Uncategorized

Supplement hanya untuk hamil dan menyusu?

Sebenarnya, ramai kawan-kawan saya yang makan supplement ketika hamil dan menyusu. Pastinya dengan niat untuk berikan khasiat terbaik pada anak yang dikandung atau yang menyusu.

Tapi, sayangnya kebanyakkan dari mereka berhenti makan supplement selepas anak berhenti menyusu.

Teringat kisah ketika anak ke dua saya doktor sahkan ada Eczema. Setiap kali saya doa, saya minta Allah berikan kesihatan yang baik pada anak-anak saya. Kalau boleh, semua sakit biar saya yang tanggung.

Bila baca tulisan Master Norita. Terasa seolah-olah, mentor saya bercakap dengan saya. Kenapa perlu minta sakit dipindahkan pada saya? Bukankah lagi bagus jika kita doa agar seluruh keluarga kita diberikan kesihatan yang baik? Kerana kata mentor saya, “Tunggak keluarga sebenarnya pada ibu. Kalau ibu sakit, seluruh rumah akan sepi. Kalau ibu tak sihat, semua urusan runahtangga akan terganggu.

Masa tu saya sedar, pentingnya kesihatan seorang ibu. Zaman sekarang, ramai ibu-ibu yang selalu mudah penat dan tertekan. Mana nak melayan kerenah anak-anak, menguruskan hal rumah tangga. Bagi wanita yang berkejaya lagi hebat. Pagi ke pejabat, balik uruskan anak-anak dan suami. Tanpa menyedari yang sebenarnya rasa tertekan atau stress boleh menyebabkan sistem imun kita menurun, membuatkan kita mudah dapat penyakit termasuk kanser.

Ramai wanita yang ingat supplement hanya untuk ketika hamil dan menyusu sahaja walhal tugas isteri dan ibu ini tak akan pernah habis.

Seorang wanita yang pernah melahirkan sangat memerlukan kalsium bagi menggantikan kalsium yang hilang ketika hamil dan menyusukan anak.

Seorang ibu yang pernah melahirkan memerlukan khasiat Omega 3 supaya tak ada penyakit lupa di hari tua.

Malah, seorang ibu amat memerlukan multivitamin untuk kesihatan optimum.

Memang benar, supplement berfungsi sebagai pelengkap nutrisi. Memenuhi mana-mana mineral yang kita tak dapat melalui makanan. Sama seperti kita makan supplement ketika hamil dan menyusu. Sebenarnya, kita menyediakan diri yang sihat untuk bekalkan vitamin dan zat pada anak kita.

Jadi, jika tanya pendapat saya..teruskan la makan supplement. Kali ini untuk diri sendiri. Dengan niat, nak jaga kesihatan diri supaya kita boleh tengok anak-anak membesar, supaya boleh jaga rumahtangga kita.

Wallahualam..

sumber inspirasi Master Norita

Uncategorized

Youth Skincare

Shaklee ada rangkaian penjagaan kulit yang baru..pastinya lebih baik dan lebih hebat.

YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLENSER

STEP 1 : Membersih dengan YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi, jangan risau keh?

Pencuci 3-dalam-1, pembersih pH-seimbang. Boleh dijadikan MAKEUP REMOVER, jadi memang jimat. Tak perlu beli makeup remover asing.

Sebelum basahkan tangan untuk jadi cleanser, colek2 dulu dimuka untuk jadi MAKEUP REMOVER. Boleh hilangkan segala kekotoran atau sisa-sisa makeup di kulit muka.

Gabungan :

💚Anggur Muscadine

💚Green Algae

Telah dipatenkan shaklee, buat kulit kita rasa halussss sangat.

YOUTH PERFECTING SKIN TONER

STEP 2: Menutup pori yang sudah dibersihkan dengan YOUTH PERFECTING SKIN TONER.

Lepas cuci muka dengan cleanser youth, boleh terus pakai toner youth ni. Tak perlu tunggu / lap kulit jadi kering. Boleh guna dengan cotton pad atau letak toner kat tapak tangan, terus tepek2 kat seluruh muka dan leher.

Kulit akan jadi dan kelihatan lebih licin, lebih lembap dan terpelihara dari sel2 mati (punca kulit kusam), bebas dari pencemaran persekitaran (toksin-toksin).

Gabungan :

💚Anggur muscadine

💚Green Algae

YOUTH ACTIVATING SERUM

STEP 3 : Memulih dan memperbaiki kulit dengan Shaklee Youth Activating SERUM

Serum ni ialah moisturizer yang lebih ringan dan akan masuk lebih dalam lagi pada sel kulit kita.

Bezanya serum Youth, ianya mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yg kritikal.

Jadi, serum Youth ni bantu menggalakkan penghasilan kolagen dan baikpulih hingga pada tahap sellular. Juga bantu mengembalikan aura seri wajah dan keremajaan kulit.

Gabungan :

💚Apple Cell

💚Lotus Japonicus

💚Vitamin A

YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF50

STEP 4: Melembap dan memberi nutrisi kepada kulit dengan YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF50 pada waktu siang.

Moisturizer yang sangat best sebab sangat jimat. Sapu secoet je cukup untuk satu wajah.

Ada SID yang share, dia dah guna Set Youth ni 2 bulan tapi baru suku je guna. Haaa kan jimat kan..bebas dari bahan kimia pula tu.

Moisturizer ni bantu melindungi kulit kita dari sinaran UV dan bantu menghalang pembentukkan jeragat 😍😍.

Selain itu, bantu melembapkan kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Seriussslyyyy..fall in 💚💚.

YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM

STEP 4: Melembap dan memberi nutrisi kepada kulit dengan YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM pada waktu malam.

Kalau siang kita guna Moisturizer, untuk malam kita sapu night cream ni pula 😍😍.

Yang bestnya night cream ni bantu menyokong pembaharuan kulit kita masa kita tengah tidur. Jadi, bila kita bangun pagi, kulit akan rasa lembut dan lembap.

What a great way to start a day kan?

RADIANCE C+E

Penjagaan extra dan istimewa : RADIANCE C + E yang mengandungi 20% Vitamin C Bioavailable untuk rawatan intensif terhadap semua masalah kulit seperti – .

❌Jeragat

❌Jerawat

❌Parut Berlubang / Parut Berkawah / Parut Jerawat

❌Hyper pigmentation

❌Jeragat Bertompok

❌Kedutan

❌Sagging / kendur

Untuk meningkatkan keserian dan kecerahan kulit, serta menghilangkan kedutan dan menegangkan kulit, boleh ikhtiar dengan YOUTH RADIANCE C+E.

Nak cuba YOUTH dengan harga yang special?

Whatsapp je saya Fara 0173471218

Collagen Powder

16 jenis kolagen dalam badan manusia

Assalamualaikum semua

Tahukah anda (skema sikit..hihihi), yang sekurang-kurangnya ada 16 jenis kolagen dalam badan kita (at least 16 different types of collagen).

Maksudnya, lain bahagian lain kolagen yang badan kita bentukkan.

However, majority (kira-kira 80% – 90%) kandungan collagen dalam badan kita adalah dari jenis 1, jenis 2 dan jenis 3.

Antara jenis-jenis kolagen dan kegunaan yang terdapat dalam badan kita :

  • Jenis 1 – jenis yang paling banyak dalam badan kita. Jenis ini digunakan untuk kulit, otot, tulang, urat saraf, tendon dan juga organ. Penting untuk penyembuhan luka, jadikan kulit lebih elastik dan hold tissue together supaya tak senang koyak.
  • Jenis 2 – Kolagen Jenis 2 ni khusus digunakan untuk sendi.
  • Jenis 3 – Selalunya dijumpai bersama dengan kolagen Jenis 1 yang membantu kulit kekal elastik dan anjal. Juga digunakan untuk organ secara keseluruhan seperti hati, jantung, tulang sum-sum, arteri, usus, rahim.
  • Jenis 4 – Jenis 4 ni pegang fungsi yang penting  dimana kolagen ini membantu membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang), kanta mata.
  • Jenis 5 – Diperlukan untuk permukaan sel, rambut dan juga uri.

Jadi, sebenarnya bukan hanya kulit kita je yang perlukan kolagen tapi hakikatnya satu badan kita perlukan kolagen.

Alhamdulillah.. Collagen Powder Shaklee tak tertumpu pada satu satu jenis kolagen je. Sebab tu Collagen Powder Shaklee bukan hanya famous di kalangan wanita muda tapi juga dikalangan warga emas tau. Mana taknya, sakit sendi hilang, kulit pun makin cantik.

 

InshaAllah, next post saya share ramuan utama Collagen Powder Shaklee yang menambahkan lagi specialnya..

Uncategorized

Khasiat kolagen untuk badan kita

Assalamualaikum semua

Apa itu kolagen?

Kolagen merupakan salah satu protein dalam badan kita. Kolagen kebanyakkannya digunakan untuk kulit, otot, tulang, urat saraf, tendon, organ secara keseluruhan, rambut dan juga sendi.

As we aged, kolagen dalam tubuh kita akan slowly berkurangan.  Bila kolagen dalam badan kita berkurangan, kita akan mula nampak tanda-tanda seperti garis-garis halus, pandangan kabur, rambut kering dan bercabang. Gaya hidup kita seperti mengamalkan diet in high sugar, merokok dan sentiasa terdedah pada sinaran matahari boleh mengakibatkan paras kolagen dalam badan kita makin menurun.

 

Jadi, kenapa kolagen perlu untuk badan kita?

  1. Membantu kesihatan kulit dan rambut
  2. Mengurangkan sakit-sakit sendi
  3. Membantu menguatkan tulang dan gigi
  4. Menyokong sistem usus yang sihat
  5. Membantu mengurangkan selulit
  6. Membantu untuk detox

Nasib baik ada Collagen Powder Shaklee..hihihihi.

Sebab khasiat Collagen Powder Shaklee bukan hanya untuk kulit muka tapi juga untuk satu badan kita tuuu…wow wow wow kan.

 

 

Omega Guard

Omega 3 untuk seisi keluarga

Assalamualaikum semua..

Bila nak cerita tentang Omega 3 ni, dalam kepala saya mesti terfikirkan minyak ikan. Walaupun ada makanan lain yag kaya dengan Omega 3. Masa saya kecil dulu, mak saya pernah ada cubaan nak bagi saya makan minyak ikan dari brand Scott emulsion. Tapi, disebabkan hanyir sangat, sudahnya saya tak sanggup nak telan da minyak ikan tu. Jadi, bila upline saya perkenalkan Omega Guard untuk saya makan ketika saya hamilkan anak kedua, saya jadi fobia sebab teringatkan rasa hanyir minyak ikan tu.

Tapi…yang saya kagum, Omega Guard tak kuat rasa hanyirnya. Cuma sekali sekala saya rasa hanyir..itupun time sendawa. Sudahnya sekarang, kami sekeluarga akan amalkan Omega Guard setiap hari termasuk anak-anak saya. Semoga dengan ikhtiar makan Omega guard  dan supplemen-supplemen lain, menjadi asbab Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga. Aamiin..

Kenapa Omega 3 penting untuk kita?

Omega 3 ni merupakan lemak yang paling sihat antara semua lemak sebab ia menyokong kesihatan setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Memandangkan badan kita tidak boleh menghasilkan Omega 3, jadi Omega 3 ni perlu diambil melalui makanan dan supplemen.

  1. Menyokong kesihatan jantung.
  • Membantu mengurangkan keradangan. Keradangan pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.
  • Menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah
  • Mengekalkan peredaran darah dan irama jantung yang sihat

2. Menyokong fungsi otak yang sihat

  • Membantu meningkatkan daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
  • melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan.
  • Membantu menperbaiki fungsi kognitif & perasaan.

3. Menyokong fleksibiliti sendi

  • Membantu mengurangkan keradangan, melegakan simptom sakit.
  • Pelincir semulajadi, menyenangkan pergerakan
  • Mengurangkan kekakuan sendi, meningkatkan fleksibiliti sendi.

4. Untuk perkembangan baby

  • Menyokong perkembangan otak dan mata baby.
  • Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan2 terakhir kehamilan meningkatkan
    perkembangan sensori, kognitif dan motor baby.
  • Mengurangkan risiko baby mengalami food allergy dan eczema.

5. Menyokong kesihatan kulit

  • Membantu mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mengurangkan keradangan, yang boleh menyebabkan jerawat.

6. Meningkatkan kesihatan imun

7. Meningkatkan kesihatan sperma

  • Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran
    sel termasuk sel sperma.

Banyak sangat khasiat Omega 3. Pastikan anda pilih minyak ikan yang berkualiti tinggi. Pilih minyak ikan yang melalui proses penyulingan molekul bagi mengasingkan EPA dan DHA dari logam berat dan menyingkirkan toksin.

Nak lagi senang? Makan je Omega Guard. Yang terjamin selamat, berkesan, mesra alam dan yang penting halal.