Uncategorized

Khasiat kolagen untuk badan kita

Assalamualaikum semua

Apa itu kolagen?

Kolagen merupakan salah satu protein dalam badan kita. Kolagen kebanyakkannya digunakan untuk kulit, otot, tulang, urat saraf, tendon, organ secara keseluruhan, rambut dan juga sendi.

As we aged, kolagen dalam tubuh kita akan slowly berkurangan.  Bila kolagen dalam badan kita berkurangan, kita akan mula nampak tanda-tanda seperti garis-garis halus, pandangan kabur, rambut kering dan bercabang. Gaya hidup kita seperti mengamalkan diet in high sugar, merokok dan sentiasa terdedah pada sinaran matahari boleh mengakibatkan paras kolagen dalam badan kita makin menurun.

 

Jadi, kenapa kolagen perlu untuk badan kita?

  1. Membantu kesihatan kulit dan rambut
  2. Mengurangkan sakit-sakit sendi
  3. Membantu menguatkan tulang dan gigi
  4. Menyokong sistem usus yang sihat
  5. Membantu mengurangkan selulit
  6. Membantu untuk detox

Nasib baik ada Collagen Powder Shaklee..hihihihi.

Sebab khasiat Collagen Powder Shaklee bukan hanya untuk kulit muka tapi juga untuk satu badan kita tuuu…wow wow wow kan.

 

 

Advertisements
Breastfeeding, Uncategorized

9 tips untuk banyakkan susu ibu

Assalamualaikum semua..

Kebelakangan ni, ramai yang mesej saya bertanyakan supplement untuk boost milk supply, ada juga yang bertanyakan tips. Bukan la nak kata saya pakar. Tapi, cuma berkongsi info yang saya tau.

Alrite..hari ni, saya nak share 12 tips untuk boost milk supply

  1. Adakan sesi perahan yang konsisten setiap hari

Kalau boleh, pam susu di tempat dan waktu yang sama setiap hari. Secara tidak langsung, badan kita akan mula hasilkan banyak susu.

2. Urut dada sebelum pam.

Urutan yang simple boleh membantu merangsang milk gland dan melembutkan tisu.

3. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah minum air dengan secukupnya. Ibu yang menyusukan anak perlu pastikan pengambilan makanan hariannya semua zat lengkap yang diperlukan oleh anak yang menyusu dan ibu yang menyusukan. Disini, pengambilan supplemen sangat membantu. Pengambilan makanan yang seimbang yang penuh dengan zat yang diperlukan bukan saja membantu ibu kekal sihat tapi juga memastikan susu ibu lebih berkualiti.

4. Fikir positif dan jangan stress

Enjoy the moment..relax. Cuba elakkan dari fikir perkara yang negatif.

5. Pam di waktu pagi

Badan kita akan simpan susu sepanjang malam. Jadi, waktu pagi adalah masa terbaik untuk kita pam susu. Make it a priority.

6. Pam walaupun selepas menyusu

Walaupun dada kita tidak menunjukkan rasa berat atau penuh dengan susu, teruskan perahan agar susu terus terhasil.

7. Pam sambil menyusukan anak kita

Umpama kita ada anak kembar. Kita dengan secara tak langsung ‘beritahu’ badan kita untuk hasilkan lebih susu. Plus, boleh menjimatkan masa.

8. Kekerapan penyusuan & pam

Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu. Penghasilan susu berdasarkan demand and supply. Bila kita menyusu & pam dengan lebih kerap secara tak langsung beritahu badan kita untuk hasilkan lebih susu.

9. Doa dengan istiqamah

Rezeki menyusu ni datang dari Allah. Jadi, perbanyakkan doa supaya Allah terus beri rezeki pada anak kita.

Jadi, ini secara ringkas apa yang boleh kita praktikkan untuk kita increase milk supply. All the best ye..

 

Uncategorized

Landmark Study Shaklee

Assalamualaikum semua..

Pernah dgr tak Landmark Study Shaklee? Rasanye, selalu org sebut2..tapi nak tau tak apa itu sebenarnye landmark study Shaklee?

Landmark study ni mcm Landmark utk sesuatu tempat. Eiffel Tower untuk Paris, KLCC untuk Malaysia. Jadi, Landmark Study ni umpama penanda aras bidang tersebut dimana semua orang dalam bidang tu boleh guna/rujuk.
.
Landmark study ni hanya boleh dilakukan oleh pihak ke 3. Org yg tak de kepentingan langsung dlm Shaklee. Org yang bertanggungjawab dalam Landmark Study Shaklee ni ialah Dr. Gladys Block dari University of California, Berkeley. Dr Block ni adalah orang yg mencipta piramid makanan & dia sangat risau tentag supplemen ni. Sebab dalam 2004, bisnes supplemen jadi macam trend kat US. Semua nak jual supplemen. Semua cakap makan supplemen untuk menjamin kesihatan, makan multivitamin bolen bertambah sihat.

😊 Semuanya kerana pada tahun 2002 ada satu Landmark Study ni bertajuk ‘Vitamins for Chronic Disease Prevention in Adults: Scientific Review’ dijalankan oleh 2 orang dari Harvard Medical School. Result Landmark study ni sangat positif tapi Dr Block rasa tak puas hati dengan jurnal tu sebab :
1️⃣tajuk pun ‘Review’. Dr Block cakap mereka hanya kumpul data dari jurnal2 sebelum tu, kemudian buat kesimpulan yang vitamin bagus untuk orang dewasa.

2️⃣belum terbukti data2 yg diambil dari jurnal2 sebelum tu bagus & mengikut piawaian research.

3️⃣landmark study tahun 2002 tu tidak menyatakan brand vitamin. Jadi, syarikat2 di US ambil kesempatan untuk guna sebagai alat marketing produk mereka.

Jadi, Dr Block awal2 memang dah skeptikal dengan pengambilan supplemen sebab dia orang yang promote makanan berkhasiat utk kesihatan.

Sejak Tahun 2004, Roger Bennet dah komited & sgt yakin dgn produk Shaklee, selepas anak dia yang sakit, sembuh sebab makan supplemen Shaklee. Disebabkan dengan rasa yakin tu, Roger Bennet tahu hanya dengan kajian saintifik je orang ramai akan bertambah yakin dengan Shaklee. Bila Dr. Block dapat tahu niat Roger Bennet, Dr. Block approch Shaklee untuk buat satu Landmark Study.

Roger Bennet bagi full control pada Dr Block utk buat kajian tentang produk Shaklee. Bukan setakat full control je. Roger Bennet siap suruh Dr Block publish result kajian Dr Block dalam jurnal peer review sebab Roger Bennet tau pentingnya orang lain check kajian Dr Block supaya tiada kesilapan & utk mengukuhkan lagi result Dr. Block.

Shaklee yang sudha bertapak selama 50 tahun bakal menerima nasib secara bertulis samada vitamin shaklee ni betul2 bagus ataupun tak. Dan Shaklee kena terima je kenyataan sebab semua result akan di publish. Jadi, ni misi HIDUP & MATI untuk Shaklee time tu.
😊

Kajian Dr Block bermula ke atas 3 jenis golongan.
1) kumpulan pertama : golongan pengamal multivitamin tegar Shaklee

2) kumpulan kedua : golongan pengamal multivitamin dari brand lain.

3) kumpulan ke3 : golongan yang langsung tidak makan multivitamin.

Dan keputusannya? 😉

✅Dr Block mengiktiraf hanya Shaklee yg layak kerana kualiti dan juga kajian klinikal yang dilakukan ke atas supplemen Shaklee.

✅keputusan menunjukkan darah pengamal Shaklee yg paling banyak mengandungi vitamin sebab Shaklee dari sumber semulajadi.

✅Dr Block menyatakan kajian ini tidak menunjukkan org yg makan supplemen Shaklee akan dijamin takkan kena penyakit kronik, cuma risiko terkena penyakit kronik dpt dikurangkan.

✅paling best, Shaklee satu2nya syarikat supplemen yg berani buat Landmark Study ni.

Lepas Landmark Study ni, Shaklee meletop gile2 😊. Haaa….best kan. Jadi jangan risau. Sebab InshaAllah supplemen Shaklee sentiasa selamat, berkesan & mesra alam.

 

Sustained Release Vita C Plus, Uncategorized, Vita E Complex, Vivix

Kenapa Antioksidan penting untuk kita

Assalamualaikum semua..

Kita biasa dengar orang cakap pasal antioksidan ni kan. Tapi, apa sebenarnya anti oksidan & kenapa ianya penting untuk tubuh badan kita?

Di saat uolls tengah baca post ni, sel-sel dalam badan kita sebenarnya tengah ‘berperang’ dengan berjuta radikal bebas, yang mungkin boleh menyebabkan kesan negatif pada badan kita. Dan seperti mana-mana ‘peperangan’, ada pihak baik dan pihak jahat. Tapi, apa pihak jahat & baik tu? Apa yang dua-dua pihak ni buat? Dan, yang paling penting, macam mana kita nak protect badan kita dalam ‘peperangan’ ni?

Apa itu RADIKAL BEBAS?

                                                                           gambar dari mr.google

Radikal bebas ni sebenarnya MOLEKUL YANG KEHILANGAN ELEKTRON PENTING. Kehilangan elektron ini menyebabkan molekul ini TIDAK STABIL & SANGAT MERBAHAYA. Radikal bebas ni perlukan elektron yang dah hilang ni untuk survive dan cuba teka kat mana radikal bebas ni dapatkan elektron utk jadi stabil? Ye.. radikal bebas ni akan ‘curi’ elektron yang ada pada sel dalam badan kita untuk radikal bebas ni jadi stabil. Bila sel badan kita kurang elektron, sel badan kita pula akan ‘curi’ elektron dari sel badan yang lain. Jadi, macam satu rantaian/chain kan. Itu baru satu, bayangkan kalau berjuta radikal bebas yang masuk dalam badan kita?

Apa yang menyebabkan RADIKAL BEBAS ni?

Banyak faktor yang contribute kepada radikal bebas ni. Seperti :

  • Asap rokok
  • Stress
  • Pencemaran
  • Sinaran uV
  • Poor Nutrition
  • Amalan pemakanan yang buruk

Apa jadi bila terlalu banyak Radikal Bebas ni dalam badan kita?

Bila terlalu banyak radikal bebas dalam badan kita, ia akan mengganggu fungsi sel badan kita & dan menjadikan sel badan kita TAK NORMAL. Antara kesan yang kita bole nampak:

  • sel-sel berumur pendek – tua sebelum waktu, bintik-bintik penuaan.
  • sistem pertahanan tubuh menurun – kita jadi lemah & mudah sakit
  • reaksi abnormal dari sel, menyebabkan timbul sel-sel baru – tumor, kanser

Yeayyy.. ANTIOKSIDAN

Apa fungsi ANTIOKSIDAN?

Antioksidan ni berfungsi meneutralkan radikal bebas dengan ‘mendermakan’ satu elektron pada radikal bebas ni supaya ianya stabil. Antioksidan ni dah memang sedia stabil samada dia dermakan atau tak elektron tu. Bagus tak?

Kajian menunjukkan dengan makan makanan yang tinggi antioksidan, boleh :

  • mengurangkan risiko penyakit kanser
  • mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi
  • mengurangkan kesan penuaan
  • banyak lagi….

Luckily, terdapat banyak sumber makanan yang tinggi antioksidan seperti strawberry, blueberry, epal hijau, boleh google je sebab banyak.

Tapi..

Saya juga pilih supplemen Shaklee sebagai MAKANAN TAMBAHAN. Bukan pengganti makanan ye, cuma top up je mana yang tak cukup. Kenapa? Sebab..saya tahu sayur , buah-buahan yang saya beli bukan yang organik. Jadi saya tak tauberapa kandungan vitamin yang ada dalam sayur2 & buah2 tu. *wink*

  1. VIVIX

Kaya dengan resveraterol & tinggi antioksidan

2. Vitamin ACE (beta carotene, vitamin C & vitamin E)

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin ACE ni bersama-sama untuk menggandakan kesan antioksidan bagi melawan radikal bebas.

That’s all guys..untuk sebarang pertanyaan lajut, boleh wa saya ye..

 

 

 

Uncategorized

Kenali Shaklee dan Dr. Forrest C Shaklee

Assalamualaikum semua..terutama untuk keluarga saya di Apple Green Group.

Selalu kita baca tentang produk dan supplemen Shaklee kan? Kali ni, apakata kita bercerita pula tentang sejarah Shaklee. **Yawnnnnn…*** hehehehe. Sebut je sejarah, semua da mengantuk. Tapi, elok la kita baca dan faham pasal Shaklee ni. Dan…saya akan cuba cerita ringkas-ringkas je. hihihihihihi.

dr-shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee ni adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956. ketika tu, beliau berusia 61 tahun. Dan pada ketika beliau berusia 80 an, Shaklee telah menjadi sebuah syarikat Fortune 500.

Minat Dr. Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit kanak-kanaknya, batuk kering. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar Iowa. Hidup berharmoni dengan alam semulajadi menjadi satu cara hidup beliau.

Beliau sentiasa percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan dan kesejahteraan. Sentiasa mencuba, Dr. Shaklee membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. Pada tahun 1915, Vitalea atau sebelum ni dikenali sebagai “Vitalized Mineral” telah diperkenalkan disaat dunia belum lagi faham tentang konsep vitamin sepenuhnya, sekaligus menjadikan “Vitalized Mineral” sebagai multivitamin pertama didunia.

vitalized minerals

Bersama-sama anak beliau Forrest Jr dan Raleigh, Dr. Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation dengan menekankan konsep pemakanan untuk mencegah dan konsep hidup yang positif. Keluarga Shaklee menubuhkan syarikat bukan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak tapi lebih kepada membantu orang untuk hidup dengan lebih sihat.

Perbezaan produk Shaklee telah menjadikan syarikat ini jauh dihadapan. Nak tau tak perbezaannya?

  1. Dr. Shaklee mahu pastikan setiap produk shaklee menjadi yang terbaik & memenuhi keperluan sebenar. Bukan setakat diletak di atas rak.
  2. Beliau akan consult setiap pesakitnya sendiri sebab beliau tahu perbualan secara peribadi adalah cara terbaik menerangkan faedah kesihatan melalui pencegahan. Kata Dr. Shaklee ” Kita akan mengajar beberapa perkara dan mereka akan mengajar orang lain untuk mengajar orang lain untuk mengajar orang lain”. Jadi, orang-orang Shaklee melakukan dengan cara bercakap, consult dengan ramai orang. Mereka bercerita, orang mendengar dan memberitahu orang lain. Walaupun tanpa ‘jurujual’ formal, mesej Shaklee tersebar luas. Pasukan bapa & anak ni, telah mencipta beratus ribu gerakan akar umbi dan syarikat kini bernilai US$500juta.
  3. Inovasi Dr. Shaklee tidak berakhir dengan makanan. Beliau mengamalkan ‘Hidup berharmoni dengan alam’ dalam penjagaan rumah, mencipta pembersih biodegrasi selama berdekad-dekad sebelum keselamatan alam sekitar menjadi satu kebimbangan. Beliau mempelopori penemuan baru dalam pemakanan yang menjadi arus perdana pada tahun-tahun kemudian.

basic h dulu

Love, Fara 017.347.1218