Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Omega Guard

Macam mana nak jaga kesihatan mata kanak-kanak?

Assalamualaikum semua..

Pernah tak anda risau kesihatan mata anak-anak anda bila terlalu banyak tengok tab, ipad, telefon? Well, saya risau..nak pulak anak saya ni jenis susah makan sayur. Puas lah sorok dalam makanan, tetap dia korek keluarkan sayur tu.

*sigh*

Takut sangat bila fikir mata anak-anak saya tak cukup nutrien sampaikan kena pakai cermin mata diusia muda. Jadi, apa solution saya?

Tadaaaa…

Supplemen lengkap untuk kanak-kanak
Mealshakes

  • Sesuai untuk anak-anak yang belum boleh makan makanan pepejal. Anak saya yang sulung, payah makan supplemen. Dengan Mealshakes ni, saya boleh campur sesudu teh ke dalam minuman dia.
  • Membekalkan 19 vitamin & mineral penting termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink & iodin.
  • Vitamin A penting untuk penglihatan yang baik.
  • Vitamin C, E dan Bs – untuk melawan jangkitan, membaiki tisu.
  • Vitamin C – untuk gusi, gigi & kulit yang sihat.
  • Sodium – untuk keseimbangan bendalir.
  • Vitamin B – Penghasilan tenaga, fokus & daya tumpuan.
  • Serat pemakanan – membantu sistem pencernaan & mengatasi sembelit.
  • Vitamin A, C, E – anti oksida untuk mengekalkan kulit yang cantik & memperbaiki tisu.
  • Protein, Lemak & Karbohidrat – untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan & tenaga.
  • Kalsium & Vitamin D – untuk tulang yang sihat.
  • Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik – membantu dalam sistem saraf.

 

Chewable Vitalea

  • merupakan vitamin boleh kunyah. Jadi sesuai untuk kanak-kanak yang boleh makan makanan pepejal.

Omega Guard

  • Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasukEPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf & retina.
  • Jangan tak tahu tau..kajian menunjukkan pelajar yang ambil omega 3, menunjukkan peningkatan mendadak dalam plajaran; membaca, mengeja dan tingkah laku.

Ini lah supplemen lengkap untuk kanak-kanak. Nak tahu cara pemakanan yang betul? Whatsapp je saya tau..

Mealshakes

Meal Shakes : Supplemen lengkap untuk kanak-kanak

Assalamualaikum semua..

Lama pulak tak berupdate blog ni..hihihihi..

Hari ni, saya nak share kenapa saya HEART sangat Meal Shakes Shaklee.

meal-shakes

Meal Shakes merupakan minuman enak yang kaya dengan nutrisi dan mudah untuk dibancuh. Sebenarnya, Meal Shakes Shaklee bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan dewasa pun boleh minum, of course dengan dose yang berbeza. *wink*

Kelebihan Meal Shakes untuk anak kita:

  • Sumber protien yang kaya dengan 9 asid amino penting – membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja.
  • Sumber terbaik kalsium dan serat pencernaan – menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat.
  • Membekalkan 19 vitamin & mineral penting, termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink dan iodin – membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan.
  • Formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik.
  • Mengekalkan berat badan yang ideal.

Nak tahu tak antara vitamin yang ada dalam Meal Shakes ni?

  • Kalsium dan vitamin D – untuk tulang yang sihat
  • Protein, Lemak dan Karbohidrat – untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan dan tenaga.
  • Gabungan vitamin A, C dan E – untuk mengekalkan kulit yang cantik dan perbaiki tisu.
  • Serat pemakanan – membantu sistem pencernaan dan mengatasi sembelit.
  • Vitamin B – untuk penghasilan tenaga, fokus dan daya tumpuan.
  • Sodium – untuk keseimbangan bendalir.
  • Vitamin C – untuk kesihatan gusi, gigi dan kulit.
  • Gabungan Vitamin C, E dan B – untuk melawan jangkitan dan perbaiki tisu.
  • Vitamin A – untuk penglihatan yang baik
  • Gabungan Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik – membantu dalam sistem saraf.

Nampak tak..nampak tak? Sebab tu la saya akan pastikan stok Meal Shakes ni sentiasa ada kat rumah saya. Jika anak anda seperti anak saya yang tak gemarkan sayuran dan buah-buahan serta sering mengelak sarapan pagi, Meal Shakes ni jawapannya..hihihihihi..

Sebab Meal Shakes ni sarapan segera yang enak, murah, segera untuk dihidang dan yang pasti, berkhasiat…..

 

Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Sembelit

Supplemen untuk Sembelit : apa yang anak saya makan

Assalamualaikum semua…

Crying 2 years little boy sitting on potty
Crying 2 years little boy sitting on potty

Post saya hari ni, inspirasi dari status FB. Hihihih,,biasanya, macam tu la. Dapat idea dari kenalan-kenalan FB.

Mengikut Dr. Zubaidi, kalau nak tahu samada bayi kita atau anak kita tu sembelit, bukan diukur berapa kali dia buang air besar dalam masa 3 hari. Ada anak-anak yang buang setiap hari, ada juga yang buang 3 hari sekali. Itupun di kira normal jika tak ada tanda-tanda yang anak kita tu sembelit.

Jadi, macam mana kita nak tau yang baby kita sembelit?

  • bila baby / anak kita menunjukkan tanda resah atau menangis setiap kali nak membuang.
  • najis nampak kering, keras dan berbiji-biji seperti biji kacang.

Apa pula punca anak kita sembelit? Well, menurut Dr. Zubaidi ada banyak faktor yang menyumbang kepada faktor sembelit ni. Antaranya :

  • Susu formula. Susu formula lebih susah untuk dihadam berbanding dengan susu ibu.
  • Untuk baby yang da mula makan makanan separuh pepejal, kadang-kala mudah sembelit.
  • Bila baby atau anak kita demam/selesema/baru tumbuh gigi yang membuatkan dia tak ada selera untuk minum susu juga boleh sembelit disebabkan kurang minum air atau dehidrasi.

Bila anak kita mula menunjukkan tanda sembelit, seeloknya kita bawa dulu anak kita berjumpa doktor. Bukan apa, lagi cepat kita ruled out semua penyakit lagi elok kan?

Bila semua ok, tak ada masalah, bagi yang nak cuba elakkan ubat atau nak cuba dari sumber semulajadi, boleh cuba langkah-langkah berikut :

  • Baringkan bayi dengan kaki di atas dan cuba lakukan pergerakkan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini boleh merangsang pergerakkan najis dalam usus.
  • Untuk baby yang berusia 6 bulan ke atas yang menyusu formula dan mula mengenal makanan separa pepejal, Berikan juga sayur-sayuran yang dikisar seperti carrot. Anak-anak yang makan sayur biasanya jarang sembelit.
  • Untuk anak yang berusia 1 tahun ke atas, boleh cuba beri jus buahan (atas nasihat doktor) seperti betik. Sebab betik ni kaya dengan serat dan khasiatnya yg elok untuk pergerakkan usus.
  • Untuk anak-anak yang macam anak-anak saya, yang tak suka kan sayur, boleh la cuba beri multivitamin yang dari semulajadi, tanpa pengawet dan gula.

Mealshakes

meal-shakes

  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat yang diperlukan oleh badan. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Mengamdungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik.
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa buangan dari usus dan perut.

 

Chewable Vitalea for Kids

Vita-LeaChildren

  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kanak-kanak

Siapa yang perlukan Chewable Vitalea for kids ni?

  • Anak yang kurang selera makan
  • Anak yang suka makan junk food
  • Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan
  • Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
  • Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet)
  • Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)

Anak-anak saya memang makan dua-dua supplemen ni. Dan Alhamdulillah, belum ada masalah sembelit lagi, walaupun yang sulung ni picky eater dan yang bongsu ni memang tak suka makan sayur. Hanya buah-buahan yang mereka makan.

 

 

 

Kanser, Mealshakes, Peppermint-Ginger Plus

Dugaan kali 2 : Kanser kembali menyerang

Assalamualaikum semua..

Awal puasa baru2 ni, mak saya di diagnose menghidap penyakit kanser paru-paru.

Ujian yang berat untuk kami sekeluarga..tapi InsyaAllah, kami cuba take one day at a time.

Antara perubahan yang paling ketara pada mak saya ialah tak ada selera makan. Kadang2, dalam satu hari tu, mak saya hanya makan cornflakes je untuk breakfast. Lepas tu, satu hari tak makan apa dah. Berat badan mak saya turun dengan mendadak. Dari 80kg masa awal tahun, turun jadi 65kg pada bulan 6 baru ni.

Semua pun tahu, bila tak ada selera makan, badan kita pun jadi lemah sebab tak ada tenaga. Jadi, hari-hari mak saya banyak dihabiskan dengan tidur dan baring atas katil je. Sebagai anak, memang rasa susah hati sangat. Saya cuba juga bagi mak saya makan supplemen Shaklee. Tapi, supplemen yang berbentuk pil semuanya dimuntahkan balik.

Jadi, hari ni, saya nak share supplemen yang mak saya makan sepanjang dia di sahkan menghidap penyakit ini. DAN supplemen-supplemen ni, semua da dah ditunjukkan pada doktor serta dietician dan dah dapat approval dari mereka.

  1. Mealshakes

meal-shakes

Memandangkan mak saya hampir-hampir kena thyroid, jadi ESP bukan pilihan. Mealshakes lah yang saya cadangkan dan tunjukkan pada doktor. Selepas baca ingredient Mealshakes, doktor dan dietician terus galakkan mak saya minum Mealshakes. Sampaikan di suruh minum 3-4 kali sehari.

Antara khasiat Mealshakes :

  • Nutrisi Lengkap – menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh badan.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Anti oksida – mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan penyakit dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah – mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Jadi, jangan risau sebab Mealshakes ni bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, malahan orang dewasa pun boleh minum Mealshakes. InsyaAllah, jika diminum dengan konsisten, Mealshakes boleh membantu menaikkan selera makan mak saya.

2. Peppermint Ginger Plus

peppermint-ginger-plus

Bila mak saya kurang makan, antara yang paling saya risau ialah gastrik. Jadi, Peppermint Ginger Plus yang saya tunjukkan pada doktor dan dietician. Tambahan pula, Peppermint Ginger Plus ni boleh membantu mencegah masalah loya mak saya bila kena kimo nanti.

Kombinasi 4 ramuan: daun pudina, halia, adas dan cekur manis ni memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah :

  • Pudina – Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul akibat rawatan kimo. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.

 

  • Halia – Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Ada satu kajian di UK menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan ke atas pesakit wanita. Penyelidik Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.

 

  • Pokok Adas (fennel) – Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. ia melegakan sakit perut, melegakan gejala selsema juga membantu dalam mengatasi masalah elergi pada saluran usus.

 

  • Cekur Manis (anise) – Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan gejala sakit haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, memberikan peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

 

Walaupun Peppermint Ginger Plus ni berbentuk pil, tapi pil ni boleh dilarutkan dalam air panas dan dijadikan minuman teh herba untuk mak saya minum.

Sebenarnya, ada banyak lagi supplemen yang bukan berbentuk pil untuk mak saya makan/minum. Ada Vivix, Nutriferon. Tapi, hanya 2 supplemen ni je yang sempat saya tunjukkan pada doktor dan dietician hari tu. InsyaAllah, next appointment saya akan tunjukkan lagi 2 supplemen ni.

Have a great day !

Love,

Fara | 017.347.1218

Chewable Vita-C Plus, Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Omega Guard

Supplemen Minda : Khas untuk kanak-kanak

Dengan lafaz Bismillah…

Assalamualaikum semua..

Saya seorang guru tuisyen.

Biasanya, akan ada sesi2 perbincangan dengan ibu bapa tentang anak-anak mereka. Dalam ramai-ramai keluarga yang saya jumpa, hanya ada seorang je parents yang bertanyakan tentang supplemen untuk kanak-kanak. Saya pun faham, kadang-kadang anak-anak kita balik sekolah dah penat, lepas tu kena siapkan homework, kena pergi tuisyen. Jadi, bila dah penat, susah untuk mereka fokus, tak kira la kat sekolah ke, kat tuisyen ke.

So, hari ni saya cerita kat sini supplemen Shaklee apa yang sesuai untuk meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak. Supplemen ni sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun hingga 12 tahun. Ada juga yang mula bagi anak-anak mereka start dari usia setahun lagi. Boleh juga..tak ada masalah. Tapi, make sure consult dulu ngan distributor untuk ketahui dose yang sesuai untuk usia itu.

Bukan la kata, makan Shaklee boleh terus jadi pandai. Tidak tau. Shaklee ni supplemen je. Kita bagi supplemen kat anak-anak kita supaya badan mereka cukup khasiat, cukup nutrien. Nutrien yang bukan hanya untuk badan, tapi untuk otak, untuk mata, untuk pendengaran. Biar lengkap..dan makan dengan konsisten..InsyaAllah akan nampak hasil. Bukan ke Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat?

Alrite.

 

Mealshakes

meal-shakes

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Manfaat Utama :

  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Kaya dengan protein. Membekalkan nutrisi pada sel tubuh dan membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan penyakit.

Vita-lea For Children

Vita-LeaChildren

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral yang lengkap.
  • Mengandungi vitamin A yang elok untuk kesihatan mata dan kulit. Mencegah rabun malam, bantu tumbesaran. Kuatkan kerangka tulang, gusi dan gigi. Meningkatkan sistem imun.
  • Vitamin C untuk otot, kulit yang sihat dan kuat. Meningkatkan daya tahanan penyakit. Mencegah selsema, gusi berdarah, hidung berdarah.
  • Vitamin D untuk tulang dan gigi serta membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12 membantu selera makan. Baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, membantu mengurangkan keletihan dan keresahan.
  • Kalsium – perkasakan tulang dan gigi.
  • Magnesium untuk kesihatan tulang, gigi, mencegah tekanan, merehakan otot dan sistem saraf.
  • Zinc memperkasa sistem imun, cepatkan sembuhan luka dan elok untuk ketajaman minda.

Ini baru sikit je khasiat Vitalea for kids ni. Ada banyak lagi nutrien dan mineral dalam multivitamin ni. Ada Biotin yang elok untuk kuku dan rambut. Ada Folate..eh banyak lagi la.

Chewable Vita-C Plus 

chewable-vita-c-plus

  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi tubuh.
  • Menggalakkan kesihatan mata, gigi, otot-otot dan salur darah

 

Omega Guard

omega-guard

Minyak ikan terbaik dunia.

Manfaat Utama :

  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran.
  • Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, tekanan, anxiety, autism, kanak-kanak hyperaktif dan lain-lain.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

So, here you go guys. Saya da share apa yang elok untuk anak-anak kita. Tapi, last call terletak di tangan anda. Saranan saya, jom la kita pilih yang terbaik untuk anak-anak kita. Macam mana kita pentingkan sekolah, pakaian anak-anak kita, harapnya kita pilih yang terbaik juga untuk kesihatan mereka.

Your most trusted distributor

Fara.