Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Omega Guard

Macam mana nak jaga kesihatan mata kanak-kanak?

Assalamualaikum semua..

Pernah tak anda risau kesihatan mata anak-anak anda bila terlalu banyak tengok tab, ipad, telefon? Well, saya risau..nak pulak anak saya ni jenis susah makan sayur. Puas lah sorok dalam makanan, tetap dia korek keluarkan sayur tu.

*sigh*

Takut sangat bila fikir mata anak-anak saya tak cukup nutrien sampaikan kena pakai cermin mata diusia muda. Jadi, apa solution saya?

Tadaaaa…

Supplemen lengkap untuk kanak-kanak
Mealshakes

  • Sesuai untuk anak-anak yang belum boleh makan makanan pepejal. Anak saya yang sulung, payah makan supplemen. Dengan Mealshakes ni, saya boleh campur sesudu teh ke dalam minuman dia.
  • Membekalkan 19 vitamin & mineral penting termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink & iodin.
  • Vitamin A penting untuk penglihatan yang baik.
  • Vitamin C, E dan Bs – untuk melawan jangkitan, membaiki tisu.
  • Vitamin C – untuk gusi, gigi & kulit yang sihat.
  • Sodium – untuk keseimbangan bendalir.
  • Vitamin B – Penghasilan tenaga, fokus & daya tumpuan.
  • Serat pemakanan – membantu sistem pencernaan & mengatasi sembelit.
  • Vitamin A, C, E – anti oksida untuk mengekalkan kulit yang cantik & memperbaiki tisu.
  • Protein, Lemak & Karbohidrat – untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan & tenaga.
  • Kalsium & Vitamin D – untuk tulang yang sihat.
  • Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik – membantu dalam sistem saraf.

 

Chewable Vitalea

  • merupakan vitamin boleh kunyah. Jadi sesuai untuk kanak-kanak yang boleh makan makanan pepejal.

Omega Guard

  • Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasukEPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf & retina.
  • Jangan tak tahu tau..kajian menunjukkan pelajar yang ambil omega 3, menunjukkan peningkatan mendadak dalam plajaran; membaca, mengeja dan tingkah laku.

Ini lah supplemen lengkap untuk kanak-kanak. Nak tahu cara pemakanan yang betul? Whatsapp je saya tau..

Advertisements
B Complex, Lecithin, Omega Guard

3 supplemen yang membantu minda pelajar

Assalamualaikum semua

Bukan senang sebenarnya jadi budak-budak zaman sekarang..dengan silibus yang makin mencabar, dengan jadual sekolah yang penuh. Saya tau..sebab saya guru tuisyen. Kadang-kadang ada student yang sampai tertidur kat kelas.  Jadi, apa yang boleh kita sebagai ibu bapa bantu supaya masa belajar yang kita tetapkan tu jadi masa yang berkualiti. Kalau 24jam belajar macam ulat buku tapi satu pun tak lekat di kepala pun tak betul juga..yang penting semua kena seimbang.

Untuk kali ni, saya nak share apa yang saya belajar, apa yang saya amati selama 10 tahun lebih saya mengajar, ketika saya jadi part time lecturer di UiTM sehingga sekarang.

Bagaimana kita nak ‘siapkan’ anak-anak kita supaya mereka bersedia untuk menerima pelajaran?

  • Makan

Yang penting, kita kena pastikan pemakanan yang seimbang untuk anak-anak kita, bukan sekadar makan banyak. Seperti bahagian tubuh kita yang lain, otak kita juga perlukan tenaga untuk kita kekalkan konsentrasi dan fokus. Menurut kajian, ada beberapa makanan yang boleh menbantu otak kita kekal cerdas dan kekal fokus. Antaranya :

3d82ac2b6864b013473765e97c49a96a

  • Bersenam

benefits-of-exercises1

Bila kita bersenam, sebenarnya bukan saja baik untuk badan malahan otak kita juga dapat faedah. Kajian menunjukkan dengan bersenam, darah yang mengalir ke otak kita akan meningkat, sekaligus darah akan membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke otak.

Selain dari tu, dengan bersenam, boleh release stress..ye dak? Ada juga yang ckp, dengan bersenam, kita impove kita punya self confidence.

  • Rehat

Ini satu kemestian. Seperti juga bahagian tubuh kita yang lain, otak pun perlukan masa untuk berehat selepas selalu under pressure. Bila otak kita letih, kita akan kurang daya tumpuan dan fokus

  • Bermain

brain game

Tujuan bermain ni ialah supaya anak kita boleh belajar sifat-sifat lain seperti belajar sifat  kepimpinan, belajar untuk bersosial dan mungkin juga belajar untuk bina keyakinan diri.

Jadi, dalam erti kata lain, Belajar ni adalah tugas Mental dan Jasmani sekaligus.

Bagaimana pula Shaklee boleh membantu?

Shaklee membantu melengkapkan nutrien kita dan anak-anak kita. Cuma perlu diingat, makanan tambahan atau supplemen bukan pil ajaib. Supplemen cuma ‘booster’ atau penolak saja. Jadi, walaupun kita da makan makanan seimbang, dan bersenam semua..tetap kena belajar. ok guys..*wink*

Alrite..

 

  1. Omega Guard

omega-guard

Minyak ikan memang terkenal dengan kandungan omega 3, DHA dan EPA. Dan Shaklee ada minyak ikan terbaik dunia. Betul ni…tak tipu.

  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, terutamanya bahagian Korteks Serebral. Korteks Serebral ni bahagian yang bertanggungjawab untuk memory, languange, emosi, dan segala sifat kreatif kita. Kekurangan DHA boleh mengakibatkan kita mudah lupa, depression atau mungkin juga Alzheimer.

2. Lecithin

lecithin

Lecithin ni memang best..ramai customer saya dikalangan student2 IPT suka sangat dengan Lecithin. Ada yg asalnya ambil Lecithin untuk kolesterol tapi dapat khasiat tambahan juga. Syok tak, sambil makan untuk pecah lemak dan kawal kolesterol, dapat mempertingkatkan daya ingatan dan ringankan stress? Best kan..

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Acethylcholine ni dihasilkan dari choline. Jika bekalannya mencukupi, maka fungsi-fungsi otak dapat dilakukan. Jika tidak mencukupi, maka fungsi ini akan tergugat. Choline merupakan antara bahan utama Lecithin.

 

3. B Complex

b-complex

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadiyang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti.

  • menukarkan makanan kepada tenaga – bantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • baik untuk mata.

Ok..selesai sudah cerita tentang supplemen untuk minda. Ops..sebelum saya lupa, supplemen ni sesuai untuk peringkat sekolah menegah dan ke atas. Untuk sekolah rendah, InsyaAllah next post ye.

Untuk pertanyaan yang lebih detail, boleh mesej je saya ye..

 

Chewable Vita-C Plus, Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Omega Guard

Supplemen Minda : Khas untuk kanak-kanak

Dengan lafaz Bismillah…

Assalamualaikum semua..

Saya seorang guru tuisyen.

Biasanya, akan ada sesi2 perbincangan dengan ibu bapa tentang anak-anak mereka. Dalam ramai-ramai keluarga yang saya jumpa, hanya ada seorang je parents yang bertanyakan tentang supplemen untuk kanak-kanak. Saya pun faham, kadang-kadang anak-anak kita balik sekolah dah penat, lepas tu kena siapkan homework, kena pergi tuisyen. Jadi, bila dah penat, susah untuk mereka fokus, tak kira la kat sekolah ke, kat tuisyen ke.

So, hari ni saya cerita kat sini supplemen Shaklee apa yang sesuai untuk meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak. Supplemen ni sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun hingga 12 tahun. Ada juga yang mula bagi anak-anak mereka start dari usia setahun lagi. Boleh juga..tak ada masalah. Tapi, make sure consult dulu ngan distributor untuk ketahui dose yang sesuai untuk usia itu.

Bukan la kata, makan Shaklee boleh terus jadi pandai. Tidak tau. Shaklee ni supplemen je. Kita bagi supplemen kat anak-anak kita supaya badan mereka cukup khasiat, cukup nutrien. Nutrien yang bukan hanya untuk badan, tapi untuk otak, untuk mata, untuk pendengaran. Biar lengkap..dan makan dengan konsisten..InsyaAllah akan nampak hasil. Bukan ke Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat?

Alrite.

 

Mealshakes

meal-shakes

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Manfaat Utama :

  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Kaya dengan protein. Membekalkan nutrisi pada sel tubuh dan membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan penyakit.

Vita-lea For Children

Vita-LeaChildren

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral yang lengkap.
  • Mengandungi vitamin A yang elok untuk kesihatan mata dan kulit. Mencegah rabun malam, bantu tumbesaran. Kuatkan kerangka tulang, gusi dan gigi. Meningkatkan sistem imun.
  • Vitamin C untuk otot, kulit yang sihat dan kuat. Meningkatkan daya tahanan penyakit. Mencegah selsema, gusi berdarah, hidung berdarah.
  • Vitamin D untuk tulang dan gigi serta membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12 membantu selera makan. Baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, membantu mengurangkan keletihan dan keresahan.
  • Kalsium – perkasakan tulang dan gigi.
  • Magnesium untuk kesihatan tulang, gigi, mencegah tekanan, merehakan otot dan sistem saraf.
  • Zinc memperkasa sistem imun, cepatkan sembuhan luka dan elok untuk ketajaman minda.

Ini baru sikit je khasiat Vitalea for kids ni. Ada banyak lagi nutrien dan mineral dalam multivitamin ni. Ada Biotin yang elok untuk kuku dan rambut. Ada Folate..eh banyak lagi la.

Chewable Vita-C Plus 

chewable-vita-c-plus

  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi tubuh.
  • Menggalakkan kesihatan mata, gigi, otot-otot dan salur darah

 

Omega Guard

omega-guard

Minyak ikan terbaik dunia.

Manfaat Utama :

  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran.
  • Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, tekanan, anxiety, autism, kanak-kanak hyperaktif dan lain-lain.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

So, here you go guys. Saya da share apa yang elok untuk anak-anak kita. Tapi, last call terletak di tangan anda. Saranan saya, jom la kita pilih yang terbaik untuk anak-anak kita. Macam mana kita pentingkan sekolah, pakaian anak-anak kita, harapnya kita pilih yang terbaik juga untuk kesihatan mereka.

Your most trusted distributor

Fara.