ESP Soy Protein, Performance Drink

Benarkah berpuasa boleh membuatkan susu merundum?

Assalamualaikum semua

Masa saya baru lahirkan anak ke dua saya, ini yang selalu saya risau. Rasanya, bukan setakat bulan puasa je. Tapi sepanjang masa sebab saya tak dapat menyusukan anak sulung saya lama. Jadi, saya takutttt sangat jadi benda sama pada anak kedua saya.

Alhamdulillah..Allah beri rezeki untuk Iman. Dapat saya menyusukan anak saya cukup 2 tahun.

Betul ke bila berpuasa susu akan merundum?

Sebenarnya, kalau kita jaga pemakanan dan minum cukup 3 L air, InsyaAllah anak kita masih dapat menyusu seperti biasa. Yang penting, minum air secukupnya. Air kosong ye..bukan air manis. Kadang-kadang bila bulan puasa, kita mudah terlupa nak minum air kosong. Kadang-kadang minum segelas je. Tak cukup..

Pada saya, Performance Drink Shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu ketika berpuasa. Bila berpuasa, boleh rasa tahap kulit nak merekah tahap dahaga tu. Bukan lah kata, dengan minum PD ni tak haus langsung tapi, InshaAllah bearable sebab elektrolit yang ada dalam minuman PD ni boleh buat kita bertahan lama sikit. Plus, PD ni boleh membantu badan kita kekal hydrate.

Selain itu, saya akan cadangkan juga minuman berprotein Shaklee ni. ESP boleh menbantu memberi tenaga berterusan. Disebabkan GI ESP ni lebih rendah dari nasi, jadi kita tak akan rasa cepat lapar. Kan best, masih bertenaga walaupun berpuasa. Ibadah pun boleh dilakukan dengan hati senang. tak ada lah asyik melepek je kan..hihihihi

Ok..cukup..minum air secukupnya dan jaga pemakanan kita.

Jangan lupa untuk sentiasa berfikiran positif. Kesilapan saya masa menyusu anak sulung ialah saya terlalu percaya cakap orang. Ye la..anak pertama. Tambahan pula, anak saya lahir tak cukup bulan. Jadi, tak ada masa nak prepare. Tetiba, baby da nak keluar..hihihihi. Jadi, berfikiran positif. Jangan stress2. Dan sentiasa berdoa pada Allah semoga Dia murahkan rezeki anak kita. Rezeki datang dariNya kan..jadi kena lah istiqamah meminta.

Salam sayang dari saya..

 

Carotomax, ESP Soy Protein, Garlic, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea, Vivix

3 peringkat pertahanan tubuh.

Assalamualaikum semua..

Tahukah anda ada 3 peringkat pertahanan dalam sistem imun kita. Apa yang membentuk imun badan kita ni bukan satu entiti tunggal, tapi satu sistem organ, sel dan tisu yang ada di seluruh tubuh badan kita. Jadi, amat lah penting untuk kita jaga ketiga-tiga peringkat pertahanan tubuh kita ni agar badan kita kuat dan sihat.

Bagaimana 3 tahap perlindungan imun bekerja?

Tahap Pertama

Peringkat pertama adalah kulit, mukus, air mata, air liur, peluh dan asid perut kita yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang kuman daripada memasuki badan kita.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Protein, Vitamin & Mineral, Omega 3

Omega 3 terbukti dapat membantu mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.

Vitamin & Mineral membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun.

Protein menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan.

 

Tahap Kedua

Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, kuman akan jumpa pelbagai sel-sel imun, termasuk sel darah putih dan sel-sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan badan kita. Isyarat imun ni di panggil Interferon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindakbalas imun untuk melindungi badan kita dari serangan kuman.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Vitamin C, Bawang Putih, Karotenoid, Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun.

Vitamin C adalah ‘otot’ sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap & memusnahkan kuman.

Karotenoid meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan kegiatan sel darah putih.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang kuat dan berupaya meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Biji labu, biji plantago, bunga safflower, Honeysuckle Jepun secara semulajadi meningkatkan tahap interferon & menyediakan sokongan imun pada peringkat sel.

 

Tahap Ketiga

Pertahanan tahap ketiga ni bertindakbalas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan yang paling hebat badan kita boleh mengingati jenis kuman itu. Jika kuman ni menyerang badan kita lagi, sistem pertahanan badan kita akan bertindak sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakkan yang serius pada sel-sel badan kita. untuk pulih dengan sendiri, badan kita perlukan Resveratrol dan Polifenol untuk memulihkan sel dengan lebih cepat.

Nutrien yang merangsang sistem imun : Resveratrol dan Polifenol

Resveratrol dan Polifenol meningkatkan kegiatan sel-sel pembunuh semulajadi semasa membaiki & melindungi sel-sel DNA.

Carotomax, ESP Soy Protein, Omega Guard, Vitalea, Vivix

Macam mana nak jaga kesihatan mata kita?

Assalamualaikum all..

Semalam saya ada share tentang supplemen untuk penjagaan mata anak-anak kita. Macam mana pula supplemen untuk orang dewasa? Seharian mengadap komputer mesti mata kita letih kan?

Saya faham..sebab saya WAHM (Work at home mom). Kerja saya banyak mengadap laptop. Tapi..tahu tak kita, yang Omega 3 membantu melegakan mata yang kering?

Ok la..jom saya share supplemen penting untuk mata kita.

 

ESP

  • Protein berperanan penting dalam sel hidup. Protein dibentuk dari Asid Aminodan merupakan bahan asas semua benda hidup. Ia juga boleh menyebabkan hilang ketahanan terhadap penyakit. Kajian menunjukkan adanya kaitan antara kekurangan protein dengan keadaan rabun jauh. Protein yang mencukupi dalam diet boleh mengelak berlakunya rabun jauh. Sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan susu.

 

Vitalea

  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk spirulina.
  • Vitalea merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia.
  • Mengandungi vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata, mencegah rabun malam, menguatkan kerangka tulang, gusi,gigi dan banyak lagi khasiat vitamin.
  • turut mengandungi Biotin yang membantu B kompleks berfungsi lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban & gugur, diabetes, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Omega Guard

  • membantu mengurangkan simptom mata kering

Carotomax

  • turut digelar vitamin mata sebab kandungan Vitamin A yang terkenal untuk masalah rabun.
  • membantu meningkatkan penglihatan dengan menghasilkan ‘visual ungu’ yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.
  • membantu mengurangkan masalah mata yang rabun & kering
  • membantu mengurangkan penyakit katarak & glaucoma
  • membantu mengatasi kelesuan mata akibat mengadap komputer & smartphone.
  • membantu mengurangkan masalah ‘eye bag’ di bawah mata.
  • melindungi lapisan luar kornea mata.

VIVIX

  • Kandungan resveratrol  dan polifenol yang tinggi di dalam Vivix terutamanya Anthocyanins mampu mengurangkan risiko kerosakan mata, memperbaiki daya penglihatan dan membantu merawat saraf saraf mata yang bermasalah.

Alhamdulillah..ada banyak testimoni yang menyokong pemilihan supplemen di atas membantu menjaga mata kita. Untuk order atau konsultasi, boleh terus whatsapp saya ye.

ESP Soy Protein

32 khasiat ESP Shaklee

Dengan lafaz bismillah..

Assalamualaikum semua..dan selamat pagi..

Kenapa ramai sesangat orang sukakan ESP ye? Nak tau tak? Moh..saya share.

  1. Membantu mencerahkan kulit dengan sekata.
  2. Membantu mengurangkan jeragat.
  3. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus.
  4. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.
  5. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
  6. Anjalkan payudara.
  7. Anjalkan punggung
  8. Atasi gastrik dan pedih ulu hati.
  9. Mengatasi lesu
  10. Merendahkan bacaan diabetes dengan menstabilkan paras glukosa.
  11. Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran.
  12. Mencantikkan kuku.
  13. Menghaluskan tumit pecah.
  14. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.
  15. Meningkatkan kualiti susu ibu dengan menjadikan susu ibu lebih pekat, jadi baby pun cepat kenyang.
  16. Meningkatkan pengeluaran susu – protein adalah salah satu bahan mentah menghasilkan susu.
  17. Pengganti sarapan dan supper.
  18. Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang.
  19. Merangsang regenerasi sel kulit dan otot.
  20. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino penting untuk fungsi badan)
  21. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  22. Rendah lemak, tanpa kolesterol.
  23. Membantu mengurangkan risiko kanser.
  24. Bertindak sebagai antioksidan.
  25. Menguatkan sistem imun tubuh.
  26. Mempertingkatkan tahap kolesterol baik.
  27. Memelihara kesihatan jantung.
  28. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
  29. Baik untuk hormon – kacang soya yang kaya dengan isoflavones.
  30. Membantu merendahkan paras kolesterol.
  31. Mencegah osteoporosis.
  32. Membantu pembentukkan sel-sel baru.

Best tak? Best tak? Mana lah tak famous ESP ni sebab banyak sangat khasiat. Nak order? Meh watsapp saya. Memang harga mampu milik.

ESP Soy Protein

Set Breastfeeding Shaklee : 1) Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum semua..

Baru-baru ni, ada seorang customer ni datang jumpa saya untuk beli ESP. Katanya, daripada apa yang dia baca, ESP boleh membantu banyakkan susu.

Sebenarnya..tahukah anda, selain membantu banyakkan susu, ESP juga membantu memekatkan susu? Hmmm…sebab tu, kadang2 walaupun susu kita nmpak tak bertambah, tapi cuba perhatikan kepekatan susu kita? bertambah pekat tak? bila susu bertambah pekat, baby pun cepat kenyang walaupun minum sikit je.

Yang lagi best..bukan baby je rasa khasiat ESP..ibu yang menyusu pun turut dapat manfaat ESP ni.

esp shaklee poster

Manfaat ESP untuk ibu menyusu :

  1. Pembekal tenaga – membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  2. Mengurangkan masalah rambut gugur.
  3. Memudarkan parut jerawat dan jeragat.
  4. Kulit menjadi cerah berseri.
  5. Meningkatkan kuantiti susu
  6. Meningkatkan kualiti susu (susu menjadi lebih pekat)
  7. Mengurangkan rasa sakit pinggang dan lenguh badan.

Best ke best? Kalau nak info lebih atau nak free consultation, cecepat mesej saya naaa…

lovefara