My Story

Why I Shaklee

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya, selain Shaklee saya ada bisnes lain. Saya ada pusat tuisyen sendiri. Dah lebih 10 tahun pun pusat tuisyen tu beroperasi. Sebelum saya berbisnes dengan Shaklee, waktu siang saya sangat free. Ye la..sebab tuisyen kebiasaannya pada waktu malam. Jadi, waktu siang saya biasanya penuh dengan aktiviti anak-anak dan kerja rumah je.

Tapi kenapa saya pilih untuk berbisnes dengan Shaklee walaupun, saya sendiri dah ada bisnes lain?

  1. Kerana Produk Shaklee

Shaklee menjanjikan yang produknya Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Semulajadi. Dan, yang lagi penting..Halal. Bukan semua supplemen yang berani bagi jaminan macam ni. Saya sendiri sudah amalkan produk Shaklee hampir 4 tahun. InshaAllah, dengan konsultasi yang betul, saya percaya anda juga boleh dapat kesan yang positif dari pemakanan supplemen Shaklee.

2. Kerana Kumpulan Sokongan yang sangat kuat dan akrab

Pada mulanya, saya join Shaklee, bukan untuk tujuan berbisnes. Cuma untuk dapatkan harga ahli untuk saya dan keluarga saja. Tapi, saya mula tertarik bila upline saya juga tekankan tentang pentingnya jaga Hubungan dengan Manusia, Hubungan dengan Allah. Maknanya, bukan saja kami di ajar teknik marketing dan lain-lain untuk bisnes, tapi kami juga ditekankan dengan ilmu-ilmu Islamik.

Mungkin ada yang kata, nak berniaga semua ajaran agama keluar. Tapi, pada saya Hidayah Allah siapa yang tahu..ada orang yang dapat melalui mimpi. mungkin Allah nak beri saya Hidayah melalui bisnes?

3. Kelas dan Majlis yang dianjurkan mesra keluarga.

Haaaa…yang ni pada saya betul2 ohsem..hihihihihi. Semua kelas-kelas Nutrisi, Majlis-majlis yang Shaklee dan kumpulan saya anjurankan semua mesra kanak-kanak dan hihihihihi suami. Kebanyakkan yang join MLM Shaklee ni terdiri dari suri rumahkan..jadi, bila boleh bawa anak ke majlis dan kelas, sangat2 plus point. Takut anak-anak bosan? jangan risau..sebab yang mana kanak-kanak yang da boleh berdikari, playroom mesti ada. Best kan?

 

Itu, belum cerita tentang bonus yang Shaklee tawarkan lagi…Wow wow wow…

Advertisements
ESP Soy Protein, My Story, Omega Guard, Set Diet, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea

Set Diet Shaklee : Day 7..Ada new challenge

Assalamualaikum semua..

Sorry sangat sebab saya janji nak update everyday diet challenge saya. Tapi, laptop ni tetibe buat hal plak..tak bole on berhari-hari..macam mintak yang baru je laptop ni..

Janji tetap janji..saya akan update slow-slow hari-hari yang tertinggal.

Semalam genap seminggu saya berdiet..dan semalam rest day dan cheat day..hehehehe. So, semalam takde exercise..dan makan lebih sikittt je dari biase. Bila da seminggu diet ni, rasa sayang plak nak makan lebih-lebih.

Dari segi diet, saya takde buat jumping jacks ke yang lan semua..saja nak bagi otot rest 1 hari. InsyaAllah, esok saya plan nak buat cardio exercise (jogging untuk 45mins). Doakan saya ye…hehehehe.

Semalam, tengah-tengah saya google healthy menu, saya terjumpa 21 days challenge ni. Menarik plak rasa..jadi, saya share kat sini semoga semua pun join skali.

21 day challenge

Sodas, candy, chocolate, fast food tu da memang saya jauhkan..yang paling mencabar rasanya cakes..huhuhu..nak plak cheese cake..lagi la payah nak say no..hehehehe

White bread pun nmpak gayanya kena lupakan..selama ni malam saya x makan nasi, makan roti je..rupanye kurang betul jugak..hehehe.

It’s ok..sekurang2nya kita belajr ye dak?eche…

Oh ye..walaupun semalam cheat day saya, tapi saya tetap minum ESP 2 kali, Vitalea 2 biji, Omega 2 biji sebelum makan dan SR Vita C 2 biji.

 

My Story, Set Diet

Set Diet Shaklee : Day 2..Jom Puasa

Assalamualaikum semua..

Semalam masuk hari ke dua saya berazam untuk diet..dan kebetulan pulak semalam hari Isnin (16/11/2015). Jadi, saya berpuasa. Bukan sebab nak diet..tapi memang saya nak cuba konsisten puasa Isnin Khamis.

Maknanya, tak ada menu sahur dan lunch sebab hehehehe saya terlepas sahur. Bangun2 je tengah azan.

Sepanjang berpuasa semalam saya cuba juga untuk exercise tapi tak dapat buat banyak..buat jumping jack 10x pun da lembik..hahahaha mengada je kan.

motivational

Dinner

Memandangkan saya mengajar tuisyen waktu malam, jadi biasanya menu berbuka saya simple je sebab kalo makan kenkenyang kang ngantuk pulak nak mengajar. Jadi ni menu saya :

Air kosong

Nasi putih separuh dan kari ayam (menu lunch untuk husband).

Telan Sustained Release Vita C 2 biji.

Lepas kelas, saya sambung exercise yang tertangguh tadi.

20 jumping jacks

5x burpees

10x sit up.

That’s it..harap sangat diet kali ni berjaya..seluar jeans seme tak le pakai da weyyy..huhuhu **nangeh lagi**

 

ESP Soy Protein, My Story, Omega Guard, Set Diet, Vitalea

Set Diet Shaklee : Challenge Accepted..Day 1

Assalamualaikum semua

Macam da tak cukup cabaran dalam hidup..kali ni, saya mencabar diri sendiri plak untuk kurus. Hehehehehe…Lately ni, saya dapat rasa badan macam tak secergas dulu..which is frustrating..dulu boleh pusing 2-3 shopping complex satu hari, sekarang ni nak abeskan satu shopping mall pun rase da lelah. Mungkin sebab faktor umo?tapi..saya salahkan dulu faktor berat badan..hahahaha.

So, bermula semalam (15/11/2015) saya da mula berdiet..i mean secara serius. Sebelum ni pun diet juga tapi diet ala-ala je giteww. Kali ni, memang bertekad. Of kos, dengan bantuan supplemen Shaklee. InsyaAllah setiap hari saya akan update di blog dengan jujur sejujur2nya. Tujuannya, bukan nak berlagak atau poyo. Tapi supaya saya rasa bertanggungjawab sikit. Ye la..sebelum ni asyik culas je, hopefully kali ni boleh berjaya.

Saya mark kat sini..

Tinggi 161cm.

Berat 58kg

berat ideal ikut ketinggian 5okg

berat target 49kg

DM-I-will-fight-for-it

Day 1 – Sunday 15/11/2015

Breakfast

Lepas subuh semalam, saya mula bancuh ESP dan makan murtabak untuk breakfast. (hehehehe…i know kan..on diet tapi da melantak murtabak. Tapi murtabak tu tempting sgt wey..haish..) Jujur kan?

Selepas breakfast, dengan langkah berat saya melangkah untuk exercise.

20 Jumping jack, 10 crunches.

Niat dihati nak sambung buat squats dan push up..tapi mengah wey..ok..stop dulu exercise, kang sambung..hehehehe

Sebelum lunch, saya telan Vitalea 2 biji dengan air kosong. Vitalea ni multivitamin Shaklee. Walaupun berdiet, saya nak make sure badan saya dapat khasiat yang secukupnya. Aim saya bukan saja nak kurus tapi nak kurus dengan sihat.

Lunch

Sebelum lunch, saya telan dulu Omega Guard 2 biji. Kat rumah ni, memang stok Omega Guard ada sentiasa sebab anak saya eczema plus Omega ni elok untuk otak.

Lepas telan Omega, untuk lunch saya makan laksam..sebungkus laksam tu share dengan husband dan anak saya. Kiranya saya makan ulam-ulam dia je..ok ngan 2 potong laksam. Minum dengan air kosong.

Bila nak berdiet, satu tips yg saya baca, banyakkan minum air kosong. Sebab air kosong ni bole naikkan kadar metabolism kita.

Dinner

Petang semalam, husband ajak keluar jalan-jalan g shopping mall. Seronoknyeeeee….boleh cuci2 mata. hehehehehe..tapi, godaan betul orang tgh nak berdiet ni..sorang anak mintak kepci..sorang pulak nak makan nasi beriani. Huish..

Akhirnya, suami pilih makan di kedai makan masakan melayu. Jadi, saya dan anak share bihun goreng dan air milo ais.

Supper

Eh..ada supper? lapa jugak sebenarnye..hehehehe tapi teringat hari ni da makan murtabak kan, jadi sebelum tido saya minum air kosong je dan makan roti bakar lebihan anak saya.

Oooppss..saya sambung juga buat side plank exercise 10 sec dan 10 sit up.

Boleh la untuk first day..ye dak?(nak sedapkan hati)

 

 

 

My Story

My Story : Need..Vacation..DESPERATELY

Assalamualaikum semua,

Sejak 2 menjak ni..saya dapat rasa emosi saya agak tak tak stabil..mungkinkah faktor umur? Tapi rasa muda lagi..hahahaha perasan je..rasa letih hati dan akal..rasa nak lari jao je..

AHA..JOM BERCUTI

Jadi, setelah difikir2..ditimbang2..mungkin juga da sampai masa untuk saya cuba kenali negara orang..cuba pelajari budaya dan adab orang lain. Dengan harapan, fikiran dan pandangan saya tentang kehidupan akan lebih luas..

Dramatik je bunyikan? Nampak tak kacau bilaunye emosi?hahahahaha

After all, mesti ada sebab orang kata ‘Hujan Batu di tempat sendiri, Hujan Emas di Tempat Orang..Lebih Baik Tempat Sendiri’. Kan?

Ni short list tempat yang saya nak lawati..

  1. Korea

Best jugak kalau dapat fefeeling cite korea kan?

 

seoul

 

2. Hong Kong

Disneyland!! Macam mak je yang over kan?

hong kong

3. Australia

Plus point, mudah nak komunikasi compare 2 di atas..pandai sangat sampai bole sembang kencang tu idok la tapi bole la setakat “How much?” “Why so expensive..” hahahahaha

Australia8

Sekarang ni..masih berbelah bahagi mana nak pegi..masih menimbang2 kos untuk 2 dewasa 2 kanak2..InshaAllah, bila da ada keputusan yang pasti,saya akan kongsikan yerp?