Detox

Detoks untuk hidup sihat

Assalamualaikum semua..

Sana sini orang cerita tentang detoks kan? Tapi, apakah maksud sebenar di sebalik perkataan Detoks ni? Bayangkan detoksifikasi ni sebagai proses membersihkan tubuh agar kita tampak & rasa lebih hebat. Bila kita mendetoks sebenarnya kita membuang racun dan kesemua yang tidak baik dari sistem tubuh badan kita.

Toksin terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum malah ia terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan tubuh badan manusia.

Tubuh Badan Melakukan Detoksifikasi Setiap Masa

Biarpun dalam keadaan normal & sihat, tubuh kita akan terus mendetoks semua organ yang terdedah dengan toksin agar ianya kekal bersih. Tubuh badan kita boleh mendetoks dengan sendirinya. Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon),
buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kita sihat.

  • Paru-paru – membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah kita.
  • Sistem Limpa – beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen,
    sel darah mati dan toksin-toksin yang lain dari tubuh kita. Malah kulit kita juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.
  • Buah pinggang – membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan
    dari tubuh kita melalui pundi kencing.
  • Sistem penghadaman – meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa
    jenis penyakit yang lain yang mungkin kita tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa
    dari tubuh kita setiap kali kita melakukan proses pembuangan.

Jadi, jika badan kita boleh ‘bersihkan’ badan sendiri, kenapa kita perlu risau tentang detoks?

Di dunia yang serba moden ni, badan kita sering terdedah pada toksin dan bila badan kita selalu terdedah pada toksin,boleh ‘overpower’ organ detoks  kita. Dengan sedikit nutrisi boleh menjadikan organ kita bertambah kuat. Kita kan rasa lebih bertenaga, lebih fokus dan banyak lagi.

Advertisements
Breastfeeding, Uncategorized

9 tips untuk banyakkan susu ibu

Assalamualaikum semua..

Kebelakangan ni, ramai yang mesej saya bertanyakan supplement untuk boost milk supply, ada juga yang bertanyakan tips. Bukan la nak kata saya pakar. Tapi, cuma berkongsi info yang saya tau.

Alrite..hari ni, saya nak share 12 tips untuk boost milk supply

  1. Adakan sesi perahan yang konsisten setiap hari

Kalau boleh, pam susu di tempat dan waktu yang sama setiap hari. Secara tidak langsung, badan kita akan mula hasilkan banyak susu.

2. Urut dada sebelum pam.

Urutan yang simple boleh membantu merangsang milk gland dan melembutkan tisu.

3. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah minum air dengan secukupnya. Ibu yang menyusukan anak perlu pastikan pengambilan makanan hariannya semua zat lengkap yang diperlukan oleh anak yang menyusu dan ibu yang menyusukan. Disini, pengambilan supplemen sangat membantu. Pengambilan makanan yang seimbang yang penuh dengan zat yang diperlukan bukan saja membantu ibu kekal sihat tapi juga memastikan susu ibu lebih berkualiti.

4. Fikir positif dan jangan stress

Enjoy the moment..relax. Cuba elakkan dari fikir perkara yang negatif.

5. Pam di waktu pagi

Badan kita akan simpan susu sepanjang malam. Jadi, waktu pagi adalah masa terbaik untuk kita pam susu. Make it a priority.

6. Pam walaupun selepas menyusu

Walaupun dada kita tidak menunjukkan rasa berat atau penuh dengan susu, teruskan perahan agar susu terus terhasil.

7. Pam sambil menyusukan anak kita

Umpama kita ada anak kembar. Kita dengan secara tak langsung ‘beritahu’ badan kita untuk hasilkan lebih susu. Plus, boleh menjimatkan masa.

8. Kekerapan penyusuan & pam

Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu. Penghasilan susu berdasarkan demand and supply. Bila kita menyusu & pam dengan lebih kerap secara tak langsung beritahu badan kita untuk hasilkan lebih susu.

9. Doa dengan istiqamah

Rezeki menyusu ni datang dari Allah. Jadi, perbanyakkan doa supaya Allah terus beri rezeki pada anak kita.

Jadi, ini secara ringkas apa yang boleh kita praktikkan untuk kita increase milk supply. All the best ye..

 

Eczema

Apa yang menyebabkan atau ‘triggers’ Eczema?

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..Sabtu lepas, Group Euphoria di bawah Master Norita & Master Naquib ada anjurkan kelas Health Care Sharing : Understanding Eczema & Psoriasis oleh Dr. Anya Tay. Memang best sangat..banyak benda yang kami belajar. Ilmu-ilmu ni InsyaAllah, boleh kami praktikkan masa consult customer nanti.

Ok..sebelum discuss lebih lanjut, kita kena faham dulu apa yang boleh menyebabkan atau triggers Eczema ni kat kita atau anak-anak kita.

  1. Genetic – ada family yang ada history ahli keluarga yang mengidap Eczema, Asthma atau Allergies.
  2. Food intolerances – produk tenusu, gandum, kacang tanah, telur, makanan laut.
  3. Dry skin – kulit kering juga boleh menyebabkan Eczema
  4. Irritants – hand & dish soap, detergents, shampoo, body wash, surface cleaners, disinfectants, chlorine in water, perfume, wool clothing, synthetic fibers.
  5. Hot /Cold temperature & sweating – perubahan suhu dengan mendadak boleh menyebabkan Eczema. sebagai contoh, dari cuaca panas terus masuk bilik sejuk. Atau dari bilik sejuk terus keluar ke ruang panas.
  6. Allergens – Pollens, dust mites, bulu kucing, anjing, patung bulu-bulu.
  7. Stress
  8. Refined Sugar & Saturated fats – gula putih dan makanan lemak tepu boleh meningkatkan kerosakan sel dan keradangan.
  9. Infection – jika terdapat jangkitan kuman, perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan krim antibiotik dulu.

Nak info lebih lagi tentang Eczema? Nantikan post seterusnya ye. Kalau nak tanya, makanan tambahan yang sesuai untuk kurangkan Eczema, boleh whatsapp saya.

 

ESP Soy Protein, Performance Drink

Benarkah berpuasa boleh membuatkan susu merundum?

Assalamualaikum semua

Masa saya baru lahirkan anak ke dua saya, ini yang selalu saya risau. Rasanya, bukan setakat bulan puasa je. Tapi sepanjang masa sebab saya tak dapat menyusukan anak sulung saya lama. Jadi, saya takutttt sangat jadi benda sama pada anak kedua saya.

Alhamdulillah..Allah beri rezeki untuk Iman. Dapat saya menyusukan anak saya cukup 2 tahun.

Betul ke bila berpuasa susu akan merundum?

Sebenarnya, kalau kita jaga pemakanan dan minum cukup 3 L air, InsyaAllah anak kita masih dapat menyusu seperti biasa. Yang penting, minum air secukupnya. Air kosong ye..bukan air manis. Kadang-kadang bila bulan puasa, kita mudah terlupa nak minum air kosong. Kadang-kadang minum segelas je. Tak cukup..

Pada saya, Performance Drink Shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu ketika berpuasa. Bila berpuasa, boleh rasa tahap kulit nak merekah tahap dahaga tu. Bukan lah kata, dengan minum PD ni tak haus langsung tapi, InshaAllah bearable sebab elektrolit yang ada dalam minuman PD ni boleh buat kita bertahan lama sikit. Plus, PD ni boleh membantu badan kita kekal hydrate.

Selain itu, saya akan cadangkan juga minuman berprotein Shaklee ni. ESP boleh menbantu memberi tenaga berterusan. Disebabkan GI ESP ni lebih rendah dari nasi, jadi kita tak akan rasa cepat lapar. Kan best, masih bertenaga walaupun berpuasa. Ibadah pun boleh dilakukan dengan hati senang. tak ada lah asyik melepek je kan..hihihihi

Ok..cukup..minum air secukupnya dan jaga pemakanan kita.

Jangan lupa untuk sentiasa berfikiran positif. Kesilapan saya masa menyusu anak sulung ialah saya terlalu percaya cakap orang. Ye la..anak pertama. Tambahan pula, anak saya lahir tak cukup bulan. Jadi, tak ada masa nak prepare. Tetiba, baby da nak keluar..hihihihi. Jadi, berfikiran positif. Jangan stress2. Dan sentiasa berdoa pada Allah semoga Dia murahkan rezeki anak kita. Rezeki datang dariNya kan..jadi kena lah istiqamah meminta.

Salam sayang dari saya..

 

Carotomax, ESP Soy Protein, Garlic, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

3 peringkat pertahanan tubuh.

Assalamualaikum semua..

Tahukah anda ada 3 peringkat pertahanan dalam sistem imun kita. Apa yang membentuk imun badan kita ni bukan satu entiti tunggal, tapi satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh badan kita. Jadi, amat lah penting untuk kita jaga ketiga-tiga peringkat pertahanan tubuh kita ni agar badan kita kuat dan sihat.

Bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja?

Tahap Pertama

Peringkat pertama adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang kuman daripada memasuki badan kita.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Protein, Vitamin & Mineral, Omega 3

Omega 3 terbukti dapat membantu mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.

Vitamin & Mineral membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

 

Tahap Kedua

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, kuman akan jumpa pelbagai sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita. Isyarat imun ni di panggil Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi badan kita dari serangan kuman.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Vitamin C, Bawang Putih, Karotenoid, Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun.

Vitamin C adalah ‘otot’ sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap & memusnahkan kuman.

Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun secara semulajadi meningkatkan tahap interferon & menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

 

Tahap Ketiga

Pertahanan tahap ketiga ni bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan yang paling hebat badan kita boleh mengingati jenis kuman itu. Jika kuman ni menyerang badan kita lagi, sistem pertahanan badan kita akan bertindak sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakkan yang serius pada sel-sel badan kita. untuk pulih dengan sendiri, badan kita perlukan Resveratrol dan Polifenol untuk memulihkan sel dengan lebih cepat.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Resveratrol dan Polifenol

Resveratrol dan Polifenol meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki & melindungi sel-sel DNA.