Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Omega Guard

Macam mana nak jaga kesihatan mata kanak-kanak?

Assalamualaikum semua..

Pernah tak anda risau kesihatan mata anak-anak anda bila terlalu banyak tengok tab, ipad, telefon? Well, saya risau..nak pulak anak saya ni jenis susah makan sayur. Puas lah sorok dalam makanan, tetap dia korek keluarkan sayur tu.

*sigh*

Takut sangat bila fikir mata anak-anak saya tak cukup nutrien sampaikan kena pakai cermin mata diusia muda. Jadi, apa solution saya?

Tadaaaa…

Supplemen lengkap untuk kanak-kanak
Mealshakes

  • Sesuai untuk anak-anak yang belum boleh makan makanan pepejal. Anak saya yang sulung, payah makan supplemen. Dengan Mealshakes ni, saya boleh campur sesudu teh ke dalam minuman dia.
  • Membekalkan 19 vitamin & mineral penting termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink & iodin.
  • Vitamin A penting untuk penglihatan yang baik.
  • Vitamin C, E dan Bs – untuk melawan jangkitan, membaiki tisu.
  • Vitamin C – untuk gusi, gigi & kulit yang sihat.
  • Sodium – untuk keseimbangan bendalir.
  • Vitamin B – Penghasilan tenaga, fokus & daya tumpuan.
  • Serat pemakanan – membantu sistem pencernaan & mengatasi sembelit.
  • Vitamin A, C, E – anti oksida untuk mengekalkan kulit yang cantik & memperbaiki tisu.
  • Protein, Lemak & Karbohidrat – untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan & tenaga.
  • Kalsium & Vitamin D – untuk tulang yang sihat.
  • Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik – membantu dalam sistem saraf.

 

Chewable Vitalea

  • merupakan vitamin boleh kunyah. Jadi sesuai untuk kanak-kanak yang boleh makan makanan pepejal.

Omega Guard

  • Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasukEPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf & retina.
  • Jangan tak tahu tau..kajian menunjukkan pelajar yang ambil omega 3, menunjukkan peningkatan mendadak dalam plajaran; membaca, mengeja dan tingkah laku.

Ini lah supplemen lengkap untuk kanak-kanak. Nak tahu cara pemakanan yang betul? Whatsapp je saya tau..

Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Sembelit

Supplemen untuk Sembelit : apa yang anak saya makan

Assalamualaikum semua…

Crying 2 years little boy sitting on potty
Crying 2 years little boy sitting on potty

Post saya hari ni, inspirasi dari status FB. Hihihih,,biasanya, macam tu la. Dapat idea dari kenalan-kenalan FB.

Mengikut Dr. Zubaidi, kalau nak tahu samada bayi kita atau anak kita tu sembelit, bukan diukur berapa kali dia buang air besar dalam masa 3 hari. Ada anak-anak yang buang setiap hari, ada juga yang buang 3 hari sekali. Itupun di kira normal jika tak ada tanda-tanda yang anak kita tu sembelit.

Jadi, macam mana kita nak tau yang baby kita sembelit?

  • bila baby / anak kita menunjukkan tanda resah atau menangis setiap kali nak membuang.
  • najis nampak kering, keras dan berbiji-biji seperti biji kacang.

Apa pula punca anak kita sembelit? Well, menurut Dr. Zubaidi ada banyak faktor yang menyumbang kepada faktor sembelit ni. Antaranya :

  • Susu formula. Susu formula lebih susah untuk dihadam berbanding dengan susu ibu.
  • Untuk baby yang da mula makan makanan separuh pepejal, kadang-kala mudah sembelit.
  • Bila baby atau anak kita demam/selesema/baru tumbuh gigi yang membuatkan dia tak ada selera untuk minum susu juga boleh sembelit disebabkan kurang minum air atau dehidrasi.

Bila anak kita mula menunjukkan tanda sembelit, seeloknya kita bawa dulu anak kita berjumpa doktor. Bukan apa, lagi cepat kita ruled out semua penyakit lagi elok kan?

Bila semua ok, tak ada masalah, bagi yang nak cuba elakkan ubat atau nak cuba dari sumber semulajadi, boleh cuba langkah-langkah berikut :

  • Baringkan bayi dengan kaki di atas dan cuba lakukan pergerakkan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini boleh merangsang pergerakkan najis dalam usus.
  • Untuk baby yang berusia 6 bulan ke atas yang menyusu formula dan mula mengenal makanan separa pepejal, Berikan juga sayur-sayuran yang dikisar seperti carrot. Anak-anak yang makan sayur biasanya jarang sembelit.
  • Untuk anak yang berusia 1 tahun ke atas, boleh cuba beri jus buahan (atas nasihat doktor) seperti betik. Sebab betik ni kaya dengan serat dan khasiatnya yg elok untuk pergerakkan usus.
  • Untuk anak-anak yang macam anak-anak saya, yang tak suka kan sayur, boleh la cuba beri multivitamin yang dari semulajadi, tanpa pengawet dan gula.

Mealshakes

meal-shakes

  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat yang diperlukan oleh badan. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Mengamdungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik.
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa buangan dari usus dan perut.

 

Chewable Vitalea for Kids

Vita-LeaChildren

  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kanak-kanak

Siapa yang perlukan Chewable Vitalea for kids ni?

  • Anak yang kurang selera makan
  • Anak yang suka makan junk food
  • Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan
  • Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
  • Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet)
  • Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)

Anak-anak saya memang makan dua-dua supplemen ni. Dan Alhamdulillah, belum ada masalah sembelit lagi, walaupun yang sulung ni picky eater dan yang bongsu ni memang tak suka makan sayur. Hanya buah-buahan yang mereka makan.

 

 

 

Chewable Vita-C Plus, Chewable Vitalea for Children, Mealshakes, Omega Guard

Supplemen Minda : Khas untuk kanak-kanak

Dengan lafaz Bismillah…

Assalamualaikum semua..

Saya seorang guru tuisyen.

Biasanya, akan ada sesi2 perbincangan dengan ibu bapa tentang anak-anak mereka. Dalam ramai-ramai keluarga yang saya jumpa, hanya ada seorang je parents yang bertanyakan tentang supplemen untuk kanak-kanak. Saya pun faham, kadang-kadang anak-anak kita balik sekolah dah penat, lepas tu kena siapkan homework, kena pergi tuisyen. Jadi, bila dah penat, susah untuk mereka fokus, tak kira la kat sekolah ke, kat tuisyen ke.

So, hari ni saya cerita kat sini supplemen Shaklee apa yang sesuai untuk meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak. Supplemen ni sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun hingga 12 tahun. Ada juga yang mula bagi anak-anak mereka start dari usia setahun lagi. Boleh juga..tak ada masalah. Tapi, make sure consult dulu ngan distributor untuk ketahui dose yang sesuai untuk usia itu.

Bukan la kata, makan Shaklee boleh terus jadi pandai. Tidak tau. Shaklee ni supplemen je. Kita bagi supplemen kat anak-anak kita supaya badan mereka cukup khasiat, cukup nutrien. Nutrien yang bukan hanya untuk badan, tapi untuk otak, untuk mata, untuk pendengaran. Biar lengkap..dan makan dengan konsisten..InsyaAllah akan nampak hasil. Bukan ke Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat?

Alrite.

 

Mealshakes

meal-shakes

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.

Manfaat Utama :

  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • Kaya dengan protein. Membekalkan nutrisi pada sel tubuh dan membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan penyakit.

Vita-lea For Children

Vita-LeaChildren

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral yang lengkap.
  • Mengandungi vitamin A yang elok untuk kesihatan mata dan kulit. Mencegah rabun malam, bantu tumbesaran. Kuatkan kerangka tulang, gusi dan gigi. Meningkatkan sistem imun.
  • Vitamin C untuk otot, kulit yang sihat dan kuat. Meningkatkan daya tahanan penyakit. Mencegah selsema, gusi berdarah, hidung berdarah.
  • Vitamin D untuk tulang dan gigi serta membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12 membantu selera makan. Baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, membantu mengurangkan keletihan dan keresahan.
  • Kalsium – perkasakan tulang dan gigi.
  • Magnesium untuk kesihatan tulang, gigi, mencegah tekanan, merehakan otot dan sistem saraf.
  • Zinc memperkasa sistem imun, cepatkan sembuhan luka dan elok untuk ketajaman minda.

Ini baru sikit je khasiat Vitalea for kids ni. Ada banyak lagi nutrien dan mineral dalam multivitamin ni. Ada Biotin yang elok untuk kuku dan rambut. Ada Folate..eh banyak lagi la.

Chewable Vita-C Plus 

chewable-vita-c-plus

  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi tubuh.
  • Menggalakkan kesihatan mata, gigi, otot-otot dan salur darah

 

Omega Guard

omega-guard

Minyak ikan terbaik dunia.

Manfaat Utama :

  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran.
  • Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, tekanan, anxiety, autism, kanak-kanak hyperaktif dan lain-lain.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

So, here you go guys. Saya da share apa yang elok untuk anak-anak kita. Tapi, last call terletak di tangan anda. Saranan saya, jom la kita pilih yang terbaik untuk anak-anak kita. Macam mana kita pentingkan sekolah, pakaian anak-anak kita, harapnya kita pilih yang terbaik juga untuk kesihatan mereka.

Your most trusted distributor

Fara.

 

 

Chewable Vita-C Plus, Chewable Vitalea for Children, Eczema, Mealshakes, Omega Guard

Supplemen untuk Eczema : apa yang anak saya makan.

Assalamualaikum semua

Anak saya yang no 2 merangkap yang bongsu kena eczema masa dia umo 1 tahun..jadinya, dia selalu gatal2 dan kulit dia selalu merah2 dan x smooth..hari ni saya nak share supplemen apa yang anak saya makan untuk kurangkan simptom Eczema..

  1. MEAL SHAKES

meal-shakes

Anak saya start makan supplemen Shaklee masa umur dia dalam 1 tahun 6 bulan macam tu..mula-mula, saya beri dia Mealshakes..anak saya ni fully bf, jadi saya kena kreatif sikit bila nak beri dia minum Mealshakes. Selalunya, saya akan campurkan 1/2 sudu teh Mealshakes dalam air milo. Bila umur dia da meningkat naik 2 tahun, baru saya beri dia 1 sudu teh. Sekarang ni Alhamdulillah..da takyah sorok2 beri Mealshakes..kadang2 tu dia sendiri yang mintak Mealshakes sebab memang sedap.

Antara khasiat Mealshakes untuk Eczema:

  1. Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel kulit, kuku, rambut dan lain-lain.
  2. Mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium – agen anti-oksida yang bertindak melawan penyakit.

Sebenarnya, ada banyak lagi khasiat Meal Shakes ni..tapi kali ni saya focus utk Eczema je..hihihi

 

2. OMEGA GUARD

omega-guard

Selepas Meal Shakes, saya kumpul2 pula duit untuk beli Omega Guard..ye la saya ni WAHM..jadinya kena la berjimat banyak..hehehehe. Anyway, Omega Guard ni datang dalam bentuk soft gel tapi sebab anak saya kecil lagi, dia tak bole nak telan Omega Guard ni. Akhirnya, saya pecahkan Omega Guard ni dalam bubur nasi anak saya..Alhamdulillah tak ada masalah xnak makan pulak anak saya..sekarang ni dia bole kunyah2 je Omega Guard tu..

Omega Guard ni memang famous dengan minyak ikan yg sangat elok untuk minda. Tapi, khasiat Omega Guard untuk Eczema :

  1. Meningkatkan sistem imun tubuh.
  2. untuk kulit yang cantik.

3. CHEWABLE VITA C PLUS

chewable-vita-c-plus

 

Next, selepas consume Meal Shakes dan Omega Guard, 2-3 bulan kemudian saya tambah pula Chewable Vita-C Plus ni untuk anak saya. Harga pun x mahal..jadi bole la saya beli Vitamin C pula untuk anak saya. Apa yang membuatkan saya beli supplemen ni? Satu hari, saya pergi satu kedai sen-sei, tak ingat masa tu nak beli apa..tapi masa nak bayar tu, apek tu terpandang kulit anak saya, terus dia bagi nasihat free..hehehe..dia cakap bagi la anak lu makan vitamin c..anak wa seme wa bagi vitamin c..jadi, of kos..saya pilih vitamin c yang halal dan semulajadi la kan untuk baby saya..

Khasiat Chewable Vita C untuk eczema :

  1. Pembentukkan kolagen – kulit lebih anjal.
  2. Agen antioksida dan Immune Booster.
  3. Kulit akan jadi lebih lembap, lebih licin dan putih berseri

 

4. VITA-LEA FOR CHILDREN

vita lea for children

 

Dan..yang terkini, Vita-lea for Children..saya sebenarnya sangat happy bila Shaklee keluarkan balik supplemen ni..sebab tak yah da saya pening2 g farmasi cuba carik multivitamin lepas tu balik rumah..google dulu pasal supplemen tu sebelum beli. Bila Shaklee produce balik Vitalea for children ni, saya terus beli sebab Shaklee memang all natural product..cayo lo cakap den..

Khasiat Vita-Lea for children :

  1. Vitamin Power – mengandungi vitamin C, D and E. plus all 8 B vitamins.

Dan..banyak la lagi khasiat Vita-lea for children ni..plus, rasa dia manis2 tapi tak pakai artificial flavors dan sweeteners, jadi takyah risau pasal cavities.

So, here u go semua..ni baru supplemen yang anak saya makan..belum termasuk Herbal Blend untuk sapu pada kulit..Laundry Concentrate yang all natural untuk basuh baju, cadar anak saya, sabun mandi pulak saya guna produk Tropika..ada anak eczema memang kena sabar sikit..sebab kalau boleh kena guna product yang 100% semulajadi, kalau tak takot lagi melarat gatalnya..

Tapi..Eczema ni penyakit yang tak ada ubat..kalau jumpa doctor pun, doctor akan bagi ubat sapu je..jadi, bukan la makan supplemen Shaklee terus hilang..pada saya, dapat kurangkan simptom eczema pun da cukup..sebab kesian tengok dia asyik garu2 je..setakat ni, memang Alhamdulillah..saya sangat puas hati dengan Shaklee..

Anda?nak cuba tak?