Carotomax, ESP Soy Protein, Garlic, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

3 peringkat pertahanan tubuh.

Assalamualaikum semua..

Tahukah anda ada 3 peringkat pertahanan dalam sistem imun kita. Apa yang membentuk imun badan kita ni bukan satu entiti tunggal, tapi satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh badan kita. Jadi, amat lah penting untuk kita jaga ketiga-tiga peringkat pertahanan tubuh kita ni agar badan kita kuat dan sihat.

Bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja?

Tahap Pertama

Peringkat pertama adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang kuman daripada memasuki badan kita.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Protein, Vitamin & Mineral, Omega 3

Omega 3 terbukti dapat membantu mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.

Vitamin & Mineral membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

 

Tahap Kedua

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, kuman akan jumpa pelbagai sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita. Isyarat imun ni di panggil Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi badan kita dari serangan kuman.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Vitamin C, Bawang Putih, Karotenoid, Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun.

Vitamin C adalah ‘otot’ sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap & memusnahkan kuman.

Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun secara semulajadi meningkatkan tahap interferon & menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

 

Tahap Ketiga

Pertahanan tahap ketiga ni bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan yang paling hebat badan kita boleh mengingati jenis kuman itu. Jika kuman ni menyerang badan kita lagi, sistem pertahanan badan kita akan bertindak sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakkan yang serius pada sel-sel badan kita. untuk pulih dengan sendiri, badan kita perlukan Resveratrol dan Polifenol untuk memulihkan sel dengan lebih cepat.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Resveratrol dan Polifenol

Resveratrol dan Polifenol meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki & melindungi sel-sel DNA.

Carotomax, ESP Soy Protein, Omega Guard, Vitalea, Vivix

Macam mana nak jaga kesihatan mata kita?

Assalamualaikum all..

Semalam saya ada share tentang supplemen untuk penjagaan mata anak-anak kita. Macam mana pula supplemen untuk orang dewasa? Seharian mengadap komputer mesti mata kita letih kan?

Saya faham..sebab saya WAHM (Work at home mom). Kerja saya banyak mengadap laptop. Tapi..tahu tak kita, yang Omega 3 membantu melegakan mata yang kering?

Ok la..jom saya share supplemen penting untuk mata kita.

 

ESP

  • Protein berperanan penting dalam sel hidup. Protein dibentuk dari Asid Aminodan merupakan bahan asas semua benda hidup. Ia juga boleh menyebabkan hilang ketahanan terhadap penyakit. Kajian menunjukkan adanya kaitan antara kekurangan protein dengan keadaan rabun jauh. Protein yang mencukupi dalam diet boleh mengelak berlakunya rabun jauh. Sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan susu.

 

Vitalea

  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk spirulina.
  • Vitalea merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia.
  • Mengandungi vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata, mencegah rabun malam, menguatkan kerangka tulang, gusi,gigi dan banyak lagi khasiat vitamin.
  • turut mengandungi Biotin yang membantu B kompleks berfungsi lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban & gugur, diabetes, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Omega Guard

  • membantu mengurangkan simptom mata kering

Carotomax

  • turut digelar vitamin mata sebab kandungan Vitamin A yang terkenal untuk masalah rabun.
  • membantu meningkatkan penglihatan dengan menghasilkan ‘visual ungu’ yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.
  • membantu mengurangkan masalah mata yang rabun & kering
  • membantu mengurangkan penyakit katarak & glaucoma
  • membantu mengatasi kelesuan mata akibat mengadap komputer & smartphone.
  • membantu mengurangkan masalah ‘eye bag’ di bawah mata.
  • melindungi lapisan luar kornea mata.

VIVIX

  • Kandungan resveratrol  dan polifenol yang tinggi di dalam Vivix terutamanya Anthocyanins mampu mengurangkan risiko kerosakan mata, memperbaiki daya penglihatan dan membantu merawat saraf saraf mata yang bermasalah.

Alhamdulillah..ada banyak testimoni yang menyokong pemilihan supplemen di atas membantu menjaga mata kita. Untuk order atau konsultasi, boleh terus whatsapp saya ye.

Sustained Release Vita C Plus, Uncategorized, Vita E Complex, Vivix

Kenapa Antioksidan penting untuk kita

Assalamualaikum semua..

Kita biasa dengar orang cakap pasal antioksidan ni kan. Tapi, apa sebenarnya anti oksidan & kenapa ianya penting untuk tubuh badan kita?

Di saat uolls tengah baca post ni, sel-sel dalam badan kita sebenarnya tengah ‘berperang’ dengan berjuta radikal bebas, yang mungkin boleh menyebabkan kesan negatif pada badan kita. Dan seperti mana-mana ‘peperangan’, ada pihak baik dan pihak jahat. Tapi, apa pihak jahat & baik tu? Apa yang dua-dua pihak ni buat? Dan, yang paling penting, macam mana kita nak protect badan kita dalam ‘peperangan’ ni?

Apa itu RADIKAL BEBAS?

                                                                           gambar dari mr.google

Radikal bebas ni sebenarnya MOLEKUL YANG KEHILANGAN ELEKTRON PENTING. Kehilangan elektron ini menyebabkan molekul ini TIDAK STABIL & SANGAT MERBAHAYA. Radikal bebas ni perlukan elektron yang dah hilang ni untuk survive dan cuba teka kat mana radikal bebas ni dapatkan elektron utk jadi stabil? Ye.. radikal bebas ni akan ‘curi’ elektron yang ada pada sel dalam badan kita untuk radikal bebas ni jadi stabil. Bila sel badan kita kurang elektron, sel badan kita pula akan ‘curi’ elektron dari sel badan yang lain. Jadi, macam satu rantaian/chain kan. Itu baru satu, bayangkan kalau berjuta radikal bebas yang masuk dalam badan kita?

Apa yang menyebabkan RADIKAL BEBAS ni?

Banyak faktor yang contribute kepada radikal bebas ni. Seperti :

  • Asap rokok
  • Stress
  • Pencemaran
  • Sinaran uV
  • Poor Nutrition
  • Amalan pemakanan yang buruk

Apa jadi bila terlalu banyak Radikal Bebas ni dalam badan kita?

Bila terlalu banyak radikal bebas dalam badan kita, ia akan mengganggu fungsi sel badan kita & dan menjadikan sel badan kita TAK NORMAL. Antara kesan yang kita bole nampak:

  • sel-sel berumur pendek – tua sebelum waktu, bintik-bintik penuaan.
  • sistem pertahanan tubuh menurun – kita jadi lemah & mudah sakit
  • reaksi abnormal dari sel, menyebabkan timbul sel-sel baru – tumor, kanser

Yeayyy.. ANTIOKSIDAN

Apa fungsi ANTIOKSIDAN?

Antioksidan ni berfungsi meneutralkan radikal bebas dengan ‘mendermakan’ satu elektron pada radikal bebas ni supaya ianya stabil. Antioksidan ni dah memang sedia stabil samada dia dermakan atau tak elektron tu. Bagus tak?

Kajian menunjukkan dengan makan makanan yang tinggi antioksidan, boleh :

  • mengurangkan risiko penyakit kanser
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi
  • mengurangkan kesan penuaan
  • banyak lagi….

Luckily, terdapat banyak sumber makanan yang tinggi antioksidan seperti strawberry, blueberry, epal hijau, boleh google je sebab banyak.

Tapi..

Saya juga pilih supplemen Shaklee sebagai MAKANAN TAMBAHAN. Bukan pengganti makanan ye, cuma top up je mana yang tak cukup. Kenapa? Sebab..saya tahu sayur , buah-buahan yang saya beli bukan yang organik. Jadi saya tak tauberapa kandungan vitamin yang ada dalam sayur2 & buah2 tu. *wink*

  1. VIVIX

Kaya dengan resveraterol & tinggi antioksidan

2. Vitamin ACE (beta carotene, vitamin C & vitamin E)

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin ACE ni bersama-sama untuk menggandakan kesan antioksidan bagi melawan radikal bebas.

That’s all guys..untuk sebarang pertanyaan lajut, boleh wa saya ye..

 

 

 

Omega Guard, Ostematrix, Slipped Disc, Vivix

Supplemen untuk Slipped Disc

Dengan lafaz Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Kalau tak silap..dalam bulan lepas, kawan baik saya mesej pukul 2 pagi bertanyakan tentang Advanced Joint Health Tablet. Kawan saya ni memang ada sakit Slipped Disc. Kadang-kadang sakit sampai menggangu kerja dia seharian. Pulak tu, dia kerja sebagai Engineer. Lagi laaa menuntut dia bekerja lebih masa selalu.

Slipped-Disc

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) memang sesgt bagus untuk pesakit Slipped Disc. Kawan saya ni pun, lepas makan AJHT secara konsisten, dapat rasa perubahan ketara. Tapi, buat masa ni Shaklee stopkan dulu pengeluaran AJHT dengan tujuan nak improve lagi formula AJHT.

Jadi, inilah supplemen yang saya cadangkan pada kawan saya tu. Semoga post kali ni, harap dapat membantu semua yang sakit Slipped Disc atau kenal orang yg ada sakit ni. Ikhtiar tu hak kita..tapi yang menyembuhkan tetap Allah SWT.

Vivix

vivix-bottle

ini lah start Shaklee.

Sebab banyak sangat khasiat yang terkandung dalam Vivix. Fungsi utama Vivix ialah :

  • melindungi dan memperbaiki selullar DNA.
  • mengawal genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  • menggalakkan pembentukkan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • melambatkan pembentukkan protin AGE.

Dengan 4 fungsi utama di atas ni, menjadikan Vivix paling banyak khasiat. Antaranya :

  • merendahkan tekanan darah
  • meningkatkan tenaga
  • meningkatkan pengeluaran sperma
  • memutihkan dan mengurangkan pigmentasi
  • mengurangkan kedutan halus
  • anti kanser
  • merendahkan tahap kolesterol
  • menguatkan tulang
  • melambatkan penuaan
  • mengurangkan artritis
  • anti inflamasi
  • menghalang kejadian tumor

Eh..banyakkkkk lagi tau sebenarnya. Kalau baca kandungan Vivix ni..lagi la kagum.

Omega Guard

omega-guard

Minyak ikan terbaik di dunia.

Betul ni. Seriously..

Manfaat Omega:

  • Memelihara fungsi-fungsi sendi – paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan selain mencegah artritis, gaut dan memelihara fungsi-fungsi sendi dengan efektif.

Ostematrix

lebih dari kalsium

Ostematrix ni memang terkenal sebagai Pil Kalsium Shaklee. Tapi, apa yang membezakan pil kalsium Shaklee & pil kalsium yang berada di pasaran ialah kandungannya. Formulanya sangat unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ni perlu diambil bersama-sama untuk bantu tubuh kita menyerap kalsium dengan lebih baik dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Hasil gabungan nutrien-nutrin ni, menjadikan Ostematrix pil kalsium yang isinya paling seimbang dan memastikan kadar penyerapan sebanyak 99%.

Manfaat Ostematrix:

  • menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah.
  • mengurangkan rasa kebas-kebas dan kekejangan – pengambilan 600mg sebelum tidurakan mengurangkan rasa-rasa kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • meringankan stress – mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress.

Love,

Fara | 017.347.1218

Vivix

Kenapa saya suka sangat Vivix?

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum semua..

Pagi2 ni, jom kita sembang sikit tentang Vivix. *wink*

Apa yang saya suka sangat dengan Vivix ialah khasiat yang terkandung dalam satu botol kecil ni. Ramai yang kata Vivix ni mahal..tapi percaya lah cakap saya ni..Vivix ni sangat berbaloi untuk di belanjakan..

Saya ambil contoh customer yang nak kulit bebas jerawat. Satu set basic kulit cantik ialah ESP, SR Vita C & Vita E. Untuk yang kulit berjerawat sebab stress, elok tambah Garlic & B Complex.

Banyak tak nak kena makan? Memang harga lagi jimat..tapi larat tak nak makan banyak2 ni semua? Kepada yang boleh makan konsisten, tahniah sbb anda memang hebat. Tapi yang kategori senang culas macam saya ni? Saya cadangkan elok lah ambil Vivix. Satu sudu kecil je setiap hari.

poster vivix

Sebab tu..saya selalu cadangkan Vivix untuk customer saya. Plus, Vivix bukan ada satu dua je khasiat, tapi banyaaakkkk uols…

Antaranya :

  • Merendahkan tekanan darah
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan daya seks
  • Meningkatkan pengeluaran sperma
  • Memutihkan dan mengurangkan pigmentasi
  • Mengurangkan kedut halus.
  • Anti kanser
  • Merendahkan tahap kolesterol
  • Menguatkan tulang
  • Melanbatkan penuaan
  • Mengurangkan Arthritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Anti-Inflamasi
  • Menghalang kejadian tumor
  • Menstabilkan perasaan
  • Memperbaiki tekstur kulit.

Haaaa…banyak tak? ada lagi sebenarnye..ni baru sikit je.

Macam mana boleh banyak sangat khasiat Vivix? sebab Vivix ni bertindak melindungi dan membaiki sellular DNA. Setiap hari, setiap sel dalam tubuh badan kita mengalami hampir sejuta serangan yg merosakkan DNA. Serangan2 ini akan merosakkan pengkalan data genetik, dan akan menghasilkan satu ‘typo’ yg boleh mengganggu fungi sel. Jadi, ramuan Vivix ni, membantu melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

Sebab itu la..kengkadang customer cakap minum Vivix utk kesuburan tapi dapat bonus badan makin slim. Atau bukan saje kurus..kulit pun bertambah cantik.