Kanser, Mealshakes, Peppermint-Ginger Plus

Dugaan kali 2 : Kanser kembali menyerang

Assalamualaikum semua..

Awal puasa baru2 ni, mak saya di diagnose menghidap penyakit kanser paru-paru.

Ujian yang berat untuk kami sekeluarga..tapi InsyaAllah, kami cuba take one day at a time.

Antara perubahan yang paling ketara pada mak saya ialah tak ada selera makan. Kadang2, dalam satu hari tu, mak saya hanya makan cornflakes je untuk breakfast. Lepas tu, satu hari tak makan apa dah. Berat badan mak saya turun dengan mendadak. Dari 80kg masa awal tahun, turun jadi 65kg pada bulan 6 baru ni.

Semua pun tahu, bila tak ada selera makan, badan kita pun jadi lemah sebab tak ada tenaga. Jadi, hari-hari mak saya banyak dihabiskan dengan tidur dan baring atas katil je. Sebagai anak, memang rasa susah hati sangat. Saya cuba juga bagi mak saya makan supplemen Shaklee. Tapi, supplemen yang berbentuk pil semuanya dimuntahkan balik.

Jadi, hari ni, saya nak share supplemen yang mak saya makan sepanjang dia di sahkan menghidap penyakit ini. DAN supplemen-supplemen ni, semua da dah ditunjukkan pada doktor serta dietician dan dah dapat approval dari mereka.

  1. Mealshakes

meal-shakes

Memandangkan mak saya hampir-hampir kena thyroid, jadi ESP bukan pilihan. Mealshakes lah yang saya cadangkan dan tunjukkan pada doktor. Selepas baca ingredient Mealshakes, doktor dan dietician terus galakkan mak saya minum Mealshakes. Sampaikan di suruh minum 3-4 kali sehari.

Antara khasiat Mealshakes :

  • Nutrisi Lengkap – menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh badan.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Anti oksida – mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Jadi, jangan risau sebab Mealshakes ni bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, malahan orang dewasa pun boleh minum Mealshakes. InsyaAllah, jika diminum dengan konsisten, Mealshakes boleh membantu menaikkan selera makan mak saya.

2. Peppermint Ginger Plus

peppermint-ginger-plus

Bila mak saya kurang makan, antara yang paling saya risau ialah gastrik. Jadi, Peppermint Ginger Plus yang saya tunjukkan pada doktor dan dietician. Tambahan pula, Peppermint Ginger Plus ni boleh membantu mencegah masalah loya mak saya bila kena kimo nanti.

Kombinasi 4 ramuan: daun pudina, halia, adas dan cekur manis ni memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah :

  • Pudina – Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul akibat rawatan kimo. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

 

  • Halia – Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Ada satu kajian di UK menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan ke atas pesakit wanita. Penyelidik Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.

 

  • Pokok Adas (fennel) – Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. ia melegakan sakit perut, melegakan gejala selsema juga membantu dalam mengatasi masalah elergi pada saluran usus.

 

  • Cekur Manis (anise) – Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan gejala sakit haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, memberikan peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

 

Walaupun Peppermint Ginger Plus ni berbentuk pil, tapi pil ni boleh dilarutkan dalam air panas dan dijadikan minuman teh herba untuk mak saya minum.

Sebenarnya, ada banyak lagi supplemen yang bukan berbentuk pil untuk mak saya makan/minum. Ada Vivix, Nutriferon. Tapi, hanya 2 supplemen ni je yang sempat saya tunjukkan pada doktor dan dietician hari tu. InsyaAllah, next appointment saya akan tunjukkan lagi 2 supplemen ni.

Have a great day !

Love,

Fara | 017.347.1218

Advertisements
Carotomax, ESP Soy Protein, Kanser, Nutriferon, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex, Vivix

Supplemen untuk Kanser : Apa yang mak saya makan?

Assalamualaikum semua..

Sebelum ni, saya tak pernah cerita apa2 mengenai mak saya, adik2 saya ataupun suami saya..tapi, baru2 ni saya dapat tahu ada suami kawan saya yang kena kanser paru-paru..kesian pulak tapi x mampu nak tolong..jadi, saya cuba kongsikan apa yang mak saya makan semasa dan selepas kimo.

Dalam 3 tahun lepas, mak saya di diagnos mengidap kanser payudara..sejak dari tu, mak saya mula consume Shaklee..

Jadi, hari ni saya nak share kat sini apa yang mak saya pernah dan masih lagi makan/minum hingga ke hari ini :

 

vivix

vivix-bottle

1) Vivix – Every now and then, mak saya akan minum satu sudu kecil Vivix sebelum tidur. Antara khasiat utama Vivix ni ialah Vivix dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radiotherapy dan kimo.


esp shaklee poster

2) Energizing Soy Protein (ESP) – Setiap pagi, mak saya akan bancuh 1-2 sudu besar ESP ni untuk menambah tenaga. Frankly speaking, ESP banyak membantu especially semasa mak saya masih dalam rawatan kimo. Biasanye, selepas rawatan kimo tu, mak saya akan hilang selera makan dan muntah2. Alhamdulillah, walaupun masih tak ada selera tapi sekurang2nya mak saya rasa tak lapar sangat dan saya tau mak saya masih dapat khasiat dari minum ESP ni.

 

caro

3) Carotomax – Setiap hari mak saya akan makan 1 biji Carotomax ni utk anti-oksida. Anti oksida ni merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

 

vita-c-plus

4) Sustained Release  Vita C Plus – Antaravitamin yang mak saya wajib ambil 2 biji setiap hari. Vita C ni sangat penting untuk pencegahan kanser. Ciri-ciri antioksidannya melindungi sel-sel dan DNA dari kerosakan dan mutasi. Ia menyokong sistem imun badan, dan merupakan baris pertama pertahanan terhadap kanser, dan mencegah sebatian penyebab kanser tertentu daripada terbentuk dalam badan. Vitamin C mengurangkan risiko mendapat hampir semua jenis kanser. Vitamin C ini tidak secara langsung menyerang kanser yang telah berlaku, tetapi ia membantu mengekalkan dan meningkatkan sistem imun, yang membolehkan ia untuk melawan kanser.

VITA E

5) Vita E Complex – bezanya Vitamin E Shaklee dengan Vitamin E yang lain, Vita E Complex ni ada mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C..dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser

nutriferon

6) Nutriferon – mengukuhkan sistem imun kita dalam masa 3 hari. Satu2nya interferon yang semulajadi di dunia. Interferon semulajadi mengandungi poliksakarida ang merangsang dan mengaktifkan immunoglubalin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

Tapi..bukan la saya cakap atau claim yang supplemen Shaklee ni bole menyembuhkan kanser atau menhalang kanser dari terjadi sebab semua itu atas Izin Allah..kita sebagai manusia cuma bole berusaha je kan?dan saya sebagai anak pun, kalau bole nak pilih yang terbaik untuk mak saya.

Selebihnya, hanya Allah je yang tahu..