Collagen Powder

16 jenis kolagen dalam badan manusia

Assalamualaikum semua

Tahukah anda (skema sikit..hihihi), yang sekurang-kurangnya ada 16 jenis kolagen dalam badan kita (at least 16 different types of collagen).

Maksudnya, lain bahagian lain kolagen yang badan kita bentukkan.

However, majority (kira-kira 80% – 90%) kandungan collagen dalam badan kita adalah dari jenis 1, jenis 2 dan jenis 3.

Antara jenis-jenis kolagen dan kegunaan yang terdapat dalam badan kita :

  • Jenis 1 – jenis yang paling banyak dalam badan kita. Jenis ini digunakan untuk kulit, otot, tulang, urat saraf, tendon dan juga organ. Penting untuk penyembuhan luka, jadikan kulit lebih elastik dan hold tissue together supaya tak senang koyak.
  • Jenis 2 – Kolagen Jenis 2 ni khusus digunakan untuk sendi.
  • Jenis 3 – Selalunya dijumpai bersama dengan kolagen Jenis 1 yang membantu kulit kekal elastik dan anjal. Juga digunakan untuk organ secara keseluruhan seperti hati, jantung, tulang sum-sum, arteri, usus, rahim.
  • Jenis 4 – Jenis 4 ni pegang fungsi yang penting  dimana kolagen ini membantu membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang), kanta mata.
  • Jenis 5 – Diperlukan untuk permukaan sel, rambut dan juga uri.

Jadi, sebenarnya bukan hanya kulit kita je yang perlukan kolagen tapi hakikatnya satu badan kita perlukan kolagen.

Alhamdulillah.. Collagen Powder Shaklee tak tertumpu pada satu satu jenis kolagen je. Sebab tu Collagen Powder Shaklee bukan hanya famous di kalangan wanita muda tapi juga dikalangan warga emas tau. Mana taknya, sakit sendi hilang, kulit pun makin cantik.

 

InshaAllah, next post saya share ramuan utama Collagen Powder Shaklee yang menambahkan lagi specialnya..

Advertisements
Omega Guard

Omega 3 untuk seisi keluarga

Assalamualaikum semua..

Bila nak cerita tentang Omega 3 ni, dalam kepala saya mesti terfikirkan minyak ikan. Walaupun ada makanan lain yag kaya dengan Omega 3. Masa saya kecil dulu, mak saya pernah ada cubaan nak bagi saya makan minyak ikan dari brand Scott emulsion. Tapi, disebabkan hanyir sangat, sudahnya saya tak sanggup nak telan da minyak ikan tu. Jadi, bila upline saya perkenalkan Omega Guard untuk saya makan ketika saya hamilkan anak kedua, saya jadi fobia sebab teringatkan rasa hanyir minyak ikan tu.

Tapi…yang saya kagum, Omega Guard tak kuat rasa hanyirnya. Cuma sekali sekala saya rasa hanyir..itupun time sendawa. Sudahnya sekarang, kami sekeluarga akan amalkan Omega Guard setiap hari termasuk anak-anak saya. Semoga dengan ikhtiar makan Omega guard  dan supplemen-supplemen lain, menjadi asbab Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga. Aamiin..

Kenapa Omega 3 penting untuk kita?

Omega 3 ni merupakan lemak yang paling sihat antara semua lemak sebab ia menyokong kesihatan setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Memandangkan badan kita tidak boleh menghasilkan Omega 3, jadi Omega 3 ni perlu diambil melalui makanan dan supplemen.

  1. Menyokong kesihatan jantung.
  • Membantu mengurangkan keradangan. Keradangan pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.
  • Menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah
  • Mengekalkan peredaran darah dan irama jantung yang sihat

2. Menyokong fungsi otak yang sihat

  • Membantu meningkatkan daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
  • melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan.
  • Membantu menperbaiki fungsi kognitif & perasaan.

3. Menyokong fleksibiliti sendi

  • Membantu mengurangkan keradangan, melegakan simptom sakit.
  • Pelincir semulajadi, menyenangkan pergerakan
  • Mengurangkan kekakuan sendi, meningkatkan fleksibiliti sendi.

4. Untuk perkembangan baby

  • Menyokong perkembangan otak dan mata baby.
  • Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan2 terakhir kehamilan meningkatkan
    perkembangan sensori, kognitif dan motor baby.
  • Mengurangkan risiko baby mengalami food allergy dan eczema.

5. Menyokong kesihatan kulit

  • Membantu mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mengurangkan keradangan, yang boleh menyebabkan jerawat.

6. Meningkatkan kesihatan imun

7. Meningkatkan kesihatan sperma

  • Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran
    sel termasuk sel sperma.

Banyak sangat khasiat Omega 3. Pastikan anda pilih minyak ikan yang berkualiti tinggi. Pilih minyak ikan yang melalui proses penyulingan molekul bagi mengasingkan EPA dan DHA dari logam berat dan menyingkirkan toksin.

Nak lagi senang? Makan je Omega Guard. Yang terjamin selamat, berkesan, mesra alam dan yang penting halal.

B Complex, Breastfeeding, ESP Soy Protein, Omega Guard, Ostematrix, Sustained Release Vita C Plus, Vitalea

Nutrisi penting ketika hamil dan selepas melahirkan bayi

Assalamualaikum semua

Lama tak update rindu pula rasa dengan blog sendiri. Sebenarnya, saya baru habis berpantang. Sekarang dalam proses nak adjust masa dengan baby. Al-maklum lah..dulu masa belum ada baby, masa agak teratur sebab bila anak-anak ke sekolah, ada la masa untuk update blog.

Tapi..memandangkan saya baruuu je habis berpantang. Terlintas pula nak share tentang nutrisi penting ketika hamil dan selepas bersalin (tempoh berpantang & menyusu)

Asid lemak Omega 3 (DHA & EPA)

Kenapa perlu ambil Omega 3 ketika hamil?

  • Kurangkan risiko kelahiran pramatang
  • Galakkan tempoh kelahiran penuh
  • Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
  • Kurangkan risiko baby mengalami alahan

Kenapa penting ambil Omega 3 dalam tempoh berpantang & menyusu?

  • Kurangkan risiko kemurungan ibu
  • Tingkatkan fungsi mata dan otak bayi terutama pada 5 tahun pertama.
  • Kurangkan alahan makanan dan kulit sensitif pada baby.

 

Asid Folik

Kenapa perlu ambil Asid Folik ketika hamil?

  • Asid Folik diperlukan untuk pembentukkan tiub neural baby, yang kemudiannya membentuk tulang belakang dan otak
  • kekurangan Asid Folik boleh mengakibatkan kecacatan tiub neural (berlaku selepas 15 – 28 hari selepas persenyawaan)
  • Asid Folik membantu mengurangkan risiko sumbing bibir dan lelangit.

Kenapa penting ambil Asid Folik dalam tempoh berpantang & menyusu?

  • Membekalkan tenaga dan menyokong proses pemulihan selepas bersalin
  • Kurangkan risiko tekanan perasaan atau meroyan
  • Meningkatkan motor sensor dan perkembangan otak baby.

 

Protein

Kenapa perlu ambil Protein ketika hamil?

  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam rahim

Kenapa penting ambil Protein dalam tempoh berpantang & menyusu?

  • Membekalkan tenaga pada ibu untuk kecergasan sepanjang hari
  • Menyokong penghasilan susu ibu dan membekalkan nutrisi lengkap bagi pertumbuhan baby

 

Zat besi

Kenapa perlu ambil Zat Besi ketika hamil dan semasa tempoh berpantang & menyusu?

  • Membantu penghasilan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigen ibu dan baby (perlukan 30%-50% lebih banyak darah)
  • Kurangkan risiko anemia
  • Kurangkan risiko bayi pramatang dan berat bayi yang rendah.

 

Vitamin C

Kenapa perlu ambil Vitamin C ketika hamil?

  • Boleh membantu meningkan kesuburan
  • Kurangkan risiko kelahiran pramatang
  • Meningkatkan penyerapan Zat Besi & Asid Folik
  • Membantu pembentukkan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.

Kenapa penting ambil Vitamin C dalam tempoh berpantang & menyusu?

  • Untuk kesihatan baik dan sokongan imun.

 

Kalsium

Kenapa perlu ambil Kalsium ketika hamil?

  • Kalsium diperlukan untuk menghasilkan tulang dan gigi yang kuat, perkembangan jantung, saraf dan otot yang sihat untuk baby.
  • Membantu penguncupan otot
  • Melindungi kepadatan tulang ibu kerana kekurangan kalsium boleh mengakibatkan risiko osteoporosis di kemudian hari.

Kenapa penting ambil Kalsium dalam tempoh berpantang & menyusu?

  • Untuk perkembangan dan pembesaran baby kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium.

 

Alfalfa

Di ambil selepas kelahiran baby dan BUKANnya ketika hamil. Pastikan baby anda bebas jaundice sebelum mula makan Alfalfa.

Kenapa penting ambil Alfalfa dalam tempoh berpantang & menyusu?

  • Membantu melancarkan pergerakkan usus.
  • Digunakan secara tradisional bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.

 

Supplemen ini la yang saya ambil ketika saya pregnant anak ke 2 dan yang ke 3 ni. Alhamdulillah..sepanjang kehamilan, saya tak kena cramp atau kejang kaki, Hb pun cantik, kaki pun tak membengkak, tak ada mengidam yang bukan-bukan.

Kalau anda ada rasa tanda-tanda kekurangan nutrisi seperti HB rendah, selalu pening-pening, pitam, cepat stress, tekanan gula dan darah tak stabil, simpul biawak, sakit gigi..saya amat cadangkan supplemen ini untuk membantu.

**Sumber dari Shaklee**

 

Eczema

Fresh Laundry Concentrate Powder untuk Eczema

Assalamualaikum semua

Salah satu punca/triggers Eczema adalah dari serbuk pencuci pakaian. Bila saya tahu anak saya ada Eczema, saya dah set dalam kepala yang gaya hidup kami terutamanya anak saya kena berubah. Makan kena pantang, kena perhatikan apa yang menyebabkan Eczema anak saya triggers. Seboleh-bolehnya, saya nak kurangkan ianya dari berlaku berlaku, kesian tengok anak saya asyik menggaru.

Tahukah Anda?

Kebanyakkan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit  – penyebab biasa terjadinya alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT. Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengan bahan ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Asingkan pakaian

Memandangkan saya dan suami menggunakan serbuk pencuci pakaian biasa, jadi saya asingkan baju kami dan anak-anak. Sebab bila anak saya yang mempunyai kulit sensitif, pakaiannya dicampurkan dengan pakaian kami, kulit anak saya jadi lambat untuk recover.

Fresh Laundry Concentrate Powder

Fresh Laundry Concentrate Powder tidak mengandungi bahan Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate atau lain-lain bahan berbahaya.

Perbezaan Shaklee

Selamat

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan

  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya 1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri.

Mesra Alam

  • Rumusan semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biodegradeable
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.

Eczema

Apa yang menyebabkan atau ‘triggers’ Eczema?

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..Sabtu lepas, Group Euphoria di bawah Master Norita & Master Naquib ada anjurkan kelas Health Care Sharing : Understanding Eczema & Psoriasis oleh Dr. Anya Tay. Memang best sangat..banyak benda yang kami belajar. Ilmu-ilmu ni InsyaAllah, boleh kami praktikkan masa consult customer nanti.

Ok..sebelum discuss lebih lanjut, kita kena faham dulu apa yang boleh menyebabkan atau triggers Eczema ni kat kita atau anak-anak kita.

  1. Genetic – ada family yang ada history ahli keluarga yang mengidap Eczema, Asthma atau Allergies.
  2. Food intolerances – produk tenusu, gandum, kacang tanah, telur, makanan laut.
  3. Dry skin – kulit kering juga boleh menyebabkan Eczema
  4. Irritants – hand & dish soap, detergents, shampoo, body wash, surface cleaners, disinfectants, chlorine in water, perfume, wool clothing, synthetic fibers.
  5. Hot /Cold temperature & sweating – perubahan suhu dengan mendadak boleh menyebabkan Eczema. sebagai contoh, dari cuaca panas terus masuk bilik sejuk. Atau dari bilik sejuk terus keluar ke ruang panas.
  6. Allergens – Pollens, dust mites, bulu kucing, anjing, patung bulu-bulu.
  7. Stress
  8. Refined Sugar & Saturated fats – gula putih dan makanan lemak tepu boleh meningkatkan kerosakan sel dan keradangan.
  9. Infection – jika terdapat jangkitan kuman, perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan krim antibiotik dulu.

Nak info lebih lagi tentang Eczema? Nantikan post seterusnya ye. Kalau nak tanya, makanan tambahan yang sesuai untuk kurangkan Eczema, boleh whatsapp saya.