Alfalfa Complex, ESP Soy Protein, Ostematrix

Milk Booster Shaklee

Assalamualaikum semua..

Hari ni, saya nak share antara yang famous dalam Shaklee iaitu Set Menyusu. Sebenarnya, sejarah saya dulu, saya bukan lah penggemar supplemen. Saya memang tak makan vitamins. Kalau makan pun, hanya yang doktor bagi. Tapi, disebabkan anak kedua saya yang ada eczema..yang tak boleh minum susu lain selain susu ibu, buat saya mula mencari solusi supaya susu saya lebih berkualiti dan banyak.

Jadi, ini yang saya amalkan. ESP+Ostematrix (saya beli ketika pregnant tapi tak makan dengan konsisten..hihihi)  kemudian add on Alfalfa Complex.

 

ESP

 

  • Protein adalah bahan dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.
  • ESP juga membantu memekatkan susu. Jadi, baby tak cepat lapar.
  • Untuk ibu, ESP membantu membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • Selain itu, ESP membantu merangsang pembentukkan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

 

Alfalfa Complex

  • sebagai agen untuk stimulate susu dengan lebih cepat.
  • turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu lebih lemak berkrim.

 

Ostematrix

  • meguatkan tulang & gigi – baby yang menyusu perlu banyak kalsium untuk tumbesaran.
  • mengurangkan stress.

Namun begitu, pengambilan supplement perlu juga disertakan dengan berikut:

  1. Berfikiran positif. Jika sekali sekala kita berfikiran negatif, itu normal. Asalkan jangan terbawa-bawa dengan emosi. Kena selalu kekal tenang dan yakin.
  2. Berdisiplin. Maksudnya, ikut jadual penyusuan. Pastikan sesi perahan konsisten sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Walaupun, breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat, para ibu tetap kena pam.
  3. Berilmu dan Beramal (Ilmu penyusuan hanya berguna jika diamalkan)
  4. Berdoa dan bertawakal. Rezeki susu badan memang kurniaan Allah. Jadi, perlu la istiqamah minta.

Perlukan consultation lebih lanjut? Boleh whatsapp saya sekarang.

Alfalfa Complex, Detox, DTX Complex, Herb-Lax, Peppermint-Ginger Plus, Phytocol ST, Vivix

Detox : Apa itu detox?

Assalamualaikum semua..

Semenjak 2 menjak ni banyak saya baca di fb, instag tentang detox. Alhamdulillah, kita semua semakin prihatin dan ambil berat tentang badan kita. Seeloknya kita jaga bebaik kurniaan Allah pada kita..sedangkan kalau kita pinjam buku kat library pun kita jaga elok2 kan. Takkan pemberian Allah ni kita nak ambil sambil lewa. Ye tak?

Tapi..sebelum saya cerita panjang tentang detox ni, elok la kita ketahui dulu apa makna detox.

Apa itu detox?

Detox atau detoksifikasi adalah proses semulajadi badan untuk neutralkan atau singkirkan bahan buangan atau toksin dari tubuh badan kita. Contoh, bila kita berpuasa, badan kita akan melakukan proses detox secara semulajadi.

Memang dah menjadi kebiasaan kita jaga kebersihan badan kita. Kita gosok gigi, mandi, shampoo dan macam2 lagi. Kita suka berwangi2an dan pakai cantik2 sebab we feel better. Jadi detox ni, pada saya macam proses pembersihan dalaman. Masalahnya sekarang, kita tak tau bila organ dalaman kita kurang berfungsi dengan baik untuk bantu kita singkirkan toksin dari badan kita.  Contohnya, organ hati. Hati manusia ni merupakan organ yang sangat penting dalam membantu kita menyingkirkan atau meneutalizekan toksin dalam badan kita. Hati lah yang menapis segala macam bakteria dan toksin dari masuk kedalam salur darah. Unlike other parts of our body, kita tau bila jari kita luka atau sakit. Tapi, macam mana dengan hati kita?

 

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam badan kita. Agak mustahil utk kita elak dari terkena toksin ni, sebab toksin ni berada dimana2 saja kita berada. Samada dari udara yang kita sedut, atau dari makanan yang kita makan. Bila banyak toksin dalam badan, susah untuk nutrien nak diserap. Sebab keje toksin ni bunuh nutrien je.Tak kisah la nutrien dari makanan atau dari supplemen. Bila kurang nutrien di serap, macam mana pula organ badan kita yang lain nak berfungsi dengan baik?

Saya ambil sel darah putih sebagai contoh. Sel darah putih ni fungsi dia melawan penyakit kan? Kira macam askar dalam badan kita. Sel darah putih ni perlukan vitamin c untuk dia sado. Atau erti kata lain vitamin c penting untuk sel darah putih ni kekal kuat. Kalau andaikata kurang vitamin c di serap, sian askar2 dalam badan kita kan?

Haaaaa…..

Alrite..macam mana pula kita nak tau badan kita berlebihan toksin ke idok? Ini tanda-tandanya :

  1. Sembelit
  2. Perut kembung
  3. Sering sakit kepala
  4. Nafas berbau
  5. Perut gelebeh
  6. Makan tanpa henti
  7. Kulit kusam
  8. Keletihan dan kurang tenaga

Shaklee sebenarnya ada banyak suplemen yang sangat bagus untuk detox. Ada 6 kesemuanya. Ok..ready semua?

agen detox

  1. Phytocol ST

phytocol-st

Dalam Phytocol ni ada satu nutrien yang dikenali sebagai fitosterol. Fitosterol ni membantu mencegah penyerapan kolesterol dalam salur darah. Mengikut cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia, kita kena ambil fitosterol sebanyak 2000mg setiap hari.

2. VIVIX

18cf6-kandungan2bvivix

Vivix ni memang terkenal dengan anti oksidan dan mengandungi 10 kali resveratrol. Kelebihan Vivix adalah dari segi bahan2nya. Setiap satu bahan dalam Vivix ni mengandungi sangat banyak khasiat. Saya ambil contoh Anggur Muscadine. Sebiji Anggur Muscadine ni size dia seperti sebiji bola golf. Haaaa besar tak? bila lagi besar, maknanya khasiat antioksidan dia lagi tinggi.

Macam mana Vivix ni berfungsi?

  1. Membaiki dan melindungi DNA.
  2. Kesan postif ke atas kawalan genetik.
  3. Meningkatkan tenaga pada sel.
  4. Melambatkan proses penghasilan AGE protein.

3. DTX Complex

dtx-complex

Dtx Complex ni pula untuk membantu hati untuk detoks dengan lebih effisyen disamping menggalakkan pertumbuhan sel-sel hati yang lebih sihat. Macam mana nak tau hati kita sihat ke tak? Haa..antara tanda2 hati kita tak sihat ialah :

  • sering keletihan
  • mata menjadi kuning
  • warna air kencing bertambah gelap
  • muntah dan loya
  • kurang berselera
  • kulit jadi sangat sensitif

Selain dari tu, Dtx Complex membantu mengekalkan kesihatan cecair hempedu. Bila cecair hempedu kita sihat, senang lemak nak dihancurkan.

4. Alfalfa Complex

alfafa-complex-s

Dikenali sebagai ‘Father of all food’. Manfaat Alfalfa Complex ni ialah :

  • membantu membersihkan darah secara semulajadi.
  • membantu pencernaan.
  • membantu melawaskan.
  • elok juga untuk anti hastamin. Maknanya, kurangkan allegic, asthma dan juga sinus.
  • kurangkan jerawat dan kulit sensitif.

5. Herb-Lax

herb-lax

Seterusnya, Herb-Lax. Herb-Lax ni membantu merangsang usus percepatkan proses pembersihan secara lembut.

6. Peppermint-Ginger Plus

peppermint-ginger-plus

Peppermint-Ginger Plus ni sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut dan penghadaman. Peppermint-Ginger ni boleh dibancuh dengan air uols. jadi minuman detoks.

Haaaaaaa….banyak tak? Tak perlu makan semua sebenarnya. Ikot keperluan diri sendiri. Biasanya, saya akan cadangkan ikot keadaan customer. Sebab, mungkin ada orang kena makan Herb-Lax, ada orang pula, lagi elok kalau makan Alfalfa. jadi, tak sama. Setiap orang lain keperluan.

 

 

 

Alfalfa Complex, Cinch Energy Tea Mix, Cinch Shake, ESP Soy Protein, Herb-Lax, Lecithin, Omega Guard, Set Diet

Set Diet Shaklee : Bina, Bakar, Buang

Assalamualaikum semua..

Saya berazam nak KURUS DENGAN SIHAT..hihihihi..tak nak turun mendadak tapi nampak macam sakit je..macam tak cukup vitamin je. Kenapa saya cakap macam tu?sebab saya pernah alami situasi macam tu..ada satu masa tu, saya nak sangat kurus..tapi bila dah kurus, jumpa sedare mare, seme tanya “Nape kurus ni? Sakit ke?”. Terus jadi macam wake up call pulak. Tak nak da berdiet tak tentu hala pastu nampak macam orang sakit.

Jadi, post kali ni, nak tujukan untuk diri sendiri..boleh tak? hehehehe..Bila tengah nak berdiet ni, mula la study sikit pasal supplemen Shaklee ni. Memang best tau set diet Shaklee ni uols..bukan sebab saya nak menjual tapi sebab saya study dan makan. Memang banyak sangat khasiat dalam satu tablet kecik tu.

Jom, saya share apa ilmu yang saya dapat..

set diet

  • BUANG / DETOX

Buang atau detox ni, memang selalu kita dengar kan? Tapi kenapa pentingnya detox? Detox ni sebenarnya prosess membersihkan usus. Usus kan adalah tempat dimana semua khasiat di serap. Kalau usus kita tak bersih, penuh dengan kerak najis, penuh dengan toksin, macam mana khasiat dari makanan atau supplemen tu nak di serap. Jadi, step ni sangat penting. Bukan je untuk nak diet je..tapi kita sepatutnya kena selalu detox.

Dalam Shaklee, ada banyak supplemen untuk detox. Tapi untuk usus, ALFALFA dan/atau HERBALAX.

alfafa-complex-s

Alfalfa Complex ni banyak khasiat tau. Maknenya, kalau kita ambil Alfalfa ni sebagai supplemen detox, dia bukan detox je, tapi ada khasiat lain juga. Tapi, untuk topik ni, saya hanya cerita tentang khasiat Alfalfa untuk yang nak kurangkan berat badan.

  1. Mencuci hati, darah dan usus – Alfalfa ni sejenis makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  2. Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa satu2nya tumbuhan mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Membantu mengurangkan masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

herb-lax

Herb-Lax ni pulak memang diformulasi untuk usus. Manfaat utama Herb-Lax :

  1. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  2. Membantu masalah sembelit.
  3. Mengempiskan perut.
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Sebab itu..dalam set diet ni, kalau anda nak pilih Alfalfa atau Herblax sebagai agen detox atau nak makan dua-dua pun boleh..tak ada masalah. Cuma, dapatkan nasihat dari SID anda ye..

  • BAKAR

Apa plak yang dimaksudkan bakar ni kan? Bakar ni maknanya bakar lemak atau supplemen yang meningkatkan metabolisma kita. Bagi yang tak faham makna metabolisma ni, boleh la bayangkan api dalam perut. Bila kita makan, api ni yang membakar lemak. Kalau api besar, cepat la terbakar lemak2 tu..tapi kalau api slowww je,lambat la terbakar lemak2 semua..lagi haru kalau belum habis bakar, da tambah makanan lain.

Jadi, Lecithin dan Omega Guard ni boleh membantu kita memecahkan lemak2 yang degil tu.

lecithin

Lecithin ni banyak sangat khasiat..ramai yang ingat Lecithin ni setakat membantu memecahkan lemak je tapi sebenarnye banyak lagiiii..tahukah anda antara khasiat Lecithin ialah membantu mencantikkan kulit? tak tau kan tak tau kan..hehehehe. Kan untung..makan Lecithin untuk kurus, tapi at the same time kulit pun cantik..

Alrite..ni antara manfaat utama Lecithin :

  1. Pemecahan lemak dan kolesterol – Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah.
  2. Menghalang obesiti – Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  3. Menghalang tekanan darah tinggi – memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  4. Meringankan sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

omega-guard

Kalau kita google, antara makanan yang digalakkan untuk orang yang berdiet adalah makanan yang tinggi kandungan omega 3. omega 3 ni membantu meningkatkan kadar metabolisme kita. Sebab tu, Omega Guard Shaklee ni famous di kalangan mereka yang nak kurus. Uols nak tau tak? Omega Guard ni merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagiii.

Manfaat utama :

  1. merendahkan kolesterol, mencegah penyakit salur darah dan strok.
  • BINA

Lepas buang dan bakar, peringkat seterusnya ialah BINA. Bina apa? Bina otot. Ramai customer ingat step ni tak penting, tapi sebenarnye step ni pun penting uols..Kenape kita perlu bina otot? Sebab otot la akan menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

esp shaklee poster

Energizing Soy Protein ni merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. ESP ni sejenis minuman berprotein. Rasanya, semua pun tau yang protein sangat penting untuk tubuh kita. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Cuba teka bahagian mana lagi dalam badan kita yg perlukan protein? Otot..

cinch-shake-mix

Wohooo..Cinch Shake Mix ni memang best..sampaikan tagline cinch shake ni ‘Memberi khasiat seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut’. Sedap la tu nak bak hang..hehehehe. Comes in 3 flavours. Ada vanilla, cafe latte dan chocolate. Apa yang bezanya dengan ESP? Cinch Shake ni mengandungi Leucine. Leucine elok untuk memelihara otot semasa kita nak turunkan berat. Yang lagi best, tak ada perasa tiruan, pewarna atau pemanis uols.

ADD ON

cinch-tea

Alrite..sebelum penutup, nak cite jugak pasal Cinch Tea Mix. Kalo kita gugel, akan jumpa jugak green tea sebagai makanan yang meningkatkan metabolisme. And guess what? Shaklee pun ada…dan lagi special. Cinch Tea Mix ni bukan saja mengandungi green tea, tapi ada juga red tea, white tea dan rooibos red tea extract. Nak tak saya discuss pasal Cinch Tea Mix ni? Ok..next post ya..

 

 

 

 

 

 

Alfalfa Complex, B Complex, ESP Soy Protein, GLA Complex, Sustained Release Vita C Plus, Vita E Complex, Vitalea, Zinc Complex

Set Kesuburan Shaklee : Cadangan Lengkap untuk Suami dan Isteri

Assalamualaikum semua

Sumber ilham post kali ini adalah dari sorang customer saya ni..saya panggil dia Mrs Jay..Saya kenal Mrs. Jay masa saya buka booth di Shah Alam. Dia datang ambil fliers..then, that’s it. Satu hari Mrs. Jay telefon saya untuk bertanyakan tentang set kesuburan. Selepas tanya serba sedikit tentang kesihatan beliau dan suami, baru saya cadangkan set yang sesuai. (Memang kalau beli dengan saya, saya akan cuba beri consultation yang terbaik..hihihi).

Alhamdulillah..Mrs. Jay dan suami tak ada masalah kesihatan. Cuma suaminya saja yang merokok. FYI, Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta lambat atau perlahan. Ini fakta ye uols.

Jadi, supplemen ini yang saya cadangkan. Ramai yang ingat bila isteri tak hamil maknanya ada masalah pada isteri. Sebenarnya, TIDAK SEMESTINYA. Kadang2 isteri dan suami sihat dan subur tapi mungkin badan kita belum ready untuk terima baby. Jadi, dengan jaga pemakanan dan gaya hidup pun antara usaha kita untuk mendapatkan baby. Jangan la pandang rendah pada supplemen ni..sebab ini pun usaha. Selebihnya, Allah yang lebih tahu kan? InsyaAllah..Allah akan kurniakan juga kita rezeki. Kan Allah ada pesan, Dia hanya akan bagi apa yang kita mampu tanggung kan? Jadi..jom kita kuatkan diri kita.

 

Untuk Isteri :

1. GLA Complex

gla-complex

  • Boleh dikatakan supplemen wajib untuk isteri.
  • Tujuan asal GLA Complex ni ialah mengimbangi hormon kita atau membetulkan kitaran haid kita. Kitaran haid yang tidak teratur boleh menjadi salah satu punca isteri susah nak hamil.
  • Tapi, kalau isteri tadak mempunyai masalah kitaran haid, GLA Complex membantu menghasilkan cecair yang subur dan berkualiti pada faraj disamping menyediakan environment yang sesuai untuk memudahkan pelekapan ovum dan sperma.

 

Untuk suami dan isteri :

1. Energizing Soy Protein

esp shaklee poster

  • Baik untuk hormon. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita.
  • Juga sangat elok untuk suami. Membantu meningkatkan motiliti sperma dan meninggikan kiraan sperma.

2. B Complex

b-complex

  • Anti stress dan memulihkan tenaga.
  • Mengandungi asid folic dan biotin yang penting untuk persediaan kehamilan.

3. Vitalea

vita-lea

  • Mengimbangi nutrien. Akibat dari amalan diet yang tidak seimbang, badan kita mungkin kekurangan vitamin dan mineral penting. Kekurangan vitamin dan mineral penting dalam badan boleh menjejaskan kualiti sperma dan ovum.

4. Vitamin E Complex

vita-e-complex (1)

  • Dikenali sebagai vitamin seks. Sangat elok untuk pasangan suami isteri.
  • Untuk isteri, kandungan selenium dalam vitamin E ini membantu mengeluarkan lendir ketika bersama yang membantu sperma untuk bergerak lebih tangkas.
  • Untuk suami, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma.
  • Vitamin E ini berkawan baik dengan vitamin c. Bersama-sama dengan vitamin c, dua-dia vitamin ini bertindak sebagai anti oksadan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh badan manusia. Radikal bebas ni kalau dibiarkan, boleh merosakkan sperma dan ovum.

5. Alfalfa

alfafa-complex-s

  • Untuk isteri, bersifat anti kulat yang boleh merawat keputihan (jika ada)
  • Turut bertindak umpama kacip fatimah yang membantu hubungan suami isteri.
  • Juga berfungsi sebagai agen detox yang membersihkan usus. Bila usus dah bersih, penyerapan nutrien dari vitamin boleh dilakukan dengan optimum.

 

Untuk suami :

1. Zinc

zinc-complex

  • Pengambilan zinc untuk jangka masapanjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Penting untuk penghasilan hormon testosteron.
  • Memberi tenaga kepada sperma untuk lebih aktif menuju ke ovum.
  • Selain itu, zinc boleh melawan bakteria di dalam vagina isteri.

 

2. Sustained Released Vitamin C

vita-c-plus

  • Elok untuk suami. Meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma berbentuk gumpalan. Fakta : 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c.

Biasanya, selepas bercerita panjang tentang supplemen ni, customer akan tanya balik pada saya set mana yang elok? Jawapan dia….terpulang pada anda..kenapa?sebab kalau anda susah nak hamil sebab pernah gugur, maka saya akan cadangkan supplemen mana yang sesuai.

Untuk tahu lebih tentang set kesuburan Shaklee ni, boleh wa saya sekarang..

 

 

Alfalfa Complex, B Complex, Dengkur, Omega Guard, Ostematrix

Supplemen untuk Dengkur : SAY GOODBYE 2 SNORING

Assalamualaikum semua

Baru-baru ni, ada yang tanya pada saya ada tak supplemen Shaklee yang boleh kurangkan dengkuran. Bagus cik adik tu sebab tak pandang ringan dengan masalah dengkuran.

 

Tapi first step..kita kena tau dulu kenapa kita berdengkur? sebab terlalu penat? sebab berat badan berlebihan? Bila kita da tau punca dengkuran kita, baru senang kita cari supplemen yang sesuai.

Antara punca yang biasa dengkuran adalah :

  1. Obesiti/ Berat badan berlebihan – Walaupun kita bukan over weight in general, tapi lebihan lemak/tisu di sekitar kawasan leher turut mengakibatan dengkuran.
  2. Usia – faktor usia turut memainkan peranan. Semakin meningkat usia kita, throat kita becomes narrower, dan muscle tone kita decreases.
  3. Hidung tersumbat/ selsema/ allegic – Bila hidung kita tersumbat, menyebabkan kita susah nak bernafas seperti biasa.
  4. Pengambilan ubat/ alkohol/ rokok sebelum tidur – Percaya tak dengan mengambil ubat/alkohol dan hisap rokok sebelum tidur menyebabkan otot kita lebih relax dan seterusnya mengakibatkan dengkuran.
  5. Posisi tidur – Tidur dalam keadaan terlentang membuatkan throat kita lebih relax sekaligus menghalang airway.
  6. Terlalu penat akibat aktiviti seharian

Hari ini saya nak cadangkan supplemen Shaklee yang sesuai bagi membantu mengurangkan masalah dengkuran.

  1. Berat badan berlebihan

set diet

 

Ini set diet Shaklee yang paling basic. Bekerja dalam 3 cara : Bakar, Buang dan Bina. Yang bestnya, bukan je badan kita boleh kurus dengan cara yang sihat, bahkan boleh membantu mengurangkan dengkuran. Kan best tu..

Untuk info yang lebih detail tentang set diet ni, boleh baca post saya yg bertajuk Set Diet Shaklee: Bina, Bakar Buang

2. Hidung tersumbat/ allegic/sinus

SET resdung

Ada 3 supplemen yang dicadangkan untuk jenis dengkuran ini. ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX & SUSTAINED RELEASE VITA C. Untuk yang selalu selsema, memang saya cadangkan Vitamin C. Vitamin C ni seperti yang kita tau, elok untuk meningkatkan imunisasi badan kita.

3. Terlalu penat

lebih dari kalsium

OSTEMATRIX. Sebab apa ostematrix? Ostematrix ni menggalakkan tidur yang lebih nyenyak. Bukan itu saja..bila bangun, badan kita akan rasa segar.

Kalau anda tak tau apa punca dengkuran anda, saya akan cadangkan OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD. Omega Guard ni elok membantu mengurangkan tekanan dan mencegah insomnia. Selain itu, Omega Guard mengurangkan risiko penyakit strok. Apa kena mengena strok ngan tidur? nak tau ke? Tunggguuuuu….hehehehehe