ESP Soy Protein, Performance Drink

Benarkah berpuasa boleh membuatkan susu merundum?

Assalamualaikum semua

Masa saya baru lahirkan anak ke dua saya, ini yang selalu saya risau. Rasanya, bukan setakat bulan puasa je. Tapi sepanjang masa sebab saya tak dapat menyusukan anak sulung saya lama. Jadi, saya takutttt sangat jadi benda sama pada anak kedua saya.

Alhamdulillah..Allah beri rezeki untuk Iman. Dapat saya menyusukan anak saya cukup 2 tahun.

Betul ke bila berpuasa susu akan merundum?

Sebenarnya, kalau kita jaga pemakanan dan minum cukup 3 L air, InsyaAllah anak kita masih dapat menyusu seperti biasa. Yang penting, minum air secukupnya. Air kosong ye..bukan air manis. Kadang-kadang bila bulan puasa, kita mudah terlupa nak minum air kosong. Kadang-kadang minum segelas je. Tak cukup..

Pada saya, Performance Drink Shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu ketika berpuasa. Bila berpuasa, boleh rasa tahap kulit nak merekah tahap dahaga tu. Bukan lah kata, dengan minum PD ni tak haus langsung tapi, InshaAllah bearable sebab elektrolit yang ada dalam minuman PD ni boleh buat kita bertahan lama sikit. Plus, PD ni boleh membantu badan kita kekal hydrate.

Selain itu, saya akan cadangkan juga minuman berprotein Shaklee ni. ESP boleh menbantu memberi tenaga berterusan. Disebabkan GI ESP ni lebih rendah dari nasi, jadi kita tak akan rasa cepat lapar. Kan best, masih bertenaga walaupun berpuasa. Ibadah pun boleh dilakukan dengan hati senang. tak ada lah asyik melepek je kan..hihihihi

Ok..cukup..minum air secukupnya dan jaga pemakanan kita.

Jangan lupa untuk sentiasa berfikiran positif. Kesilapan saya masa menyusu anak sulung ialah saya terlalu percaya cakap orang. Ye la..anak pertama. Tambahan pula, anak saya lahir tak cukup bulan. Jadi, tak ada masa nak prepare. Tetiba, baby da nak keluar..hihihihi. Jadi, berfikiran positif. Jangan stress2. Dan sentiasa berdoa pada Allah semoga Dia murahkan rezeki anak kita. Rezeki datang dariNya kan..jadi kena lah istiqamah meminta.

Salam sayang dari saya..