan makan anggur tanpa kulit tu hanya dengan arwah nenek..sob sob sob..sorry yek ter’feeling’ plak 😉
Ok..bukan nak cite pasal arwah nenek saya..tapi nak share khasiat yang terkandung dalam buah anggur ni..Sebenarnya, anggur hijau ke merah memiliki khasiat yang sama..mengikut laman web rasmi Hospital Taiping, anggur merupakan sejenis buah yang rendah lemak, malah ada juga pakar-pakar kesihatan yang mencadangkan anggur antara salah satu buah dalam diet seharian bagi mereka yang bercadang untuk menurunkan berat badan kerana kandungan anggur yang mengandungi serat, air dan nutrisi.
Anggur mengandungi 70 kalori per setengah cawan 70 kalori per setengah cawan dan merupakan sumber pottasium, vitamin c dan pectin iaitu sejenis serat yang dapat membantu mengurangkan kolesterol darah.
Antara khasiat lain anggur adalah :-
  • mencegah kerosakkan mata.
  • mengurangkan risiko mendapat serangan strok.
  • terdapat khasiat flavonoids zat antioksida yang berfungsi melindungi tubuh dari penyakit jantung dan kanser.
  • Jus anggur boleh membantu penyembuhan dari penyakit hemaroid (buasir), gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu.
Anggur juga mengandungi beberapa phytochemical termasuk  resveratrol yang terdapat dalam kulitnya. Dalam beberapa penelitian terhadap resveratrol yang terdapat dalam kulit semua jenis anggur, ianya baik untuk mengurangi risiko kanser payudara, kanser hati,  kanser usus dan penyakit jantung.
Banyakkan khasiat dalam anggur? Malahan anggur ni disebut2 di dalam Al-Quran sebanyak 14 kali..menunjukkan betapa banyaknya nikmat yang Allah s.w.t berikan pada kita dalam sebiji anggur ni.
Sebab tu..Shaklee pun ada produk supplemen yang ekstrak anggur..antaranya, yang paling femes Vivix dan Vitamin E Complex.
Eh..sebelum terlupa..bulan ni promo VIVIX ye sayangness..tengah murah ni..rugi kalau x beli sekarang..
Hehehe..peace no war