ESP Soy Protein, Performance Drink

Benarkah berpuasa boleh membuatkan susu merundum?

Assalamualaikum semua

Masa saya baru lahirkan anak ke dua saya, ini yang selalu saya risau. Rasanya, bukan setakat bulan puasa je. Tapi sepanjang masa sebab saya tak dapat menyusukan anak sulung saya lama. Jadi, saya takutttt sangat jadi benda sama pada anak kedua saya.

Alhamdulillah..Allah beri rezeki untuk Iman. Dapat saya menyusukan anak saya cukup 2 tahun.

Betul ke bila berpuasa susu akan merundum?

Sebenarnya, kalau kita jaga pemakanan dan minum cukup 3 L air, InsyaAllah anak kita masih dapat menyusu seperti biasa. Yang penting, minum air secukupnya. Air kosong ye..bukan air manis. Kadang-kadang bila bulan puasa, kita mudah terlupa nak minum air kosong. Kadang-kadang minum segelas je. Tak cukup..

Pada saya, Performance Drink Shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu ketika berpuasa. Bila berpuasa, boleh rasa tahap kulit nak merekah tahap dahaga tu. Bukan lah kata, dengan minum PD ni tak haus langsung tapi, InshaAllah bearable sebab elektrolit yang ada dalam minuman PD ni boleh buat kita bertahan lama sikit. Plus, PD ni boleh membantu badan kita kekal hydrate.

Selain itu, saya akan cadangkan juga minuman berprotein Shaklee ni. ESP boleh menbantu memberi tenaga berterusan. Disebabkan GI ESP ni lebih rendah dari nasi, jadi kita tak akan rasa cepat lapar. Kan best, masih bertenaga walaupun berpuasa. Ibadah pun boleh dilakukan dengan hati senang. tak ada lah asyik melepek je kan..hihihihi

Ok..cukup..minum air secukupnya dan jaga pemakanan kita.

Jangan lupa untuk sentiasa berfikiran positif. Kesilapan saya masa menyusu anak sulung ialah saya terlalu percaya cakap orang. Ye la..anak pertama. Tambahan pula, anak saya lahir tak cukup bulan. Jadi, tak ada masa nak prepare. Tetiba, baby da nak keluar..hihihihi. Jadi, berfikiran positif. Jangan stress2. Dan sentiasa berdoa pada Allah semoga Dia murahkan rezeki anak kita. Rezeki datang dariNya kan..jadi kena lah istiqamah meminta.

Salam sayang dari saya..

 

Advertisements
Kanser, Mealshakes, Peppermint-Ginger Plus

Dugaan kali 2 : Kanser kembali menyerang

Assalamualaikum semua..

Awal puasa baru2 ni, mak saya di diagnose menghidap penyakit kanser paru-paru.

Ujian yang berat untuk kami sekeluarga..tapi InsyaAllah, kami cuba take one day at a time.

Antara perubahan yang paling ketara pada mak saya ialah tak ada selera makan. Kadang2, dalam satu hari tu, mak saya hanya makan cornflakes je untuk breakfast. Lepas tu, satu hari tak makan apa dah. Berat badan mak saya turun dengan mendadak. Dari 80kg masa awal tahun, turun jadi 65kg pada bulan 6 baru ni.

Semua pun tahu, bila tak ada selera makan, badan kita pun jadi lemah sebab tak ada tenaga. Jadi, hari-hari mak saya banyak dihabiskan dengan tidur dan baring atas katil je. Sebagai anak, memang rasa susah hati sangat. Saya cuba juga bagi mak saya makan supplemen Shaklee. Tapi, supplemen yang berbentuk pil semuanya dimuntahkan balik.

Jadi, hari ni, saya nak share supplemen yang mak saya makan sepanjang dia di sahkan menghidap penyakit ini. DAN supplemen-supplemen ni, semua da dah ditunjukkan pada doktor serta dietician dan dah dapat approval dari mereka.

  1. Mealshakes

meal-shakes

Memandangkan mak saya hampir-hampir kena thyroid, jadi ESP bukan pilihan. Mealshakes lah yang saya cadangkan dan tunjukkan pada doktor. Selepas baca ingredient Mealshakes, doktor dan dietician terus galakkan mak saya minum Mealshakes. Sampaikan di suruh minum 3-4 kali sehari.

Antara khasiat Mealshakes :

  • Nutrisi Lengkap – menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh badan.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Anti oksida – mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Jadi, jangan risau sebab Mealshakes ni bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, malahan orang dewasa pun boleh minum Mealshakes. InsyaAllah, jika diminum dengan konsisten, Mealshakes boleh membantu menaikkan selera makan mak saya.

2. Peppermint Ginger Plus

peppermint-ginger-plus

Bila mak saya kurang makan, antara yang paling saya risau ialah gastrik. Jadi, Peppermint Ginger Plus yang saya tunjukkan pada doktor dan dietician. Tambahan pula, Peppermint Ginger Plus ni boleh membantu mencegah masalah loya mak saya bila kena kimo nanti.

Kombinasi 4 ramuan: daun pudina, halia, adas dan cekur manis ni memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah :

  • Pudina – Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul akibat rawatan kimo. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

 

  • Halia – Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Ada satu kajian di UK menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan ke atas pesakit wanita. Penyelidik Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti¬†merawat mabuk laut.

 

  • Pokok Adas (fennel) – Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. ia melegakan sakit perut, melegakan gejala selsema juga membantu dalam mengatasi masalah elergi pada saluran usus.

 

  • Cekur Manis (anise) – Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan gejala sakit haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, memberikan peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

 

Walaupun Peppermint Ginger Plus ni berbentuk pil, tapi pil ni boleh dilarutkan dalam air panas dan dijadikan minuman teh herba untuk mak saya minum.

Sebenarnya, ada banyak lagi supplemen yang bukan berbentuk pil untuk mak saya makan/minum. Ada Vivix, Nutriferon. Tapi, hanya 2 supplemen ni je yang sempat saya tunjukkan pada doktor dan dietician hari tu. InsyaAllah, next appointment saya akan tunjukkan lagi 2 supplemen ni.

Have a great day !

Love,

Fara | 017.347.1218